Kelawar Masuk Rumah

Standard

Kanda tiada di rumah. Masih outstation. Baru sekejap tadi terkangkang-kangkang saya mengejar kelawar dalam rumah. Dapat ditangkap..dimasukkan ke dalam plastik dan dicampakkan keluar. Kelawar masuk dari tingkap bilik saya yg sedikit terbuka rupa-rupanya.

Semalam dalam jam 5 pagi..terdengar riuh di bilik sebelah. Sabrina dan Izzah tiba-tiba tersembul di bilik saya dan merayu mahu tumpang tidur. Ada kelawar dalam bilik katanya. Saya tidak percaya.

Pagi sebelum ke daerah rezeki….sudah saya periksa semua bilik..tiada kelawar. Dalam hati saya yakin…

Sabrina saya hanya bermimpi.

Sekejap tadi jam 1.50 pagi..sedang saya berada dalam bilik..makhluk ini laju masuk terus melekat di atas katil bujang saya. Terkejut dibuatnya. Tidak pernah saya melihat kelawar sedekat dan real pulak tue. Selalu-selalu hanya nonton di chanel National geographic saja.

Selesai tadi..segera saya google apa makna jika kelawar masuk rumah….antaranya kenyataan yang entahkan benar atau tidaknya…

1.  Orang cina percaya….kelawar bawa maksud untung. Kelawar masuk rumah maknanya..isi rumah akan dapat habuan baik. Ini best nie….kalau habuan dapat cepat sikit..boleh guna bershopping di Trengganu esok…hehe

2. Kata orang lain pula…ada orang berniat tidak baik pada tuan rumah. Ops…..yang nie scary ok.

Tapi apa-apapun….saya tidak percaya satu pun pada kenyataan di atas. Saya rasa..kelawar tu mungkin sesat semalam. Seronok merayau malam pertama dalam rumah saya..si kelawar datang lagi menjengah di malam kedua.

Salah saya juga kan….selalu sangat membiarkan tingkap bilik terbuka. Kononnya bagi membenarkan sepoi angin malam menerpa…rupa-rupanya mengundang makhluk lain pulak tiba-tiba.

Dah jam 2.10 min. Perlu tidur. Esok dah nak berangkat ke Trengganu…..yeeehhaaaa…!!

2 responses »

  1. Rumah saya ada kelawar dah dua kali dia masuk bilik saya,saya rasa takut sangt.. mak saya cakap kalau kelawa suka tempat yang tak ada orang,tapi pelik kenapa dia boleh datang rumah saya… dan lagi satu mak saya cakap ada orang niat jahat dekat kita ….so berhati2 lah dengan kelawar ni…

  2. dah 3 hari kelawar masuk rumah..awal bulan 5.2016 hari nie baru barang hilang kene pecah masuk,.wallet kene tinggal atas meja ruang tamu..tapi hp ngan tab kene sapu…x tau la ade pengamal ilmu ke apa…:(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s