Walimatul Urus & Jalan-jalan @ Terengganu

Standard

Oleh kerana sudah hampir 15 tahun tidak menjejakkan kaki di tanah Terengganu..kesempatan untuk memeriahkan majlis perkahwinan teman lama saya ambil minggu lepas. Tetapi hanya percutian sarat yang sangat pendek iaitu 2 hari.

Tahniah kepada pasangan pengantin Siti Norhajaraesyah dan suami tercinta. Kami doakan mahligai bahagia yang tercipta terus berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dipenuhi bunga kasih-sayang senantiasa. Terima kasih di atas jemputan dan terima kasih juga untuk cenderahati pengantin hadiah untuk kami bawa pulang.

Di Terengganu…menghabiskan malam pertama pengantin saya di rumah mak ngah. Sedap makan malam dengan air tangan tuan rumah. Bermalam di Primula di sponsor oleh Pn Azmah dan berkesempatan berkunjung ke Pasar Payang dan Masjid Kristal yang sering disebut-sebut orang.

Nasi Dagang di hotel..peerrgghh  tidak kurang sedapnya walaupun hati sebenarnya sangat teringin sekali mahu cari nasi dagang yang dijual pagi hari di gerai tepi jalan. Keropok lekor pun hanya dibekalkan pulang oleh Pn Azmah….tak sempat saya mahu merasa sendiri keenakkan keropok lekor panas-panas dari gerai. 2 hari yang padat mengekang banyak perkara yang sangat-sangat ingin dilakukan.

Lain kali sekiranya ada rezeki lebih..mahu datang lagi bersama keluarga pula.

Walau apapun…percutian singkat ini sangat bermakna kerana dilalui bersama-sama orang-orang yang sangat baik.

Terima kasih Pn Azmah, Uncle & Nur Ain !

Riuh mulut Qaseh Fatihah menyanyikan lagu dan sekali-sekala berceloteh macam-macam perkara antara faham dengan tidak di sepanjang perjalanan ke Trengganu masih terngiang-ngiang di telinga…..

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s