Monthly Archives: July 2011

Kuali

Standard

Semalam…sambil makan mak mengadu tentang kuali mak yang sudah bocor.

Mak : Abah kalau dapat kuali yang ada kat umah ko mesti dia suka.

Saya : Napa pulak mak? tanya saya sambil laju memasukkan nasi dengan ayam kicap ke mulut.

Mak : Ko tengoklah tue. Kuali mak sampai bocor dibuatnya. 

Itu lah abah. Rajin sangat dia di dapur sehingga bontot kuali pun habis dibersihkan sehingga bocor.

Abah saya memang begitu. Di rumah pun pantang terlihat baju tergantung sini dan sana..

Dialog abah n mak yang biasa saya dengar dari dulu hingga sekarang ialah…

Mak : Bang..mana baju saya yg ada kat sini tadi?

Abah : Manalah aku tahu baju bersih ke tak. Semua dah aku angkut masuk dalam mesin basuh.

Mak : Baju baru pakai la…abah ko nie..pantang nampak baju terbiar. Baru letak kejap dah diambiknya..basuh….pot..pet..pot..pet…(mak membebel)

Itulah abah saya…..

Nakal?

Standard

Nakal anak-anak..itu biasa….

Sesuatu yg menghiburkan walaupun kekadang mendatangkan geram tentunya.

Seorang ibu juga perlu nakal sekali-sekala…

Saya…baru sebentar tadi menyelinap ke blog kesayangan saya di http://iamnothatcool.blogspot.com/

Sering juga singgah ke facebook anak-anak..demi memastikan mereka tidak terkeluar dari landasan yang dibenarkan.

Nakal seorang ibu yang masih boleh diterima saya kira…

Nakal yang harus……

Terima Kasih ALLAH

Standard

Hari ini cuti dan seharian bersama kanda dan sikecil Qaseh ke kota batu telah  menyelesaikan banyak perkara.

Citibank, Maxis, Celcom, P1 Wimax, Alliance, CIMB….semuanya berjalan sangat lancar.

Bersyukur ditemukan dengan orang yang baik-baik dan dipermudahkan urusan.

Kebanyakkannya berakhir dengan sesuatu yang diluar jangkaan.

Terima kasih ALLAH !