Monthly Archives: August 2011

Buffet Ramadhan di PICC

Standard

Terima kasih kanda !!!

This slideshow requires JavaScript.

Sebab bawa kami semua berbuka di luar hari ni. PICC @ Eden jadi pilihan. RM 55 dewasa dan RM 29 kanak-kanak semestinya sangat berbaloi.

Macam-macam ada….Nasi Arab, Dim Sum, kebab, siakap besar, sate, western food, ikan bakar, bubur lambuk, rojak buah, kuey teow, abc, nasi beriani, kerabu, kuih-muih n banyak lagi lah.

Oleh kerana kami berjaya mengurangkan pembaziran dlm bulan puasa ni termasuk hanya sekali ke bazar ramadhan..maka hadiahnya ialah berbuka secara buffet di PICC. berbaloi kan……

Anak-anak dah semakin membesar…makan pun dah banyak jadi harga yg dibayar juga dirasakan berbaloi. Sekali-sekala memanjakan tekak..apa salahnya ye tak? InsyaALLAH..ada rezeki ke sana lagi nanti…

Advertisements

Checklist sebelum raya

Standard

Kuih rayaDah tunjuk..hehe

Duit RayaDah tukar

Baju raya sendiri Blum beli

Baju raya anak-anakSelesai kecuali Muhd Shafiq

QiammullailAlhamdulillah berjaya di surau tempat hati di gantung..

Baca QuranTak abis lagi….

Tampal gigi InsyaAllah hari ni..

Kemas rumahBeluuuumm start…

Apa lagi eekk? Eeerrm….oh ya..nak kena pi cari kad hari raya juga hari ni.

Pecah kaca pecah gelas…

Dah dapat kad raya..kenalah pulak balas….

I like…!!

 

 

Loyal……??

Standard

3 tahun dah bersama dan sebati di daerah rezeki. Perkataan loyal yg dilontarkan kepada saya hari ini belum cukup sesuai rasanya. Sekadar semakin serasi mungkin paling tepat….

Terima kasih yg tidak terhingga kepada tuan punya daerah rezeki yng masih tetap memerlukan khidmat saya. Terima kasih juga kerana menjadi bos yang sangat baik dan paling cool pernah saya punya disepanjang hidup ini. Eeehh..kenapa tiba2 saya bercakap mengenai beliau hari ini agaknya? Ntahlah…mungkin kerana gara-gara ada yg melabelkan saya perkataan LOYAL sekejap tadi.

Bagi saya ..mudah. Sebagai pekerja..itulah yg dituntut oleh mana2 majikan kan? Itulah juga amanah yg perlu pula kita wujudkan dalam diri sebagai tanda menghargai. Simple. Majikan yang baik membuatkan kita rasa dihargai. Itu memotivate kita untuk memberi lebih sedaya kita.

Saya? InsyaALLAH akan terus kekal disini selagi mana saya diperlukan. Banyak yg saya yakin saya mampu dan harus beri. Masih ada ruang yang kosong dan perlu diisi. Ucapan terima kasih untuk imbuhan yg diterima setiap hujung bulan masih belum cukup.  Tahun, bulan, hari dan masa yg berlalu…tetap saja membuatkan saya merasa bahawa apa yg telah saya beri itu masih lagi ada kurangnya. Itulah sebabnya sering saya campakkan jauh-jauh sikap ‘berkira-kira’.

Serasi sudah saya di sini. Terima kasih kepada tuan punya daerah rezeki yang tidak sekalipun saya lihat amarahnya walaupun sekali.

Terima kasih juga kepada teman-teman yang sudah saya rasakan umpama saudara sendiri. Sayang saya pada semua yg wujud disini sudah semakin bercambah.

Terima kasih ALLAH kerana mendorongkan jalan saya ke sini. Mempertemukan saya dengan orang-orang yg hebat ini,

Yg Maha Kuasa….kurniakanlah saya kesihatan yang baik agar saya mampu terus memberikan sesuatu yang berbaloi untuk daerah rezeki. Tetapkan hati dan diri saya di sini sekiranya…ia adalah tempat terbaik buat saya. Amiiiinnn….

Tazkirah & Sekolah

Standard

 

Tadi pagi singgah KPT. Sewaktu berurusan di kaunter sejuk telinga terdengar  bacaan doa berkumandang…siap dengan translation bahasa melayu sekali. Bait2 doa yg dituturkan syahdu sekali. Kemudian disusul pula dengan tazkirah berkenaan Ramadhan.

Soalan bodoh yg saya tanya….”Puan….maaf tanya, doa dan tazkirah tadi tu tape ke live?

Live le cik. Tambahnya lagi..doa dan tazkirah dibacakan oleh orang yang berlainan setiap hari.

Bestkan. Sambil menunggu no dipanggil tadi pun saya sempat menjengah ke taska KPT yg terletak di hujung corner. Terlihat ramainya anak kecik bukan main tertib duduk breakfast….tiba2 fikiran melayang teringatkan Qaseh.

Petang, sewaktu di dalam kereta saya tanya:

Qaseh nak gi sekolah tak?

Nak..Nak..jawabnya sambil loncat2 happy.

Tiba2 Qaseh tanya……

Ibu…ooo..ibu. Nanti kat sekolah ada toilet tak?

Aaait..napa pulak? Adik nak poo poo ye?

Ye la….Adik kan tak pakai pampers. Nanti nak poo poo kat mana?

Amboi..jauhnya awak fikir. ……..butir bicara awak dah jelas. Kadang2 spontan je awak bercakap..sampai nak tergelak pun ada. Dah besar anak Ibu….al fatihah pun dah boleh hafal…comel je bila tengok mulut awak pot pet pot pet….

Sabar

Standard

Baru-baru ni demam..alhamdulillah dah kebah. Baru sehari dua diberi ujian demam sudah macam tak tertahan. SABARkan diri untuk tidak keluh kesah. Nasib baik anak dah besar panjang..pandai-pandailah bawak diri berbuka ye sayang…

Di corong radio dan di kaca tv pula tak habis2 dgn crita berbunuhan, kemalangan dan musibah yang juga menuntut keSABARan dari pelbagai pihak. Mendengarnya saja menjadi sangat meletihkan..sebu perut. Apatah lagi pada bahu yang memikul. Semoga saja kita dan semua yg kita sayang dilindungi Yang Maha Kuasa.

Di fesbuk pula..terlihat hasil air tangan kawan-kawan yang sudah semakin hebat memasak. Walaupun ada yg terdorong memasak kerana punya oven baru atau mungkin buku resepi baru..tetapi tetap saja berjaya kan. Kena SABAR juga melihat hasil2 yang mengiur menyelerakan…..

Bazar Ramadhan merata-rata. Makanan amboi aaiii…semua ada. SABAR….fikir dulu apa yg penting. Jgn sampai bila berbuka juadah yg dibeli tak bersentuh. Sapa yg rugi? Awak jugak……dah lah ada yg dijual boleh tahan mahalnya dan kekadang rasa ke laut pun ada….SABAR,,tak suka jgn nyumpah kutuk. Org yg meniaga tu pun berpuasa juga..tak dapat rasa..biasalah. Esok2 cari port lain plak..lagi bagus tak yah beli..buat sendiri. Tak sedap pun air tangan sendiri kan..tak lah ralat.

Beberapa hari lepas..saya harus berSABAR juga. Gara-gara anak2 tidak sanggup membaca blog saya. Kenapa? Hehe..katanya banyak sangat bunga. Tak sanggup nak baca.  SABARlah hati. Ntah nak buat macamana? Dah umur begini..terdorong begitu pula tulisannya….ada rasa nak muntah?? SABAR je lah ye….agak2 tak lalu nak baca tu..tengok je lah gambo kalau ader..hehe.

Checklist raya dah ader? ELoklah kalau ada..takdelah merapu beli ntah apa2 utk guna raya nanti. Walla..lagu raya dah berkumandang sini sana…..biskut raya dah order buat? Duit raya dah tukar? Itu je kut yang penting. Opps….baju raya kalau boleh mesti dapat sepasang lah yang baru ye tak? Yg lain tu kalau boleh recyle yg lama punyer elok jugak……save budget….mesti cik abang senyum je di pagi raya..hehe.

Ni nak nyelit skit….

Untuk Nora Hassan…kawan baik yg dah pun berjaya jadi businesswoman hebat…syukur kerana rezeki bertambah2. BUkan saja untuk diri sendiri dan keluarga tetapi juga dikongsi dgn org lain yg membantu sama. Lepas taska..ke restaurant plak……tumpang bangga neh!!! Proud of you!!! Nanti nak singgah ngeteh sambil belasah kari kepala ikan air tangan chef no 1 (emak tokeh)

Untuk adik bongsu…klong doakan hati itu untuk dia nan seorang. Doa itu klong dan emak sama-sama aminkan. Mak dah kata orite. Abah ikut je. Klong sukee….Kalau ada jodoh tak ke mana kan………