Sabar

Standard

Baru-baru ni demam..alhamdulillah dah kebah. Baru sehari dua diberi ujian demam sudah macam tak tertahan. SABARkan diri untuk tidak keluh kesah. Nasib baik anak dah besar panjang..pandai-pandailah bawak diri berbuka ye sayang…

Di corong radio dan di kaca tv pula tak habis2 dgn crita berbunuhan, kemalangan dan musibah yang juga menuntut keSABARan dari pelbagai pihak. Mendengarnya saja menjadi sangat meletihkan..sebu perut. Apatah lagi pada bahu yang memikul. Semoga saja kita dan semua yg kita sayang dilindungi Yang Maha Kuasa.

Di fesbuk pula..terlihat hasil air tangan kawan-kawan yang sudah semakin hebat memasak. Walaupun ada yg terdorong memasak kerana punya oven baru atau mungkin buku resepi baru..tetapi tetap saja berjaya kan. Kena SABAR juga melihat hasil2 yang mengiur menyelerakan…..

Bazar Ramadhan merata-rata. Makanan amboi aaiii…semua ada. SABAR….fikir dulu apa yg penting. Jgn sampai bila berbuka juadah yg dibeli tak bersentuh. Sapa yg rugi? Awak jugak……dah lah ada yg dijual boleh tahan mahalnya dan kekadang rasa ke laut pun ada….SABAR,,tak suka jgn nyumpah kutuk. Org yg meniaga tu pun berpuasa juga..tak dapat rasa..biasalah. Esok2 cari port lain plak..lagi bagus tak yah beli..buat sendiri. Tak sedap pun air tangan sendiri kan..tak lah ralat.

Beberapa hari lepas..saya harus berSABAR juga. Gara-gara anak2 tidak sanggup membaca blog saya. Kenapa? Hehe..katanya banyak sangat bunga. Tak sanggup nak baca.  SABARlah hati. Ntah nak buat macamana? Dah umur begini..terdorong begitu pula tulisannya….ada rasa nak muntah?? SABAR je lah ye….agak2 tak lalu nak baca tu..tengok je lah gambo kalau ader..hehe.

Checklist raya dah ader? ELoklah kalau ada..takdelah merapu beli ntah apa2 utk guna raya nanti. Walla..lagu raya dah berkumandang sini sana…..biskut raya dah order buat? Duit raya dah tukar? Itu je kut yang penting. Opps….baju raya kalau boleh mesti dapat sepasang lah yang baru ye tak? Yg lain tu kalau boleh recyle yg lama punyer elok jugak……save budget….mesti cik abang senyum je di pagi raya..hehe.

Ni nak nyelit skit….

Untuk Nora Hassan…kawan baik yg dah pun berjaya jadi businesswoman hebat…syukur kerana rezeki bertambah2. BUkan saja untuk diri sendiri dan keluarga tetapi juga dikongsi dgn org lain yg membantu sama. Lepas taska..ke restaurant plak……tumpang bangga neh!!! Proud of you!!! Nanti nak singgah ngeteh sambil belasah kari kepala ikan air tangan chef no 1 (emak tokeh)

Untuk adik bongsu…klong doakan hati itu untuk dia nan seorang. Doa itu klong dan emak sama-sama aminkan. Mak dah kata orite. Abah ikut je. Klong sukee….Kalau ada jodoh tak ke mana kan………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s