Monthly Archives: October 2011

Buruk tau…

Standard

Hari ni sewaktu terperangkap dalam sesaknya jalan..mata ralit juga memerhatikan sekeliling.

Sepanjang gigi jalan itu ada pelbagai ragam manusia dan saya tertarik dengan susuk tubuh perempuan cantik yang sambil jalan minum air.

Bila sedutan hampir tidak bersisa….tiba-tiba…dibalingnya bekas air kosong itu tanpa perasaan. Perasaan malu apatah lagi…sure takde punye..

Takde sivik betul pompuan ni. Tak belajar buang sampah di tong sampah agaknya.

Rupa dan susuk yang tadinya cantik nampak hodoh serta-merta. Itu bagi sayalah. Bagi orang lain itu perkara biasa mungkin.

Pompuan kalau rupa dan penampilan cantik bagaimana pun..bila tetiba buat perangai buang sampah merata macam tu..buruk ok. Hilang comel!!

 

 

Mana pergi perasaan SAYANG & KASIHAN

Standard

Jiwa jadi kacau…hati jadi hiba…kerap benar kes tentang bayi dan anak kecil di muka akhbar.

Sedih cerita tentang bayi yg di campak belum reda..timbul pula cerita bayi yg di simpan di bekas simpanan air sehingga biru lebam..sejuk.

Kemudian….dipertontonkan pula tragedi kanak2 2 tahun yg dilanggar tanpa belas…dan baru tadi tentang bayi yg dikelar sewaktu baru sahaja mahu hirup udara dan melihat dunia.

Apa nak jadi dengan dunia ini? Mana kasih dan sayang? Sudah luntur perasan kesihan kah?

Atau mungkin sudah ramai yg sudah gila agaknya. Sudah tidak tertahan menahan gejolak rasa dan dugaan yang menimpa sehingga tidak lagi boleh berfikir dengan normal. Sudah tiada sabar dan paling tepat….sudah kurang atau hilang iman barangkali. Melakukan sesuatu yang di luar batasan seorang manusia.

Ya Allah…peliharakanlah iman kami..berikan kami kesabaran dalam ¬†melalui apapun dugaanMu. Penuhi jiwa kami dengan kasih sayang dan rahmatilah kami disepanjang hidup ini. KepadaMU kami bermohon..hanya KAU YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA MENGETAHUI.

Sayang keterlaluan barangkali…

Standard

Hari ni saya ke ibu kota. Usai menghantar Shahir di Presint 8, saya minum pagi dulu di Presint 9. Roti canai di situ sedap tau…air tangan orang melayu. Sistem queue yg unik…ada nombor berbentuk key chain akan diberi sambil pesanan di tulis di papan putih dan bila canainya siap akan di panggil dengan hailer comel warna hitam. No 7….siap!!

Ke ibukota dengan ERL dari Putrajaya. Malas mahu patah balik ke Kota Warisan…lagipun dapat save RM3. Sewaktu mahu menuju ke arah kaunter tiket..mata saya terlihat pasangan ini yang betul2 berada di hadapan saya. Pasangan melayu…bertudung..sama cantik dan tampan…secocok.

Ketika mahu berpisah….si suami lembut mengucup pipi si isteri. Selesai di pipi..terus ke dahi dan kemudian ke bibir pula. Opss….saya terpana bila tiba-tiba si suami menundukkan kepala dan kemudian mengucup pula perut si isteri. Ooohh..mengandung rupanya.

Sekilas..saya pandang sekeliling..ada orang rupanya yg turut memerhati. Ada juga muka terkejut yg saya lihat…

Di perut ERL…fikiran saya laju memikirkan senario tadi.

Cemburu? .Bukan. Ooh..mungkin ya….saya cemburu kerana perempuan itu punya pasangan yg sangat caring..tetapi…sesuai ke perlakuan itu dilakukan dikhalayak ramai seperti itu tadi??

EErrmm……kita ini masih lagi tebal dengan norma-norma orang timur yang punya perasaan malu yg sedikit sebanyak masih menebal. Lebih manis kiranya perlakuan itu dilakukan di dalam kereta sahaja saya kira.

Bersalam sambil mencium tangan suami atau sekadar mengucup dahi pun adalah senario yg amat sweeeett bukan…..

14th Birthday Muhd Shafiq 131011

Standard

Bujang Shafiq dah 14 tahun. Dah tinggi, semakin kacak dan punya suara yg semakin garau.

Happy Birthday Angah.

Doa Ibu agar Angah menjadi anak yang soleh dan terus-terusan menjadi anak yang baik dan menyenangkan hati ibu dan ayah.

Masalah ‘tidur’ Angah nampaknya semakin kritikal.

Errmm…..nantilah….cuti sekolah ibu bawa ke klinik semula k.

Ibu sayang Angah!!

Bulan Terang

Standard

Sekejap tadi, waktu mengangkat kain dari mesin basuh..saya terperasankan suasana luar malam yg terang dari biasa. Tengah malam jam 12.00 yang seakan-akan terang waktu subuh hampir khatam.

Cepat-cepat saya menjenguk ke luar. Terlihat awan-awan yg tidak lagi bergumpal malah tersusun beralun sangat cantik bak lukisan.

Nun di atas sana cahaya bulan yang sangat terang dan indah.

Bulan yang sempurna bulat.. sungguh cantik..SubhanALLAH!

Qaseh 3 tahun 6 bulan

Standard

Balik rumah tadi, Izzah bercerita tentang dialog Qaseh and Atuk (abah saya).

Atuk….nak tengok kartun boleh tak?¬†

Tak boleh….atuk nak tak tengok berita.

Alaaaa atuk. Kejap la. 4 minit aje…

Takdenye, citer kartun dah rosak!

Atuk, citer KOREA boleh??

Adoyaaiii..terpinga-pinga orang tua tu.

Tahu pulak sikecik ni citer Korea.

Ibu sudah kantoi dgn atuk la…..huhu

Jangan cakap kuat sangat….

Standard

Masalah saya masih wujud dan belum selesai. Masalah apa? Laa….masalah pitch suara saya yang tetap dan selalu kuat. CUba juga perlahankan..itu pun bila ingat..tapi bila lupa…nah tu dia….besar lagi suara. Errrmm…

2-3 hari ni..si kecik Qaseh dah pandai mengomen saya secara terang-terangan.

Sering..bila saya mula bersuara dia akan sebut..

Ibu…jaanganlah cakap kuat-kuat.

Cakaplah pahan-pahan.

Pekak telinga adik….sakit tau tak….

Ooouuccchh…budak kecik ni pun pandai komen jugak.

Nasib baiklah suara anak-anak tak gegar dan kuat macam saya.