PMR 2011

Standard

Nur Sabrina antara calon PMR tahun nie. Kelmarin dia pesan..tak perlu jenguk. Kesihan ibu kena drive pepagi katanya. Masuk dewan jam 7.45..bimbang tak sempat.

Semalam..saya ambil cuti juga. Rancang mahu jenguk walaupun sekejap..sekurang-kurangnya sempat menitipkan kata semangat buat bekalan di medan peperiksaan. Untung abah n mak mahu ikut serta. Bergerak dari rumah lewat 5.30 pagi…berhenti solat n sempat sampai KUSESS jam 7.10 pagi. Dari jauh terlihat dia terjengket-jengket memerhati parent yg datang..mencari saya barangkali.

Semakin hampir…semakin susuk saya terlihat oleh dia..pantas dia berlari dan merangkul erat sambil muka merah menahan sedih. Mak pun sempat dipeluknya dgn penuh terima kasih.

Aaiitt..nangis pulak. Tak payahlah nangis. Hari ni PMR..Along kena kuatlah. Pujuk saya.

Ibu datang jugak. Mesti bertolak awal2 pagi kan? tanyanya sambil menahan esak.

Perhimpunan bermula. Doa dibaca beramai-ramai…mohon agar semua calon KUSESS diberi kelapangan olah Yg Maha Kuasa untuk menghadapi peperiksaan besar ini.

Sebelum ke dewan…kanda saya hubungi dan beri ruang untuk memberi kata-kata perangsang buat Along. Sekali lagi airmatanya tumpah. Along..Along…nampak ganas…tapi hati cepat benar tersentuh.

Di luar dewan..sekali lagi berbaris dan membacakan doa.

Langkah Along saya perhatikan sehingga hilang ke perut dewan…..

Kami doakan yang terbaik buat Along. Dia sudah berusaha sedayanya.

Apapun keputusan yng diterima selepas ini..haruslah dengan REDHA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s