UPSR 2011

Standard

Dek kerana lama dah tak menulis…..itu mood tara mari..maka bersawang lah blog yg setia ni. Semalam menulis tentang PMR dan baru teringat untuk mencatat sedikit tentang UPSR yang baru berlalu. Tahun ini saya dan kanda akan melalui debar yg berkali-kali. UPSR untuk Izzah n PMR utk Along.

Izzah saya ini orangnya memang banyak bercakap. Dari tahun satu ke tahun enam…komen cikgu sama saja. Kerja nya laju..mulutnya pun laju juga. Bercakap tak berhenti…ada je cerita dia nak bersembang dgn kawan-kawan. Di rumah pun sama….dari kecil asyik bertanya saja sehingga kekadang hilang juga sabar saya..penat menjawab…hehe.

Izzah dah besar sekarang. Dah tahun enam…UPSR. Bila ditanya bagaimana? Jawabnya OK…bolehlaaa. Ibu n ayah dah doakan untuk Izzah juga. Harapan untuk melihat Izzah mengikut jejak Along ke KUSESS mula mengunung. Apa-apapun bergantung kepada keputusan peperiksaan dan rezeki Izzah. Yang termampu dilakukan adalah terus dan terus berdoa diberikan yang terbaik…ye sayang..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s