Monthly Archives: November 2011

Salam Maal Hijrah

Standard

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”

Doa Akhir Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. 

Doa Awal Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Majalah GEN-Q

Standard

Sudah hampir seminggu berkira-kira untuk membeli majalah Gen-Q. Kerana apa agaknya?

Mungkin sebab belum pasti apakah ianya bagus dan berbaloi untuk di miliki. Yang pasti….kulit majalah sangat berkualiti dan tajuk yang terpampang sudahpun menarik minat untuk segera dibawa pulang.

Hari ini saya dapatkan satu. Sedikit terlambat kerana sudah pun sampai ke Isu no4. Melihat ke dalam perut majalah…errrrmmm..BERBALOI adalah perkataan paling sesuai. Gen-Q dengan tagline Generasi Quran Kreatif merupakan sebuah majalah khas untuk remaja yang inginkan perubahan positif dalam diri. Tulisan dan artikelnya dekat sekali dengan anak-anak remaja kita.

Nah..ini hadiah utk anak-anak ibu. Lepas ini kita tunggu isu berikutnya untuk dijadikan koleksi. Oppss…bukan koleksi santapan mata tau. Mesti harus baca dan jadikan ia santapan rohani dan minda.

Oh ya…pendaftaran ke Program Cuti Sekolah AMPAC di  http://ampac-academy.com/?page_id=167 telah pun selesai. Tak sabar rasanya nak menghantar anak-anak ini menimba ilmu, membina keyakinan diri sekaligus berkongsi pengalaman dengan anak-anak yang lain di sana. Akan saya khabarkan hasilnya nanti.

Liz Claiborne

Standard

Hari nie dalam perjalanan ke daerah rezeki, senyum menguntum saja dari bibir. Hati jadi kembang semacam semangat baru bercambah berkobar-kobar. Malam tadi dah puas dibelek-belek….diperincikan dan kemudian di transferkan semua isi perut beg lama ke dalamnya. Tidak sabar menunggu pagi untuk mengalas ia di bahu kanan jalan lenggang lenggok sambil melompat-lompat kecil umpama anak-anak yang gembira dibelikan mainan baru.

Semuanya gara-gara Liz Claiborne. Aarrrghh..hati puas dapat memiliki satu yang seumpamanya. Sweet. Tidaklah mahal berbanding beg2 berjenama yang lain. Dah terlalu lama sangat berkira-kira untuk membeli beg yg baik untuk diri sendiri. Sudah terlalu lama juga menjadi seperti Haji Bakhil yang kedekut memuaskan kehendak diri sendiri. Akhirnya tradisi dipecahkan. Sifat berkira-kira itu masih wujud tetapi cuba saya senyap dan pendamkan sebentar.

Akhirnya Liz Claiborne sudah jadi milik mutlak saya. Warnanya cantik, bahannya bagus, compartmentnya banyak..teratur dan paling best..wristletnya sangat comei.

Saya suka…

Saya sayang beg Liz Claiborne baru saya….

Cantik bukan….

Hati

Standard

Semalam saya melakukan kesilapan.

Semalam adalah hari saya tidak dapat membendung marah dan akhirnya saya menyesal.

Kanda sms beritahu untuk ke sekolah Shahir lebih awal agar dapat segera pulang. Hari terakhir persekolahan dan tidak perlu berlama-lama di sekolah katanya lagi. Saya tanpa bantah segera setuju lalu segera bergegas ke putrajaya dengan mengambil “time off” dari jam 11.00 pagi.

11.30 pagi tiba di sekolah terus ke dewan ambil incentive RM100.00. Ke pejabat dan diberitahu anak-anak ini tidak boleh pulang awal bermakna saya harus menunggu sehingga jam 12.15 tengahari.

12.00 tepat, Izzah menelefon katanya duit RM100.00 tidak dibenarkan guru untuk diambil oleh murid bermakna saya yg harus ke sana. Hati yang tadi masih ada berbaki sabar tiba-tiba menjadi panas kerana khabaran dari izzah. Kalau saya tahu begini….lebih baik saya ke sekolah izzah dahulu daripada terpaksa menunggu begini.

12.15 sudah berpusu-pusu anak-anak keluar meluru menuruni tangga. Kelibat Shahir tidak kelihatan.

12.30 saya masih menunggu tetapi panas hati saya sudah seakan tidak terbendung.

Saya marah pada kanda yang minta saya segera datang awal.

Saya marah pada izzah yg menelefon saya setelah saya sudah tiba di Putrajaya. Oh ya..izzah bersekolah di Sepang dan saya tadinya dari daerah rezek di Nilai.

Saya marah pada bujang shahir sebab masih tidak kelihatan hampir sejam saya menanti.

Saya marah pada  diri sendiri sebab tidak menelefon pihak sekolah bertanyakan  tentang boleh atau tidak anak-anak ini pulang sekolah awal.

Saya sangat marah dan selepas menunggu hampir 1 jam 15 minit saya membuat keputusan yang bermacam2. Syaitan sudah mula berjaya meracuni akal sedar saya. Hati saya sudah tidak keruan dan marah saya menjadi-jadi…sungguh.

Tiba-tiba saya terlihat Shahir pelan-pelan menghampiri. Dia saya bebelkan. Dia beri alasan lambat sebab perlu bersalam dgn guru2 dan kawan2 dan katanya lagi ibu janji ambil jam 12.30 dan dia hanya lewat 15 minit. Saya masih marah dan tika saya masih membebel..dia keletihan dan tertidur.

Melihatkan dia tidur..hati saya jadi sejuk. Marah itu menjauh. Telefon berdering dan di talian sana, guru izzah menelefon. Setelah berbasa-basi dia mohon saya singgah ke sekolah juga walaupun tempoh sudah tamat. Guru itu mahu menunggu. SubhanALLAH…Allah mudahkan urusan saya.

Saya bertanya pada diri kenapa saya perlu marah?

Sesuatu yg berlaku itu tentu ada sebab dan musababnya. Semakin saya memikirkan kemarahan, hati saya akan jadi semakin sakit dan sudahnya saya menjadi tidak tenang dan menjadi manusia yang menjengkelkan.

Saya menjadi marah kerana….

Hati saya comot….

Hati saya itu masih belum bersih..

Itu pasti!

UPSR 2011

Standard

Tahniah untuk Nurul Izzah.

Jom sayang, kita sama-sama berdoa agar Izzah diberikan peluang untuk..

berada di KUSESS seperti Along

atau paling tidak pun

berada di MRSM Kuala Klawang seperti Angah

InsyaALLAH…..

Semoga doa dimakbulkan dan impian bisa menjadi kenyataan…Amiinnnn,

Kejap…

Standard

Jam 9.30, rancang ke sekolah Izzah. hari ni result UPSR keluar.

8.30 pagi :  Adik……Jom bangun. Ibu nak pergi sekolah kakak izzah nie.

Sambil mata terpejam mengeliat kiri dan kanan, adik ngantuk arrrr. Sambung tidur.

8.50 pagi : Adik…cepatlah. nanti kita lambat…

Terpisat-pisat sambil kelopak mata sedikit terbuka. Kejap lah Ibu. 2 minit aje…adik ngantuk lagi….Sambung tidur.

9.10 pagi : Adik….bangun. kalau macam ni Ibu tinggalkan adik lah. bangun cepat!

Mengeliat lagi sambil kata…kejap lagi je. 4 minit je adik tido..zzzzzzz

9.20 pagi baru bangun sambil ugut..ibu buat susu dulu, baru adik bangun.

Amboi..amboi. macam MEM BESAR awak ya. Macamana la nak sekolah nanti nie? Kejut bangun pagi pun asyik..kejap..2 minit lah..kejap 4 minit lah….

Qaseh…qaseh….

Oren D Kopi’O

Standard

Semalam..saya dan keluarg ke Subang 2. Bila sebut tentang agenda kepada mak….dia mahu turut serta jadi mak juga bersama kami. Terima kasih kepada sahabat saya Nora dan keluarga yg menjemput dan mahu berkongsi bahagianya dengan kami.

Nora, sahabat saya ini adalah wanita yg sudah berjaya. Berjaya dalam terma menjadi anak, ibu dan isteri yang baik dan kini menjadi bos yg punya hampir 30 kakitangan. Sering katanya..ini bukan apa-apa..masih belum sesuai di katakan berjaya. Itu kata dia…tetapi kata saya yang melihat dan telah bersama dia hampir 7-8 tahun ini..saya kira itu adalah kejayaan besar buatnya.

Bermula dengan hanya satu Taska Oren… kemudian bercambah menjadi 3 dan kini sudah punya restoren Oren D Kopi O. Itu adalah kejaayan bukan? Saya pasti kejayaan itu wujud dengan bantuan insan-insan tersayang yg bersama-samanya sejak dari mula sehinggalah ke hari ini. Seperti kata-katanya semalam yg masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya ialah……ini adalah berkat dari kasih sayang dan kecintaannya terhadap kedua ibu-bapanya. Ya..saya setuju itu. Seorang anak yang tidak pernah mahu berkira dengan ibu bapa dan bertanggugjawab sepenuhnya terhadap mereka biasanya adalah anak-anak yang akan diberkati dalam hidup.

Bercerita tentang sahabat saya ini…..kami kenal sudah lama. Dalam berkawan itu ada juga selisih faham dan itu perkara biasa. Adik beradik pun boleh tidak sefahamankan. Suami isteri yg berjanji utk cinta mencintai juga berbalah sekali sekala. Saya percaya…selisih faham itu adalah proses utk kita lebih saling kenal mengenali dan mencari keserasian. Paling penting jgn biarkan ia jadi kudis kerana itu bisa merosakkan hubungan. Terima dan belajar untuk menjadikan hubungan itu lebih baik dan erat.

Sehingga ke waktu saya mencicipkan kisah sahabat ini di blog saya…saya berdoa agar hubungan persahabatan kami ini kekal. Bukan senang mahu mencari sahabat apatah lagi mengekalkanya. Tapi saya yakin…jika kita ikhlas terhadap hubungan itu dengan tidak meletakkan sebarang syarat dan menerima kekurangan / kelebihan satu sama lain sekaligus berkongsi cerita gembira / duka bersama-sama tanpa wujudnya sifat-sifat negatif…persahabatan itu pasti mampu pergi jauh. InsyaALLAH sehingga masing-masing semakin menginjak tua dan meraikan perkahwinan anak-anak kami bersama-sama. Bahagianya..

Untuk Nora, sahabat saya ini yang entahkan dia membaca blog saya ini atau tidak….saya doakan dia berjaya dunia dan akhirat. Saya yakin dia mampu kerana dia yang saya kenal sangat kuat semangatnya. Hasil keikhlasannya yang sering membantu mereka yang memerlukan dan sering juga tidak berkira dalam banyak segi akan memberkati hidupnya disepanjang hayat ini.

Amiiin……