Apa yg dimahukan dalam hidup?

Standard

Hari ini ntah mengapa….benak saya sering pula ditunjal-tunjal dengan soalan ini. Kenapa agaknya? Eeerrmm…saya sudah penat barangkali atau sudah cukup arif dgn keupayaan diri. Atau mungkin juga sudah sampai ketikanya mahu jadi yg biasa-biasa saja.

Boleh ke agaknya kalau mahu clock in dan clock out saja? Buat kerja ikut kemampuan diri. Bos no 2 dah motivate macam2..katanya saya mampu. Ntah…saya kekadang rasa sedikit terbeban. Terfikir mahuu duduk diam saja di ceruk itu…tanpa perlu deal dgn banyak manusia. Tidak perlu menjadi tempat rujuk atau apa-apa saja. Sudah jemu…..

Pangkat? Gaji lebih? Orang penting? Tak mahulah…cukuplah sekadar apa yg ada sekarang. Ada yg suruh sambung belajar. Alasan..nanti boleh duduk setakuk lebih tinggi..lepas tu gaji pun naik setakuk juga. Kejap. Belajar perlu duit kan? Duit yg bukan sikit. Kanda paksa-paksa juga. Untuk kepuasan diri katanya. Boleh juga jadi pembakar obor anak-anak. Lama dulu..berkobar lah juga. BUat masa nie…dah takde hati. Duit sambung belajar tue simpan ajelah buat bekalan anak-anak ke menara gading nanti. Harta lain xde. Anak-anak pun setakat nie bukan lah genius. Nak dapat biasiswa pun bukan mudah.

Keputusan muktamad buat masa nie. Niat sambung belajar simpan jejauh. Simpan dan bukan campak tau. Mana tau kut ada rezeki terpijak dan Allah buka pintu hati nanti. Nak jinak-jinak kan diri gi ikut kelas agama macam mak. Eloklah kan….jangan sampai uban dah berpesta atas kepala baru nak pegi. Boleh…bukan tak boleh..tapi bimbang x sempat je la….

Saya nak hidup mudah. Dari dulu begitulah. Tak suka fikir2..beratkan kepala. Seronok macam sekarang…weekend…sebuk ngan urusan badminton…lepaq putrajaya, bangi, library pusat komuniti, hantar anak balik asrama…..dan  apa-apa je aktiviti keluarga. Kerja pun ok cuma sekarang nie..macam dh terlebih melambak pulak. Tak ter catch up. Balik lambat hari-hari tapi kerja masih juga ada yg tak selesai. Masuk meeting masa dah terbuang. Kerja hakiki terbiar tak berusik.

Usul ambil bos baru masih belum menampakkan hasil. Tuan punya daerah rezeki terlalu berhati-hati agaknya. Calon dah ada…ramai….tapi masih belum nampak siapa yang dia berkenan. Tunggu je lah…..

Sabar selagi mampu…..

Untuk Tuan punya daerah rezeki…MAAF. Saya sudah cuba menjadi yang terbaik buat anda tapi saya belum mampu. Saya penat……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s