Hari Kantin

Standard

Dialog minggu lepas..

Shahir: Ibu….boleh tolong buat cup cakes utk sekolah Shahir tak? Ada Hari kantin la….cikgu suruh bawa. Nak jual. nanti boleh dapat untung.

Saya: Ibu takde bahan lah dik. Dah lama tak buat cake….ibu tak rajin. Cuba tanya nenek.

Sesi membodek nenek berjaya tapi bukan cup cakes cuma muffin yg seeedap. Ok dan minta buatkan 30 biji. Sejak nenek berjaya dipujuk…hari-hari nenek diingatkan-ingatkan agar jgn lupa.

7hb tau nek. Mesti buat. Nenek jangan lupa tau..!!

Hari ni 7hb. Malam tadi saya menghantar Shahir ke Bangi utk latihan badminton. Mak pula bersilat di dapur. Jam 10.00 malam mak menelefon suruh datang ambil. Dah siap katanya.

Subuh jam 6.30..Shahir dan kanda dah bersiap2 ke Putrajaya. Plastik muffin digenggam erat-erat. Sebelum keluar rumah, gagang telefon dicapai.

Shahir: Nek, nak jual brapa nie? Untung Shahir brapa?

Sambil angguk-angguk kepala….dia sambung…Oohh…singgit dua posen ye? Modal nenek singgit..dua posen Shahir punye? OK! Senyum sambil jalan pantas keluar. Kepala mungkin tak sabar2 nak berniaga di kantin sekolah agaknya.

Jam 7.00 am..kanda menelefon.

Kanda: Salah haribulan!

Saya: Salah haribulan aper?

Kanda: Muffin ada dalam kereta nie. 

Saya: Kenapa pulak? Masih tidak faham.

Kanda: Dah sampai sekolah dia tengok takda sorang pun bawa barang. Tersedar silap haribulan langsung ditinggalkan dalam kereta.

Saya:  Iiisshhh budak bertuah nie. Kecoh betul tak sabar-sabar memesan pada nenek…salah tarikh lah pulak

Nasib baik Hari Kantinnya berlangsung esok.

Masih elok lagi muffin yg mak buat.

Foto cuppies di bawah ni hanya ilustrasi tau…muffin air tangan mak biasa=biasa saja tapi tetap sedap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s