Sindiran mak di Eidul Adha..

Standard

Semalam sewaktu pulang dari Nilai, mak minta singgah di kedai. Sewaktu mak keluar dari perut kereta, kanda turut serta…kerana mahu beli daun sup buat penambah rasa sup daging korban yang diambil dari rumah ayah. Oh ya..ayah mertua buat korban lembu tahun ni. Jadi dapatlah bawa balik satu bahagian utk isi rumah. Satu bahagian bila dah dilapah-lapah…ditimbang hampir 10 kilo kesemuanya jadi sekilo sorang bila dibahagikan dgn adik-beradik. Oh ya..berbalik cerita tentang mak tadi, selesai di kedai..mak masuk ke perut kereta sambil membebel menyindir saya. Antara biji butir kata-kata mak…..

Eerrmm….korang ntahkan beruntung ntahkan terlebih manja..Mentang-mentang dapat laki baik. 

Saya terpinga-pinga….

Ye la…singgah kedai boleh pulak laki tu yg turun membeli barang. Mak ni dah bertahun kahwin dgn abah kau….tak pernah merasa la. Kalau tak turun berdua…mak je lah yg turun dan abah kau duduk tunggu dalam kereta. Kat rumah pun mak tengok..kau ni layan laki lebih kurang je. Abah kau bukan suka macam tu…laki senduk nasi sendiri, tuang air sendiri…sampai kekadang pinggan makan pun basuh sendiri. Abah kau bising tau…

Haa….amboi bukan main panjang bebelan mak. Tak sempat saya nak celah membela diri. Bila mak dah selesai meluah rasa…saya sambut…

Alaa..mak..biasalah. Dah sama-sama kerja..kenalah macam tu. Mak lainlah…abah dah terbiasa mak layan sempurna sebab mak tak kerja. Dia buat sendiri pun bila dia rajin. Kalau tak…saya buat semua. Tolak ansur mak…..macam tu lah. 

Mak jeling. Agaknya tak puas hati dgn jawapan saya.

Memang saya akur, di rumah mak kalau ada sesi makan-makan dan kebetulan abah ada turut serta..masa tu lah mata mak mengenyit-ngeyit tanda minta saya beri layanan sebaiknya sebelum abah saya complain. Kekadang saya ikutkan juga….dan kadang-kadang saya saja buat tak nampak. hehe..tak baik kan?

Pernah juga saya cuba layan kanda bak raja..kunun. Nak tau apa dia kata?

Hang apsal lain macam nie? Buang tabiat? ke nak bodek ni??

Haa..sapa nak jawab tu?? Dah terbiasa….kanda banyak juga membantu. Ye lah..anak berderet-deret. Dari tak tahu buat kerja rumah..sampai dah boleh la. Itu pun kerja-kerja yg simple je. Yg memang kerja orang perempuan tetap saya yang buat. Kanda sendiri yg sebenarnya tak berapa suka saya layan lebih2 sekiranya berada dikhalayak ramai.

Di rumah..dia manja juga. Minta itu dan ini tetapi sangat berpada sebab dia faham saya dan dia sama-sama mencari rezeki….

men

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s