Oren D Kopi’O

Standard

Semalam..saya dan keluarg ke Subang 2. Bila sebut tentang agenda kepada mak….dia mahu turut serta jadi mak juga bersama kami. Terima kasih kepada sahabat saya Nora dan keluarga yg menjemput dan mahu berkongsi bahagianya dengan kami.

Nora, sahabat saya ini adalah wanita yg sudah berjaya. Berjaya dalam terma menjadi anak, ibu dan isteri yang baik dan kini menjadi bos yg punya hampir 30 kakitangan. Sering katanya..ini bukan apa-apa..masih belum sesuai di katakan berjaya. Itu kata dia…tetapi kata saya yang melihat dan telah bersama dia hampir 7-8 tahun ini..saya kira itu adalah kejayaan besar buatnya.

Bermula dengan hanya satu Taska Oren… kemudian bercambah menjadi 3 dan kini sudah punya restoren Oren D Kopi O. Itu adalah kejaayan bukan? Saya pasti kejayaan itu wujud dengan bantuan insan-insan tersayang yg bersama-samanya sejak dari mula sehinggalah ke hari ini. Seperti kata-katanya semalam yg masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya ialah……ini adalah berkat dari kasih sayang dan kecintaannya terhadap kedua ibu-bapanya. Ya..saya setuju itu. Seorang anak yang tidak pernah mahu berkira dengan ibu bapa dan bertanggugjawab sepenuhnya terhadap mereka biasanya adalah anak-anak yang akan diberkati dalam hidup.

Bercerita tentang sahabat saya ini…..kami kenal sudah lama. Dalam berkawan itu ada juga selisih faham dan itu perkara biasa. Adik beradik pun boleh tidak sefahamankan. Suami isteri yg berjanji utk cinta mencintai juga berbalah sekali sekala. Saya percaya…selisih faham itu adalah proses utk kita lebih saling kenal mengenali dan mencari keserasian. Paling penting jgn biarkan ia jadi kudis kerana itu bisa merosakkan hubungan. Terima dan belajar untuk menjadikan hubungan itu lebih baik dan erat.

Sehingga ke waktu saya mencicipkan kisah sahabat ini di blog saya…saya berdoa agar hubungan persahabatan kami ini kekal. Bukan senang mahu mencari sahabat apatah lagi mengekalkanya. Tapi saya yakin…jika kita ikhlas terhadap hubungan itu dengan tidak meletakkan sebarang syarat dan menerima kekurangan / kelebihan satu sama lain sekaligus berkongsi cerita gembira / duka bersama-sama tanpa wujudnya sifat-sifat negatif…persahabatan itu pasti mampu pergi jauh. InsyaALLAH sehingga masing-masing semakin menginjak tua dan meraikan perkahwinan anak-anak kami bersama-sama. Bahagianya..

Untuk Nora, sahabat saya ini yang entahkan dia membaca blog saya ini atau tidak….saya doakan dia berjaya dunia dan akhirat. Saya yakin dia mampu kerana dia yang saya kenal sangat kuat semangatnya. Hasil keikhlasannya yang sering membantu mereka yang memerlukan dan sering juga tidak berkira dalam banyak segi akan memberkati hidupnya disepanjang hayat ini.

Amiiin……

2 responses »

  1. ya allah nani,,,besar sungguh pujian ni,,alhd aku dikurnaikan sahabat,kawan,keluarga yg sangat setia.insy moga kita sama2 berjaya dunia dan akhirat..nak meleleh air mata tangkap syahdu bila baca blog ni. Apa taknya bukan senang nak jadi senang,,sgt senang nak jadi susah.walau apapun, u shud be greatful juga, dikurniakan cahayamata yg sangat bijak dan berdikari.hasil dari penat lelah kita juga adalah tunggak kejayaan kita dunia dan akhirat. Berpijak di bumi yg nyata dan sentiasa ingat susah kita di mana jua kita berada..jgn lupa diri dan sentiasa percaya pada qada dan qadar,,insy..TQ nani…muah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s