Monthly Archives: December 2011

PMR 2011

Standard

Sehari sebelum keputusan keluar..hati Along, saya dan kanda dup dap dup dap saja. Hari yg ditunggu tiba, dup dap makin kencang. Perut terasa kecut. Amboi macam diri sendiri pulak yg ambik periksa. Plan nak tinggalkan bujang di rumah tak menjadi. Kanda usul semua ikut sama. Agar kejayaan sekiranya ada atau pun tidak…boleh tetap diraikan juga. Sempit. Ya…kereta sempit bila seluruh isi rumah menghenyakkan punggung masing masing. Kesempitan dlm kereta dgn penghawa dingin kurang berkesan tidak sama dgn tekanan yg sedang dilalui. Syukur cuaca tidak panas hari ni. Bahang dlm kereta seperti selalu-selalu langsung tidak wujud.

Tiba di Kusess..sudah ramai yg memenuhi ruang parkir dan dewan. Langkah kaki di ayun….penuh debar. Ini debaran pertama mengambil keputusan PMR bagi kami berdua. Gementar. Untuk Along, kami tidak meletakkan harapan yg sangat tinggi. Cukuplah kalau Along berjaya mendapat 6A sekurang-kurangnya untuk berada terus di daerah ilmunya. Saat keputusan diterima, spontan Along melompat terkejut. 8A tertulis jelas. Kepingan keputusan di lihat berkali-kali seakan tidak percaya. Iyalah..percubaan tempohari hanya mampu mendapat 5A. Menangis kegembiraan..itu pasti. Seakan mahu dicubit2 diri….masih tidak percaya. Alhamdulillah. Usaha dan doa Along akhirnya menampakkan hasil.

Tahniah Along!

Angah tersenyum sengih. Kenapa? Sebab Along sudah meletakkan standard utk Angah capai. Susah ye Angah? Xpe..jgn bimbang. Angah buat termampu Angah. Jgn Banyak main-main tahun depan sudah. Giliran Angah PMR  dan Shahir UPSR pula nanti.

Untuk Shahir, saya dan kanda arif kemampuan dirinya. 5A untuk UPSR adalah sangat sukar. Minat belajarnya sangat kurang dan sebab itu kanda beri ruang Shahir mahir dalam sukan badmintonnya. Walaupun nanti Shahir tidak mampu mengecap kejayaan seperti kakak-kakak dan abangnya, dia masih punya kehebatan dalam bidang yang kakak dan abangnya tak punya.  Tetapi, saya tidak mahu berhenti berharap, jauh sekali untuk tidak punya keyakinan pada bujang ini. Mana tahu kalau tiba-tiba, dia menunjukkan taringnya dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn mereka yg sudah berjayakan. Doa saya untuk Shahir dan anak-anak tidak pernah putus…harus.

Kejayaan hanya diraikan di Mc’D mengikut permintaan Along. Teringin Prosperity burger katanya. Hadiah? Eerrmmmm…..ikut apa yg termampu. Bersyukur anak-anak memahami…..

Tadi sewaktu masing-masing sebuk masuk ke perut kereta, Qaseh menolak.

Ayah, keta ayah ni sempit tahu tak. Adik nak naik keta yg tu….sambil mulut mejuih ke arah kereta Alphard warna putih yg parkir di sebelah.

Adoyai…pitam kanda sekejap. Pandai komen dah budak kecik nie. Merengek-rengek Qaseh bila dipaksa masuk juga. Kanda memujuk. Isi kereta membising…anak-anak berlawan kata sambil memujuk kanda menukar kereta yg lebih besar. Kecoh…tapi seronok.

Ok..ok. Semua kena rajin doa. Kalau Izzah dapat masuk asrama…ayah tukar kereta besar.

Yeeehoooo…semua jerit gembira. Semoga impian jadi kenyataan kan. Ammmiiiiin..

MRSM – Ujian Kecenderungan

Standard

Kelmarin ke MRSM Kuala Klawang yang bukan lagi asing tetapi dengan tujuan yg berbeza. Kalau selalu-selalu kerana menghantar dan menjemput pulang bujang Shafiq tapi kali ini untuk Nurul Izzah melalui ujian kecenderungan kemasukkan ke MRSM.

Nampaknya MRSM terpaksa membuat saringan yg terbaik kali ini dan bermakna peluang untuk menjadi warga MRSM tetap wujud cuma sedikit payah dan sukar. Ini adalah kerana termasuk Nurul Izzah ada lagi 19,000 calon lain yg juga memohon tetapi tempat yang mampu MRSM berikan hanyalah kepada 6,000 orang. Ramai sangat yang bijak pandai dan ramai juga yang sekarang mahukan anak-anak lebih berdikari sekaligus berada di daerah ilmu yang suasana pembelajarannya sudah pasti berbeza dengan sekolah harian.

Ujian selesai sudah. Sekarang hanya perlu berdoa dan terus berdoa diberikan pilihan yg terbaik dalam hidup. Allah Maha Mengetahui.

Eeehh..pagi tadi sepanjang jalan ke daerah rezeki saya senyum saja. Gara-gara dialog ustaz di rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi. Hari ni tajuknya santai dan  menarik iaitu berkenaan suami isteri. Yg membuatkan saya senyum saja ialah kata ustaz…

Kenapa dalam hubungan rumahtangga ini perlu ada yg merosot? Dulu…si isteri sewaktu baru-baru dikahwini, rajin betul sehinggakan menghidang pun terbaik…cantik saja hidangan di meja makan..kalau ada nasi-nasi yang disenduk ke pinggan berkumpul-kumpul..dilerai-leraikan agar senang si suami makan. Tapi sekarang, nak meleraikan nasi yg berkumpul-kumpul dalam pinggan suami pun jangan harap. Nah….di meja makan pulak sampai periuk nasi pun diletakkannya terus.

Itu contoh. Contoh yg telah menyebabkan saya senyum saja bila mengingatkannya.

Contoh yg telah menyebab kan saya tertawa dan melihat ke dalam diri sendiri mungkin…..hehe

Vintage – The Prestige Collection English Roses

Standard

Sedang ralit nonton tv tiba-tiba terdengar pinggan jatuh pecah dari ruang dapur. Di lantai kelihatan Vintage English Roses collection saya sudah pecah berkecai. Izzah memang selalu cuai. Saya lihat mukanya yg memandang saya dgn rasa bersalah yg sarat.

Vintage - The Prestige Collection, Retroneu - English Roses - 3028 - LG Serving Bowl

Saya…berjaya untuk tidak marah. Saya redha. Peerrghh..berjaya pula kali ini.Redha dalam ertikata menerima dgn senang apa saja ketentuan Allah SWT samada baik mahupun buruk. Anggap saja barang itu hanya diberi pinjam kepada kita dan sudah tiba masanya diambil semula olehNYA yg berhak. Tidak perlu peduli bagaimana pun caranya samaada pecah berderai, di ambil orang atau sebagainya. Fikirkan saja ia adalah sebahagian daripada kifarah. Ada sebab dan musabab dan itu PASTI.

Redha itu berat dan tidak semudah seperti yg dituturkan. Bukan mudah menjadi manusia yang mampu redha kerana walaupun saya fikir saya sudah berjaya redha dgn kejadian tadi..masih juga jauh di sudut hati saya memikirkan pula tentang sudah kurang cukupnya set pinggan mangkuk saya. Memikirkan set yg tidak lagi sempurna.

Aarrhh….memang sukar menjadi redha…tetapi saya yakin kita mampu. Mampu dalam mengajar hati menjadi redha. Semoga saja kita mampu…..

Found on - LINK

Kurma

Standard

Tadi pagi sewaktu mengoreng  bihun buat sarapan pagi..sempat juga mendengarkan ulangan topik Hari Jumaat dalam segmen IKIM sempena Hijrah bertajuk “Hijrah: Jalan Mahabbah Rasulullah”.

Tetamu Al Fadzil Sheikh Dr. Mahmud al-Maghlani (dari Madinah) sebagai tetamu bersekali Ustaz Rahmat yg terror berqasidah membantu mengalihbahasa secara spontan.

Antara beberapa intipati yg dibincangkan, saya tertarik dengan tazkirah berkenaan kurma. Kata beliau di sarankan makan 7 butir kurma sebelum makan apa-apa (sarapan pagi) dari 14 Muharram (Sabtu, 10/12) hingga 21 Muharram ini.

Katanya lagi, itu ialah sunnah Nabi SAW. Kurma apa pun boleh tetapi paling afdal ialah kurma Madinah@Ajwa. Fadhilat makan kurma ni yang disebut oleh Sheikh Dr.Mahmud ialah kita tidak akan terkena sihir seumur hidup (dengan izin Allah). Amalkan setiap tahun usulnya lagi.
Kurma ni banyak khasiatnya. Ingat lagi sewaktu saya dalam proses melahirkan Anwar Shahir, dari pagi tidak breakfast dan bila sakit pada jam 10 pagi teringatkan kurma yg sering ada sebagai bekalan dalam beg kerja. Hanya makan 3 biji dan mampu melahirkan Shahir dengan tenaga yg diperolehi hanya dari kurma tadi. Besar sungguh fadhilat kurma dan ada pelbagai lagi fadhilat lain sebenarnya….kurniaan Yg Maha Kuasa.

Ombak Rindu

Standard

Hampir seminggu anak-anak perempuan rumah ni merayu-rayu  minta dibawa nonton Ombak Rindu. Mulanya keberatan juga..sebab utama..saya tak berapa minat dgn lakonan Maya Karin. Berkira-kira juga mahu pergi tapi saya akhirnya nonton juga. Saya tak mahu review lebih-lebih sebab rasanya review tentang cerita Ombak Rindu sudah banyak sangat diblog-blog yg lain. Saya cuma mahu komen sedikit apa yg saya secara peribadi tidak berapa berkenan dgn filem ini.

Yg bagusnya, filem ini sesuai sekali kalau ditonton bersama pasangan masing-masing. Terasa macam mahu mencambah sayang dan menghargai pasangan sekaligus hubungan halal berpasangan. Perasaan rindu, cinta,  sayang, tanggungjawab dan berkorban demi orang tersayang memberi tafsir pelbagai pada setiap individu.

Yg tak bestnya, 20 minit babak permulaan memang tidak langsung sesuai untuk anak-anak remaja. Sepanjang masa itu saya gelisah sungguh. Anak-anak saya suruh pejamkan mata.. tetapi kuatnya suara dari layar tetap juga jelas kedengaran. Iiisskkhh…saya merungut dalam hati sambil berdoa babak-babak kurang senonoh itu segera menjauh. Selepas 20 minit…semuanya ok.

1. Maya Karin sebagai perempuan kampung seakan tidak sesuai mengikut pendapat saya. Sebutan bahasa melayunya masih ada yg belum jelas. Bacaan Surah Yasin olehnya juga sepatutnya diberi penekanan lebih serius. Hanya 4 ke 5 ayat dan sekiranya diperbetulkan tajwidnya pasti lebih memberi kesan. Pengarah seolah-olah tidak memandang berat kepentingan betulnya bacaan Maya Karin sebagai pembawa watah Izzah guru yg mengajar mengaji. Dalam babak ketika Izzah sebuk menyidai baju di luar rumah berbumbungkan langit dan Aaron memerhati dari balik cermin bilik, mengapa pula harus berkemban dan bertuala. Seorang perempuan kampung yg mengajar mengaji sepatutnya lebih menjaga auratnya diluar rumah. Oh ya…mungkin rumah cantik Aaron itu kawasan terlarang serta penuh privacy barangkali. Kalau ditukarkan babak itu hanya dalam bilik juga tidak apa-apa saya kira. Izzah keluar dari bilik air usai mandi contohnya…

2. Babak makcik Izzah yg sakit dimandikan izzah di tepi sungai pula kenapa harus berkemban? Tak faham betul saya. Kalau mak cik yg sakit itu babaknya duduk lesu dan kemudian dipicit-picitkan badannya oleh Izzah kan lebih sopan.     Berkemban dan basah disiram air begitu sungguh tidak manis ok.

3. Sememangnya..adegan-adegan berkemban dalam cerita Ombak Rindu ini langsung tidak saya tidak gemari. Azizah Mahzan yg berada di tepi kolam renang dgn baju seakan swimsuit menampakkan celahan dada juga memalukan. Ada banyak cara lain sebenarnya boleh digunakan tanpa merosakkan jalan cerita dan tidak perlu eksploitasi begitu.

4. Aaron yg membawa watak Hariz memang best. Hero asyik menangis..cairlah hati perempuan-perempuan yg ada di panggung.

5. Lisa Surihani sungguh berbeza kali ni. Watak terjerit-jerit emo sangat comel dengan mulut terkumat kamit menahan marah.

6. Bront Palarae juga bagus. Sedih juga bila tengok expresi mamat ni masa dlm sampan dan dia tanya Izzah dah kawin ke belum.

Ombak Rindu ceritanya bagus. Mana mungkin mahu disamakan dgn novel kan. Garapan novel lebih terperinci dan mahu menjadikannya dlm durasi 2 jam adalah mustahil tetapi berjaya juga. Nangis? Siapa? Saya? Nangis jugalah….bila dituturkan skrip-skrip yg sedih dan melihat emosi yg dipertontonkan.

Ini adalah pandangan peribadi saya k. Nah…ini review dari blog anak perempuan saya..http://theneeeewlife.blogspot.com/2011/12/sz-203.html.

Housewife

Standard

Semalam masa sembang-sembang dgn anak-anak….Shafiq tanya..

Ibu, suka tak kalau ayah gaji besar?

Suka!

Kalau ayah suh ibu berhenti kerja dok kat rumah..suka tak?

Suka!

Errmm….ibu tak bosan ke? Asyik nak kemas, masak, basuh baju?

Tak. Kalau dulu-dulu ibu tak nak. Tapi kalau ayah offer ibu duduk rumah sekarang ibu setuju je.

Napa plak. Semua memandang saya sambil menunggu jawapan.

Sebab……jadi sururumah sekarang best. Lepas dah kemas, dah masak, dah basuh baju boleh layan internet, boleh tengok citer korea, boleh update blog..n kalau bosan boleh pegi lunch dgn kawan..petang-petang boleh gi jogging tak pun gi aerobic. Amboi mcm best je kan.

Anak-anak yg tadinya mengangga terus angguk-angguk tanda faham dan setuju.

Iyelah ibu..betul jugak tu kan. Best aper jadi surirumah.

Saya senyum. Best ke jadi surirumah?

Ntah? Rasanya lagi tensen kut…kerja yg sama tak abis-abis lepas tu asyik dok nak fikir resepi apa nak masak hari-hari…betul tak?

AMPAC AZ-ZAHRAH – Program Cuti Sekolah

Standard

Minggu lalu, saat diberitahu yang anak-anak ini akan menyertai program cuti sekolah AMPAC – Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy…masing-masing seakan tidak setuju dan mahu protes. Along berjaya dipujuk dgn alasan…ibu mahu along belajar teknik manjadi pemidato terbaik. Di kusess memang Along masuk bahas…tapi tekniknya harus diperkemaskan. Ampac bukanlah asing pada saya….sering jika ke Az-Zahrah atas urusan kerja atau apabila saya turut serta dalam program ISMA, saya merancang utk anak-anak menyertai AMPAC walaupun sekali. Akhirnya rancangan saya diperkenankan Allah walau anak-anak ini harus dipujuk dahulu.

Angah, sehingga ke pagi hari pendaftaran..masih juga memuncung tidak setuju. Saya pancing dgn belanja bersarapan di Mc’D. Saya juga pesan..Angah try dulu k. Sehari pun jadilah. Ibu dah buat bayaran. Jangan sampai rugi. Please. …Angah angguk lemah. Yess….akhirnya angah setuju dan saya gembira sekurang-kurangnya dia memberi sedikit ruang untuk mencuba.

Pendaftaran berjalan lancar. Sewaktu program ice breaking bermula..dari jauh saya lihat Along sudah mula sedikit enjoy tetapi Angah masih tiada mood. Pandangan pujukan seakan mahu pulang tidak saya endahkan. Dari rumah..sekitar jam 1.00 tengahari dan saya yakin waktu lunch saya menelefon. Di hujung corong sana..angah menyambut.

Angah macamana? Menarik tak?

Bestlah Ibu! Nasib baik angah tak tolak.

Best? Seakan tidak percaya dgn perkataan yg saya dengar..saya ulang lagi. Best? Betulke apa ibu dengar ni?

Betul ibu. Best. Angah sikitpun tak mengantuk. Abg Badrul best. Abg dan kakak faci pun best.

Hati jadi lega.

Dari hari pertama sehingga hari terakhir ada saja positif value yg dibawa pulang.

Sudah yakin dan berani berbahasa Inggeris di rumah, sudah ringan tulang, sudah pandai berintonasi dgn baik sewaktu berpidato seperti pro lagaknya dan begitu banyak lagi islamic value yg dibawa balik. Pengisian yg amat bermanfaat buat anak-anak.

AMPAC mempraktikkan enviroment Learn & ENjoy. Suasana yang sangat berjaya dalam memberi keyakinan diri, semangat kepimpinan, teamwork, kemahiran berkomunikasi, sebagai energy boster bagi anak-anak yg lalai dalam mengejar matlamat menjadi pelajar berjaya. Selitan-selitan Islamic value dan betapa perlunya mengingati Allah di sepanjang masa membangkitkan kesedaran kepada anak-anak yang bukan sedikit.

Kerjasama facilitator yg terdiri daripada kakak dan abang yang sporting, energetic dan kreatif telah mendapat pujian. Pendekatan yg dibawa oleh En Badrul Sani sememangnya berjaya sehinggakan anak-anak ini menjadikan beliau idola dan mentor dalam banyak segi.

InsyaALLAH akan turut serta lagi di lain masa. Anak-anak dan apatah lagi kita ini manusia biasa sememangnya harus diperingatkan sentiasa dan diberi input-input yang positif bagi menjadi manusia yang terbaik juga.

Terima kasih AMPAC! Terima kasih Az-Zahrah!

Anak-anak sampai hari ini masih bercakap tentang AMPAC……..