Catatan ke 222 & Lipatan Kertas

Standard

Hari ni catatan blog saya sudah pun genap 222 post. Eerrmmm…..pejam celik…banyak juga kan.

Bercerita tentang lipatan kertas, ia adalah hasil dari program cuti sekolah anak-anak ini di AMPAC. Hari ini adalah hari terakhir dan misi lipatan kertas adalah curahan hati anak-anak ini di hari ke 4. Patutlah kata mak semalam, sewaktu menunggu kelihatan anak-anak yang lain menuruni tangga dengan mata yang merah. Mata yang kelihatan baru saja merembeskan kesedihan dan keinsafan.

Jom..saya mahu berkongsi tentang lipatan kertas yang saya dapat tadi pagi.

Lipatan Kertas 1

Assalammualaikum Ibu dan Ayah,

Along nak minta maaf sangat-sangat dekat ibu dan ayah atas segala kesalahan along sepanjang 15 tahun along hidup. Along nak mintak maaf sangat2. Atas segala-galanya.

Ibu dan ayah tolong halalkan segala makan minum yang telah ayah dan ibu beri kepada along. Ibu dan ayah, along janji lepas ni along akan belajar dengan lebih sungguh2. Along juga berjanji akan jadi anak dan kakak yang baik.  

Maafkan Along kalau Along bukanlah anak yang terbaik.

Yang benar,

Nur Sabrina Zubairi.

Lipatan Kertas 2

Kepada ibu dan ayahku,

Angah nak mintak maaf atas semua kesalahan angah.

Angah berjanji akan menuruti perintah ibu dan ayah

Angah berjanji tidak akan tinggal solat

Angah akan membantu ayah bila-bila masa sahaja ayah mahu

ANgah akan membantu ibu bila-bila masa sahaja ibu mahu

Angah berjanji akan berubah

Angah sayang ibu

Angah sayang ayah

Angah akan belajar bersungguh-sungguh

Angah berjanji tidak akan menyusahkan ibu dan ayah

Angah berjanji untuk menjadi orang yang lebih berguna selepas ini

Muhammad Shafiq Bin Zubairi

Allhamdulillah dan moga saja perubahan anak-anak ini mampu terus kekal. Bukan mudah kan. Kita yang uban sudah hampir mahu berpesta di kepala ini pun masih juga harus diingat-ingatkan selalu. Seperti paku yang diketuk sekali..masuk sekali.

Sekurang-kurangnya…kita masih terbuka menerima nasihat dan bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik. Itu yang paling penting.

Mari kita panjangkan doa agar hati kita ini tidak dibolak-balikkan oleh Yang Maha Kuasa. Agar kita terus-terusan menjadi hamba yang terbaik disisiNYA. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s