Nasi Lemak Telur Ayam & Lipatan Kertas

Standard

Pagi ni sempat bersarapan di Bangi bersama Along dan Angah di Restoren Kelisa berhampiran AMPAC.

Food not bad. Sedap dan pelbagai. Service pun ok cuma sedikit terganggu dgn sikap perempuan di kaunter bayaran.

Saya dan anak-anak makan nasi lemak. Sewaktu mahu bayar saya sebut, Nasi lemak biasa 1, Nasi lemak telur ayam 1, Nasi lemak ayam 1

Selepas dikira-kira saya sedikit terkejut dgn jumlah yg perlu di bayar. Ooo..rupanya salah sebut. Perempuan di kaunter ingatkan bila saya sebut nasi lemak telur ayam…difikirkan saya makan nasi lemak telur + ayam.

Addooyaii..salah saya dan saya akur. Mahu tergelak pun ada…macamana pulak saya boleh sebut telur ayam? kan biasa di sebut telur goreng saja?? Perempuan di kaunter sudah memuncung. Senyum saya tidak disambut..marah barangkali kerana harus mengira dan memulangkan duit semula.

Sayang….kalau duduk di kaunter tu..bermanis muka lah. Senyum saja tidak merugikan apa-apa tau. Jgnlah emo sangat.

Kalau gelakkan saya atas sikap bengong saya tadi pun saya tidak ambil hati.

Bermasam muka pagi-pagi begitu tiada serinya sayang oooii……

Oh ya…tadi Along & Angah ada berikan lipatan kertas. Kata mereka, untuk ibu dan ayah dari kami. Jangan baca sekarang tau Ibu. Saya angguk dan simpan kemas-kemas dalam beg merah saya. Dalam perjalanan ke daerah rezeki….hati tertanya-tanya….

Apa isi lipatan kertas tadi agaknya ya….?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s