Bimbang

Standard

Shahir ada tournament seharian Lee Choong Wei Junior d PJ. Jam 10 malam kanda menelefon, masih di gelanggang badminton. Saya tidur sebentar sedang anak-anak ralit berfacebooking. Jam 11 saya terbangun. Ehh..tidur sebentar ke itu…amboi..cukup satu jam..lena. Kanda masih belum pulang.

Jam 12 tengah malam ..masih menunggu. Hati digigit bimbang. Layan facebook….intai baca blog orang…layan citer korea…

Jam 1.30 pagi mula tak senang duduk. Cuba telefon juga walau dah tahu sah-sah tak dapat sebab bateri kanda dah kong. Otak ligat mencari jalan. Hati dah berkata macam-macam…bimbang ada masalah di jalanan.

2.00 pagi sms teman kanda….tiada balasan. Dah tengelam dengan mimpi barangkali.

2.30 pagi sudah tidak keruan. Google no telefon hospital….

2.45 pagi sudah sangat terdesak. Benak di himpit seribu kerisauan. Hospital Putrajaya dihubungi..maaf puan..tiada nama yang disebut dalam senarai

2.47 pagi Hospital Serdang pun beri jawapan sama juga…

2.50 pagit telefon bimbit saya berbunyi lantang minta disambut. Dihujung sana suara kanda cool saja..beritahu sedang bersiap mahu pulang. Tournament baru selesai dan harus pula ke sana lagi jam 9 pagi esok. Walau dalam hati saya bersyukur kanda dan bujang shahir selamat di corong sebelah sana..hati jadi marah juga.

Sebab kanda tidak beritahu awal akan lewat pulang.

Sebab saya sangat gelisah sehingga mendail ke hospital.

Alasan tiada telefon sukar saya terima. Telefon tiada bateri tapi masih boleh pinjam telefon mana-mana manusia yang ada di gelanggang yang sama juga kan?

Tidak tahukah kanda…yang hati di sini tidak keruan dan digigit bimbang?

Sepicing pun tidak mahu lelap kerana memikirkan yg bukan-bukan. Keselamatan orang-orang kesayangan, kanda dan Shahir tentunya.

Aarrgghhh….bukankah saya sepatutnya hanya perlu bersyukur??

Jam sudah 3.10 pagi dan saya masih menanti. Semoga perjalanan pulang keduanya tiada aral dan selamat tiba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s