Ombak Rindu

Standard

Hampir seminggu anak-anak perempuan rumah ni merayu-rayu  minta dibawa nonton Ombak Rindu. Mulanya keberatan juga..sebab utama..saya tak berapa minat dgn lakonan Maya Karin. Berkira-kira juga mahu pergi tapi saya akhirnya nonton juga. Saya tak mahu review lebih-lebih sebab rasanya review tentang cerita Ombak Rindu sudah banyak sangat diblog-blog yg lain. Saya cuma mahu komen sedikit apa yg saya secara peribadi tidak berapa berkenan dgn filem ini.

Yg bagusnya, filem ini sesuai sekali kalau ditonton bersama pasangan masing-masing. Terasa macam mahu mencambah sayang dan menghargai pasangan sekaligus hubungan halal berpasangan. Perasaan rindu, cinta,  sayang, tanggungjawab dan berkorban demi orang tersayang memberi tafsir pelbagai pada setiap individu.

Yg tak bestnya, 20 minit babak permulaan memang tidak langsung sesuai untuk anak-anak remaja. Sepanjang masa itu saya gelisah sungguh. Anak-anak saya suruh pejamkan mata.. tetapi kuatnya suara dari layar tetap juga jelas kedengaran. Iiisskkhh…saya merungut dalam hati sambil berdoa babak-babak kurang senonoh itu segera menjauh. Selepas 20 minit…semuanya ok.

1. Maya Karin sebagai perempuan kampung seakan tidak sesuai mengikut pendapat saya. Sebutan bahasa melayunya masih ada yg belum jelas. Bacaan Surah Yasin olehnya juga sepatutnya diberi penekanan lebih serius. Hanya 4 ke 5 ayat dan sekiranya diperbetulkan tajwidnya pasti lebih memberi kesan. Pengarah seolah-olah tidak memandang berat kepentingan betulnya bacaan Maya Karin sebagai pembawa watah Izzah guru yg mengajar mengaji. Dalam babak ketika Izzah sebuk menyidai baju di luar rumah berbumbungkan langit dan Aaron memerhati dari balik cermin bilik, mengapa pula harus berkemban dan bertuala. Seorang perempuan kampung yg mengajar mengaji sepatutnya lebih menjaga auratnya diluar rumah. Oh ya…mungkin rumah cantik Aaron itu kawasan terlarang serta penuh privacy barangkali. Kalau ditukarkan babak itu hanya dalam bilik juga tidak apa-apa saya kira. Izzah keluar dari bilik air usai mandi contohnya…

2. Babak makcik Izzah yg sakit dimandikan izzah di tepi sungai pula kenapa harus berkemban? Tak faham betul saya. Kalau mak cik yg sakit itu babaknya duduk lesu dan kemudian dipicit-picitkan badannya oleh Izzah kan lebih sopan.     Berkemban dan basah disiram air begitu sungguh tidak manis ok.

3. Sememangnya..adegan-adegan berkemban dalam cerita Ombak Rindu ini langsung tidak saya tidak gemari. Azizah Mahzan yg berada di tepi kolam renang dgn baju seakan swimsuit menampakkan celahan dada juga memalukan. Ada banyak cara lain sebenarnya boleh digunakan tanpa merosakkan jalan cerita dan tidak perlu eksploitasi begitu.

4. Aaron yg membawa watak Hariz memang best. Hero asyik menangis..cairlah hati perempuan-perempuan yg ada di panggung.

5. Lisa Surihani sungguh berbeza kali ni. Watak terjerit-jerit emo sangat comel dengan mulut terkumat kamit menahan marah.

6. Bront Palarae juga bagus. Sedih juga bila tengok expresi mamat ni masa dlm sampan dan dia tanya Izzah dah kawin ke belum.

Ombak Rindu ceritanya bagus. Mana mungkin mahu disamakan dgn novel kan. Garapan novel lebih terperinci dan mahu menjadikannya dlm durasi 2 jam adalah mustahil tetapi berjaya juga. Nangis? Siapa? Saya? Nangis jugalah….bila dituturkan skrip-skrip yg sedih dan melihat emosi yg dipertontonkan.

Ini adalah pandangan peribadi saya k. Nah…ini review dari blog anak perempuan saya..http://theneeeewlife.blogspot.com/2011/12/sz-203.html.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s