Sedang ralit nonton tv tiba-tiba terdengar pinggan jatuh pecah dari ruang dapur. Di lantai kelihatan Vintage English Roses collection saya sudah pecah berkecai. Izzah memang selalu cuai. Saya lihat mukanya yg memandang saya dgn rasa bersalah yg sarat.
Saya…berjaya untuk tidak marah. Saya redha. Peerrghh..berjaya pula kali ini.Redha dalam ertikata menerima dgn senang apa saja ketentuan Allah SWT samada baik mahupun buruk. Anggap saja barang itu hanya diberi pinjam kepada kita dan sudah tiba masanya diambil semula olehNYA yg berhak. Tidak perlu peduli bagaimana pun caranya samaada pecah berderai, di ambil orang atau sebagainya. Fikirkan saja ia adalah sebahagian daripada kifarah. Ada sebab dan musabab dan itu PASTI.
Redha itu berat dan tidak semudah seperti yg dituturkan. Bukan mudah menjadi manusia yang mampu redha kerana walaupun saya fikir saya sudah berjaya redha dgn kejadian tadi..masih juga jauh di sudut hati saya memikirkan pula tentang sudah kurang cukupnya set pinggan mangkuk saya. Memikirkan set yg tidak lagi sempurna.
Aarrhh….memang sukar menjadi redha…tetapi saya yakin kita mampu. Mampu dalam mengajar hati menjadi redha. Semoga saja kita mampu…..