Monthly Archives: January 2012

Petua GEN-Q Isu 6

Standard

Untuk isu Gen-Q baru ni..tertarik pula dgn petua yg diberikan Uztaz Muhammad Yusuf A Kadir.

Tajuk: Melebihkan sesuatu akan Mengurangkan sesuatu.

Apa dia agaknya?

Menulusuri pesanan Amirul Mukminin Sayidina Umar R.A..

– Orang yg banyak ketawa akan menyebabkan kehebatan dirinya berkurangan.

– Orang yg suka bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya itu.

– Orang yg kerap melakukan suatu perkara akan dikenali melalui perbuatannya itu.

– Orang yg banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah.

– Orang yg sentiasa silap pula akan mengurangkan malunya.

– Orang yg kurang malunya, kuranglah sifat waraknya.

– Orang yg kurang sifat waraknya, maka hatinya telah mati.

Errmmm….bila sebut hati yg mati tu..scary ok. Melihat ke dalam diri lantas cepat-cepat beristighfar dan bertekad utk belajar bersederhana. Moderate kata omputih.

Behave Naini…..behave…….

Advertisements

Qaseh dan teman baru…Faris.

Standard

Badan tak berapa sihat sejak semalam. OOhh…..baru sedikit tuhan berikan ujian sudah seakan tidak tertahan. Ops…tapi saya berjaya tidak menyuarakan keluh kesah tau. Ya…berjaya. Biasalah…dah diberi sihat hampir 360 hari setahun dan hanya beberapa hari saja tidak sihat…..masakan mahu komplen ye tak? Tak patut pun. Malulah mahu beraduh-aduh dgn Yang Maha Kuasa. Malu….

Apalah saya ni….cerita tentang tidak sihat pun mahu dikhabarkan dalam blog. Bukan apa….saja. Daripada membiarkan blog nie bertambah tebal sawangnya..eloklah diceritakan sesuatu ye tak.

CNYear tempohari ke Hot Spring Sg Klah lagi. Terlalu crowded. Tak dapat enjoy ke tahap maksima. Qaseh sudah punya kawan baru. Comel je berdua-duaan berpegang tangan…jalan kedek-kedek.

Ini dialog selepas tiba di rumah..

Qaseh: Ibu , rumah Faris kawan adik tu dekat tak?

Ibu: Jauhlah sayang.

Qaseh: Ala…..tak bestla. 

Ibu: Napa? 

Qaseh: Ya la. Dia kawan adik. Adik nak pegi sekolah pegang tangan dgn dia la.

Ibu: Oooitt…kan ayah cakap, org girl…x leh pegang tangan org boy.

Qaseh: Isskkhh..ibu nie. Dia kawan adik la…(sambil memuncung pergi)

This slideshow requires JavaScript.

Reservation yg kantoi & Hot Spring Sg Klah yg awesome.

Standard

Semalam, saya bantu bos kecil utk buat reservation mahu bercuti di Hot Spring Sg Klah, Trolak. Saya sekeluarga pernah ke sana 2 kali. Pertama dulu masa daerah rezeki buat retreat untuk staff dan kali kedua bersama-sama dgn warga kerja kanda meraikan family day. Best? Hot Spring Sg Klah memang best dan sesuai sekali untuk bersantai bersama keluarga.

Oh ya berbalik kpd reservation yg dibuat smlm…sepatutnya dah selesai. Saya call no yg biasa….bercakap dgn perempuan yg cukup santun melayan bicara saya. Tapi hari ini, bila di call semula dikhabarkan pula sesuatu yg sukar di terima.

“Kami tak terima sebarang reservation atas nama yg puan sebut.”

Saya garu kepala yg tidak gatal. Confuse pun ada. “U ke yg kerja smlm? Kalau tak..cuba u tanya dgn teman yg bekerja smlm ya” pinta saya.

“Dah puan….dah check. Kami tak terima call dari puan. Nama yg disebut pun tiada dlm senarai. lagipun utk tarikh yg puan minta….dah seminggu kami stop ambil reservation sbb dah penuh. Cuti tahun baru cina tu puan”

Saya keliru. Smlm masa selesai resrvation..ada juga saya terfikir. Selalu-selalu Sg Klah ni susah nak dpt masa weekend apatah lagi CNY. Tapi ada kosong pula masa saya tanya. Ohh..mungkin dh rezeki..getus hati saya.

Impian tak terlaksana. Sebaliknya pula yg berlaku. Tak da rezeki lah pulak.

Ralat…ralat…

“Puan, saya cuba dapatkan juga. Nanti saya call guest yg buat tempahan..mana tahu kalau ada yg mahu cancell”

Wah…lega hati saya. Baik Cik Amy, reservation officer di corong telefon sana. Saya tunggu….mana tahu bernasib baik kan.

Hati cuak juga. Dgn siapa saya bercakap semalam agaknya ye?

Ni foto masa saya berhari keluarga dgn daerah rezeki kanda….layaaan…

This slideshow requires JavaScript.

 

Masa untuk membakar kalori…

Standard

Hari ni netball friendly match dgn student. First game kalah 4-5. 2nd game menang 3-2. Adooyaiii..PANCIT!

Esok petang dan lusa dah rancang untuk beraerobik. Dah lama sangat ditinggalkan gara-gara instructor dah berhijrah ke Saudi. Nasib sungguh baik kerana ada instructor baru…cik’gu jururawat yg memang punya kemahiran sama.

Oohh..sungguh tak sabar untuk berjimba..ops..beraerobik esok.

Target nak kurus sikit tika sambut adik ipar baru Mei nanti.

Kuatkan tekad dan jgn hanya hangat-hangat tahi ayam ye kawan-kawan.

Malaysia Open 2012

Standard

Cuti mingguan ni memang sangat memenatkan tetapi sangat sweet. Sabtu sempat juga membasuh sedikit walaupun sang matahari seakan malu-malu mahu memberikan sinar. Tengahari lepas zuhur, cepat-cepat bertolak ke Stadium Putra nonton semi final Malaysia Open. Ini acara wajib semenjak 3 tahun lalu. Kalau best ke final lah….kalau tak..hanya semi cukuplah. Terima kasih kanda sebab belanja tiket masuk.

Meh kita cerita apa yg sweetnya. Choong Wei berjaya menundukkan Chen Long yeeayyyy!!. Hingar bingar stadium telah menaikkan semangat jaguh kita tentunya. Suspen juga..bimbang Chong Wei tewas. Maklumlah…Chen Long tu muda lah sangat, tinggi, main plak meletup-letup. Cuak juga lah Chong Wei. Sorakan demi sorakan berjaya membina semangat dan akhirnya menang walaupun di permainan rubber set. Emosi Chen Long terganggu juga dgn sorakan2 penonton. Geram punya pasal..menyepak perlahan bulu tangkis ke arah lawan lalu di beri amaran oleh umpire. Jiwa kacau lah kut..langsung kalah. Jaguh kita memang baik, tak berlagak langsung…kejayaan disambut dgn aksi melutut di gelanggang dan kemudian sewaktu bersalam dgn chen long sempat juga diusap kepala kawan tu tanda memberi semangat. Manis…manis….

Chong Wei 30 tahun 2012 nie. Permainannya dah sebaris dgn pemain2 cina. Kalau jaguh kita ni mahu undur diri..siapalah agaknya jadi penganti ye? Tak nampak lagi sinar yang lain. Errrmmm…entahlah. Nak tunggu Zulfazli Zulkifli lambatlah lagi. Masalah negara ni..huhu. Oh ya, Malaysia Open kali ni China kurang jadi favourite. Sokongan utk China mcm dengar tak dengar. Ramai dah geram agaknya asyik China saja yang memonopoli dan dominan dalam kebanyakkan kategori. Sampai rumah dah hampir jam 11.00…tgk rakaman di tv..aaiitt ada pulak terselit si kecil Qaseh ralit nonton Chong Wei sambil pegang hujung bendera Malaysia yg besar kepunyaan orang sebelah.

Tidur pengsan dan pagi ahad, jam 8.00 dah ke Putrajaya hantar Shahir ke latihan badminton. Ditinggalkan kerana sudah janji dgn adik-adik kanda utk ziarah kubur Arwah Zamri hari ni. Selesai, ramai-ramai berkumpul makan bersama. Ini pun sweet tau. Saya suka sekali kalau adik beradik berjaya dikumpulkan begini. Masing-masing sebukkan. Walau tidak berjauhan tetapi jarang juga dapat bersama. Selesai di Putrajaya dan pulang ke rumah bila jam dah hampir ke angka 6.00. Letihnya. Rumah dah macam kapal nak belayar….kain baju yg dibasuh membumbung perlu dilipat..hehe. Dah selesai bersilat tadi….baru dapat duduk rehat sambil minum nescafe dan update blog. Lega.

This slideshow requires JavaScript.

Malaysia Open tahun akan datang agaknya Chong Wei beraksi lagi tak???

Rindu

Standard

Di rumah masih lagi riuh. Syukur masih ada Izzah, Shahir dan Qaseh. Tetapi riuh itu tidak lagi sama. Ketiadaan dua buah hati memang sangat terasa.

Semalam 2/1/2012 dari pagi sudah bergerak ke Kuala Klawang dan sebelah petang ke Kuala Selangor. Bila di sebut kuala..terasa mcm ke dua-dua tempat seakan dekat kan tapi sebenarnya adalah dua arah yg sangat berbeza. Along mendaftarkan diri sndiri tahun ini. Dh jadi senior..mestilah harus belajar berdikari. Lama sangat di MRSM jadinya ketika di KUSESS..sesi pendaftaran sudahpun berlalu.

Malam ni…kerinduan kepada dua cahayamata ini mengigit hati. Baru satu hari satu malam…rindu sudah tidak tertahan. Apa agaknya yg dilakukan mereka brdua tika ini. Bermalam di tempat yg bukan lagi asing tetapi jauh dari keluarga dan serba serbi sederhana. Arrgghh..memikirkan mereka hanya membuatkan rindu itu smakin sarat.

Along n Angah, selalu ingat pesan ibu ya. Jaga tingkahlaku dan belajar bersungguh-sungguh ya sayang. Ibu akan selalu doakan anak-anak ibu dari jauh. Ibu sayang awak berdua !!!

Selamat Bertunang Baim & Aini @ 01012012

Standard

This slideshow requires JavaScript.

Foto dan ayat di atas telah di capture dari blog anak sulung Nur Sabrina. Foto yg dipilih sudah cukup mengambarkan apa yg ingin disampaikan. Tidak perlu panjang berjela utk menulis.

Yang paling penting tarikh 1/1/2012 telah menyaksikan dua keluarga mengikat janji. Cincin pertunangan tanda hubungan direstui disarungkan kemas ke jari bakal ipar beserta doa yang diaminkan seluruh isi rumah agar hubungan dua keluarga berakhir dengan penyatuan dua jiwa yang sedang dilambung cinta, kasih dan sayang.

Aarrghh..bahagianya. Teringat pula pada suasana hampir sama tetapi berbeza 16 tahun dulu.

Untuk adik bongsu dan tunang tersayang…tahniah dan harus jgn jemu untuk panjatkan doa kepadaNYA agar hubungan suci ini direstui dan dirahmati. Kami semua mendoakan yang baik-baik saja buat kalian berdua.

Foto pasangan sengaja tidak jelas kerana mahu bikin suprise. InsyaALLAH bulan Mei nanti akan dikhabarkan catatan gembira beserta foto-foto penuh bahagia….jeng..jeng..jeng….

Tolong sama-sama doa dan aminkan ya….