Malaysia Open 2012

Standard

Cuti mingguan ni memang sangat memenatkan tetapi sangat sweet. Sabtu sempat juga membasuh sedikit walaupun sang matahari seakan malu-malu mahu memberikan sinar. Tengahari lepas zuhur, cepat-cepat bertolak ke Stadium Putra nonton semi final Malaysia Open. Ini acara wajib semenjak 3 tahun lalu. Kalau best ke final lah….kalau tak..hanya semi cukuplah. Terima kasih kanda sebab belanja tiket masuk.

Meh kita cerita apa yg sweetnya. Choong Wei berjaya menundukkan Chen Long yeeayyyy!!. Hingar bingar stadium telah menaikkan semangat jaguh kita tentunya. Suspen juga..bimbang Chong Wei tewas. Maklumlah…Chen Long tu muda lah sangat, tinggi, main plak meletup-letup. Cuak juga lah Chong Wei. Sorakan demi sorakan berjaya membina semangat dan akhirnya menang walaupun di permainan rubber set. Emosi Chen Long terganggu juga dgn sorakan2 penonton. Geram punya pasal..menyepak perlahan bulu tangkis ke arah lawan lalu di beri amaran oleh umpire. Jiwa kacau lah kut..langsung kalah. Jaguh kita memang baik, tak berlagak langsung…kejayaan disambut dgn aksi melutut di gelanggang dan kemudian sewaktu bersalam dgn chen long sempat juga diusap kepala kawan tu tanda memberi semangat. Manis…manis….

Chong Wei 30 tahun 2012 nie. Permainannya dah sebaris dgn pemain2 cina. Kalau jaguh kita ni mahu undur diri..siapalah agaknya jadi penganti ye? Tak nampak lagi sinar yang lain. Errrmmm…entahlah. Nak tunggu Zulfazli Zulkifli lambatlah lagi. Masalah negara ni..huhu. Oh ya, Malaysia Open kali ni China kurang jadi favourite. Sokongan utk China mcm dengar tak dengar. Ramai dah geram agaknya asyik China saja yang memonopoli dan dominan dalam kebanyakkan kategori. Sampai rumah dah hampir jam 11.00…tgk rakaman di tv..aaiitt ada pulak terselit si kecil Qaseh ralit nonton Chong Wei sambil pegang hujung bendera Malaysia yg besar kepunyaan orang sebelah.

Tidur pengsan dan pagi ahad, jam 8.00 dah ke Putrajaya hantar Shahir ke latihan badminton. Ditinggalkan kerana sudah janji dgn adik-adik kanda utk ziarah kubur Arwah Zamri hari ni. Selesai, ramai-ramai berkumpul makan bersama. Ini pun sweet tau. Saya suka sekali kalau adik beradik berjaya dikumpulkan begini. Masing-masing sebukkan. Walau tidak berjauhan tetapi jarang juga dapat bersama. Selesai di Putrajaya dan pulang ke rumah bila jam dah hampir ke angka 6.00. Letihnya. Rumah dah macam kapal nak belayar….kain baju yg dibasuh membumbung perlu dilipat..hehe. Dah selesai bersilat tadi….baru dapat duduk rehat sambil minum nescafe dan update blog. Lega.

This slideshow requires JavaScript.

Malaysia Open tahun akan datang agaknya Chong Wei beraksi lagi tak???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s