Reservation yg kantoi & Hot Spring Sg Klah yg awesome.

Standard

Semalam, saya bantu bos kecil utk buat reservation mahu bercuti di Hot Spring Sg Klah, Trolak. Saya sekeluarga pernah ke sana 2 kali. Pertama dulu masa daerah rezeki buat retreat untuk staff dan kali kedua bersama-sama dgn warga kerja kanda meraikan family day. Best? Hot Spring Sg Klah memang best dan sesuai sekali untuk bersantai bersama keluarga.

Oh ya berbalik kpd reservation yg dibuat smlm…sepatutnya dah selesai. Saya call no yg biasa….bercakap dgn perempuan yg cukup santun melayan bicara saya. Tapi hari ini, bila di call semula dikhabarkan pula sesuatu yg sukar di terima.

“Kami tak terima sebarang reservation atas nama yg puan sebut.”

Saya garu kepala yg tidak gatal. Confuse pun ada. “U ke yg kerja smlm? Kalau tak..cuba u tanya dgn teman yg bekerja smlm ya” pinta saya.

“Dah puan….dah check. Kami tak terima call dari puan. Nama yg disebut pun tiada dlm senarai. lagipun utk tarikh yg puan minta….dah seminggu kami stop ambil reservation sbb dah penuh. Cuti tahun baru cina tu puan”

Saya keliru. Smlm masa selesai resrvation..ada juga saya terfikir. Selalu-selalu Sg Klah ni susah nak dpt masa weekend apatah lagi CNY. Tapi ada kosong pula masa saya tanya. Ohh..mungkin dh rezeki..getus hati saya.

Impian tak terlaksana. Sebaliknya pula yg berlaku. Tak da rezeki lah pulak.

Ralat…ralat…

“Puan, saya cuba dapatkan juga. Nanti saya call guest yg buat tempahan..mana tahu kalau ada yg mahu cancell”

Wah…lega hati saya. Baik Cik Amy, reservation officer di corong telefon sana. Saya tunggu….mana tahu bernasib baik kan.

Hati cuak juga. Dgn siapa saya bercakap semalam agaknya ye?

Ni foto masa saya berhari keluarga dgn daerah rezeki kanda….layaaan…

This slideshow requires JavaScript.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s