Monthly Archives: February 2012

Tomok kucing kesayangan…

Standard

Kelmarin Tomok, kucing kesayangan kami sgt sakit dan dihantar ke klinik jam 8.30 mlm. Semasa rawatan..saya n Qaseh lihat dgn mata sendiri..sangat kesihan. Tomok di tidurkan. Lukanya amat besar…kata doktor..jgn letak harapan tinggi kerana keadaanya amat teruk dan lemah. Bergenang juga airmata. Kanda berdiri jauh…tidak mahu langsung mendekat. Tak sampai hati katanya.

Selesai….Tomok ditinggalkan utk pemantauan. Biarlah berapa hari pun..asalkan nanti Tomok bisa pulang dgn sihat. Harapan itu kami bawa balik dgn doa agar Tomok tidak seteruk yg dilihat.

Semalam..selepas Maghrib…lekas2 memandu sekeluarga ke klinik haiwan. Tak sabar mahu lihat sendiri khabar Tomok. Selesai parkir dan ketika mahu melangkah masuk….doktor menuju ke arah kami.

Ada berita tidak baik. Katanya.

Saya andaikan…mungkin doktor mahu kata..lukanya teruk. keadaan sgt lemah. lambat mahu baik. Tekaan saya meleset.

U punya kucing baru saja mati sekejap tadi. 

Sekejap tadi?? Terperanjat saya. Iya…dalam 20 minit tadi. Saya terkedu. Ntahkan perasan macamana yg saya rasa….blank.

Tika sampai ke sangkar dan melihat Tomok terbaring kaku..barulah air mata saya tidak segan meleleh. Kesal. Macam-macam yg saya kesalkan. 5 hari Tomok hilang….tidak saya cari. Hanya setakat memanggil2 dari rumah. Selalu juga begitu…..hilang dan kemudian pulang..itu biasa.

Kali ini Tomok pulang dgn luka. Luka yg sangat teruk. Luka yg sudah melarat. aarrrgghh…..saya salahkan diri. Kanda tanam Tomok dekat dgn tempat kami tanam Whity dulu….ibu Tomok. Puas hati kami  dapat menanamnya sendiri. Tomok pergi dgn kasih sayang kami.

Oh ya….Tomok ada tinggalkan zuriat. 4 ekor dan sangat comel.

Jadilah…sebagai pengubat rindu!!

This slideshow requires JavaScript.

 

Natural Clenx Tea by NH Detoxlim

Standard

Dah 2 hari meneruskan niat mahu detox aka kurus dgn minum Clean Tea. Hasilnya belum nampak tapi menjadi tetamu toilet selalu dan agaknya kalau toilet tu boleh bersuara..mahu disumpahnya saya. Takde muka lain….

Tadi Azie, teman dari daerah rezeki beri nasihat. Mungkin kesihan kerana sering sangat saya ke toilet. Katanya…Akak minum sekali sehari je kak. Buat pekat2. Sachet tu simpan dlm peti sejuk….guna pada hari kedua. Taklah asyik memerut je. Advice dari Pharmacist. Betul gak tu…tapi salah cara guna ke saya nie? Kerana tak mahu membazir…saya guna sachet yg sama…..tambah air panas sampailah tehnya sudah hilang rasa. Jangan membazir…jimat.

Balik…belek-beleklah kotak Clenx Tea tu. Tertulis..Masukkan 1 uncang ke dalam air panas dan rendam selama 5-10 minit. Isi semula air panas 1-2 kali mengikut kehendak sendiri. Minum 1-2 uncang sehari selepas makan untuk kesan terbaik. Errmm…ikut cara yg tertulis lah. Takpe Azie, biarkan saja saya jadi tetamu toilet sentiasa. Yg penting segera mahu kurus. Tak sanggup melihat perut yg mula membuncit, peha dan lengan yg semakin montel. Ooohh..tidak! Saya tak mahu jadi montel dan yang penting tak mahu juga sakit. Maklumlah..kalau badan dah naik…senang pula dapat penyakit nanti.

Nasi? Jgn makan nasi?? Mana mungkin. Tekak melayu nie…tak makan nasi sehari mengigil macam nak pengsan tau. Ok..cuba kurangkan portion bolehlah…cuba. Harap-harap diet dan bantuan Natural Cleax Tea mampu membuahkan hasil. Oh ya…..kena minum banyak air kata Azie lagi….itu harus.

Tengoklah macamana nanti. Berat skrg 68 kg….beri masa sebulan lah….lihat ada kurang atau tidak. Usaha!!

 

 

Laksam yg awesome

Standard

Murah betul rezeki pagi tadi. En Din sahabat di daerah rezeki belanja semua makan laksam. Semalam masa diberitahu tentang niat belanja laksam..tekak dan liur tidak langsung kecur. Mungkin kerana saya tidak berapa minat dgn masakan ini. Seumur hidup hanya pernah merasa sekali dan tiada keinginan mahu cuba lagi. Agaknya cubaan saya itu tidak berapa enak barangkali.

Sewaktu suapan pertama tadi….eeerrrmmm…sedap rupanya laksam ni. Makan penuh berselera dan rasanya kalau bos lalu kat tepi pun sure tak peduli punyalah. Belasah sampai habis…kuah dihirup licin. Sedap sungguh. Nampaknya tanggapan saya sebelum ni adalah salah…laksam itu sangat lazat ok. Petang…jenguk pantry..untung masih berbaki dan ulang makan lagi. Best.

Patutlah mek-mek kelate lawa-lawa. …asyik makan menu penuh ikan memanjang rupannya. Oh ya….laksam hari ni datang jauh dari Klang. Org yang belanja mesti ikhlas sepenuh hati pasal tu sedap. Terima kasih kpd yg belanja.

Badminton di Johor…Shahir menang 2 game single..straight set hari ni. Kemaraan peserta dari Pahang dan Trengganu berjaya disekat. Esok ke pusingan ke 3. Untuk double pula…..kalah kerana berjumpa dgn player lebih handal. Usaha utk esok pula ye sayang….

 

Belum ada rezeki…….

Standard

Untuk Nurul Izzah…masih belum ada rezeki untuk menjadi warga asrama. Panggilan pertama SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan MARA..GAGAL. Panggilan kedua baru-baru ni pun masih GAGAL. Rayuan dibuat tapi yg geramnya….baru sekejap menaip di kolum rayuan MARA tapi… hampeh.

Dengan diberi peluang jumlah aksara 300, punyalah saya memerah idea mengarang baeek punya rayuan seperti penulis blog novel lagaknya. Key in punyer key in..bila dah click enter terus page kembali ke page satu. Agak macam rayuan dah lepas tapi cuak lah jugak. Masuk no kp..masuk no giliran upsr….permohonan tidak diterima dan sila buat rayuan.

Arrrggghhh..rayuan yg taip sepenuh hati tadi ke mana pergnya? Hilang???? Terus sakit hati. Cuba menaip juga tapi mungkin disebabkan hati sangat sakit maka idea tak mahu keluar langsung. Sudahnya…..kasi pangkah..buka site wordpress update blog. Geram…

Eeerrmm…puteri kepada bos no 2 dapat Sekolah Sri Puteri, Cyberjaya. Impian jadi kenyataan. Tahniah!! Untuk Nurul Izzah, agaknya tuhan nak berlaku adil pada saya. Along ke SBP, Angah ke MARA, Izzah ke sekolah harian biasa dan Shahir ke sekolah sukan….hehe..ini angan-angan tau. Apa-apapun semua ditangan NYA. Setiap yg berlaku ada hikmah…itu pasti. Jadi saya tidaklah mengharap sangat. Ada rezeki adalah..kalau tidak..izzah stay saja disekolah sekarang. Nak berjaya dimana-mana pun boleh. Cuma bila berada diluar…cabaran kepada persekitaran adalah tersangatlah besar. Dengan tv, facebook, twitter bla..bla..bla.

Ibu tak yah buat rayuan lah. Izzah tak nak masuk MRSM. Berkali-kali ayat sama dituturkan kpd saya. Tadi masa masih bersemangat mengarang rayuannya tidak saya endahkan. Ni..bila dah hilang semua…saya iyakan pula. Ok..oklah. Tak nak sudah. Rajin nanti ibu buat rayuan. Kalau malas…tak payahlah. Izzah pun xnak  masuk asrama kan??? Izzah pandang saya dgn senyum….meleret…suka.

Oh ya, bujang Shahir ke Johor pagi tadi untuk perlawanan badminton. Kanda menyusul sekejap tadi..pergi dgn kawan. Saya…tak dapat pergi sebab hujung bulan nanti perlu ambil cuti panjang. Perlawanan bermula esok. Doakan bujang shahir molek emosinya agar permainan jadi bagus. Usaha sudah tapi kalau kalah juga apa boleh buat ye tak? Tapi kalau menang…saya suka. Sebab nanti bulan April lawan pula di Trengganu. Yeeeayy..boleh tengok badminton sambil jalan makan angin.

Tiba-tiba terbayang keropok lekor dan nasi dagang depan mata….