Belum ada rezeki…….

Standard

Untuk Nurul Izzah…masih belum ada rezeki untuk menjadi warga asrama. Panggilan pertama SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan MARA..GAGAL. Panggilan kedua baru-baru ni pun masih GAGAL. Rayuan dibuat tapi yg geramnya….baru sekejap menaip di kolum rayuan MARA tapi… hampeh.

Dengan diberi peluang jumlah aksara 300, punyalah saya memerah idea mengarang baeek punya rayuan seperti penulis blog novel lagaknya. Key in punyer key in..bila dah click enter terus page kembali ke page satu. Agak macam rayuan dah lepas tapi cuak lah jugak. Masuk no kp..masuk no giliran upsr….permohonan tidak diterima dan sila buat rayuan.

Arrrggghhh..rayuan yg taip sepenuh hati tadi ke mana pergnya? Hilang???? Terus sakit hati. Cuba menaip juga tapi mungkin disebabkan hati sangat sakit maka idea tak mahu keluar langsung. Sudahnya…..kasi pangkah..buka site wordpress update blog. Geram…

Eeerrmm…puteri kepada bos no 2 dapat Sekolah Sri Puteri, Cyberjaya. Impian jadi kenyataan. Tahniah!! Untuk Nurul Izzah, agaknya tuhan nak berlaku adil pada saya. Along ke SBP, Angah ke MARA, Izzah ke sekolah harian biasa dan Shahir ke sekolah sukan….hehe..ini angan-angan tau. Apa-apapun semua ditangan NYA. Setiap yg berlaku ada hikmah…itu pasti. Jadi saya tidaklah mengharap sangat. Ada rezeki adalah..kalau tidak..izzah stay saja disekolah sekarang. Nak berjaya dimana-mana pun boleh. Cuma bila berada diluar…cabaran kepada persekitaran adalah tersangatlah besar. Dengan tv, facebook, twitter bla..bla..bla.

Ibu tak yah buat rayuan lah. Izzah tak nak masuk MRSM. Berkali-kali ayat sama dituturkan kpd saya. Tadi masa masih bersemangat mengarang rayuannya tidak saya endahkan. Ni..bila dah hilang semua…saya iyakan pula. Ok..oklah. Tak nak sudah. Rajin nanti ibu buat rayuan. Kalau malas…tak payahlah. Izzah pun xnak  masuk asrama kan??? Izzah pandang saya dgn senyum….meleret…suka.

Oh ya, bujang Shahir ke Johor pagi tadi untuk perlawanan badminton. Kanda menyusul sekejap tadi..pergi dgn kawan. Saya…tak dapat pergi sebab hujung bulan nanti perlu ambil cuti panjang. Perlawanan bermula esok. Doakan bujang shahir molek emosinya agar permainan jadi bagus. Usaha sudah tapi kalau kalah juga apa boleh buat ye tak? Tapi kalau menang…saya suka. Sebab nanti bulan April lawan pula di Trengganu. Yeeeayy..boleh tengok badminton sambil jalan makan angin.

Tiba-tiba terbayang keropok lekor dan nasi dagang depan mata….

Leave a comment