Tomok kucing kesayangan…

Standard

Kelmarin Tomok, kucing kesayangan kami sgt sakit dan dihantar ke klinik jam 8.30 mlm. Semasa rawatan..saya n Qaseh lihat dgn mata sendiri..sangat kesihan. Tomok di tidurkan. Lukanya amat besar…kata doktor..jgn letak harapan tinggi kerana keadaanya amat teruk dan lemah. Bergenang juga airmata. Kanda berdiri jauh…tidak mahu langsung mendekat. Tak sampai hati katanya.

Selesai….Tomok ditinggalkan utk pemantauan. Biarlah berapa hari pun..asalkan nanti Tomok bisa pulang dgn sihat. Harapan itu kami bawa balik dgn doa agar Tomok tidak seteruk yg dilihat.

Semalam..selepas Maghrib…lekas2 memandu sekeluarga ke klinik haiwan. Tak sabar mahu lihat sendiri khabar Tomok. Selesai parkir dan ketika mahu melangkah masuk….doktor menuju ke arah kami.

Ada berita tidak baik. Katanya.

Saya andaikan…mungkin doktor mahu kata..lukanya teruk. keadaan sgt lemah. lambat mahu baik. Tekaan saya meleset.

U punya kucing baru saja mati sekejap tadi. 

Sekejap tadi?? Terperanjat saya. Iya…dalam 20 minit tadi. Saya terkedu. Ntahkan perasan macamana yg saya rasa….blank.

Tika sampai ke sangkar dan melihat Tomok terbaring kaku..barulah air mata saya tidak segan meleleh. Kesal. Macam-macam yg saya kesalkan. 5 hari Tomok hilang….tidak saya cari. Hanya setakat memanggil2 dari rumah. Selalu juga begitu…..hilang dan kemudian pulang..itu biasa.

Kali ini Tomok pulang dgn luka. Luka yg sangat teruk. Luka yg sudah melarat. aarrrgghh…..saya salahkan diri. Kanda tanam Tomok dekat dgn tempat kami tanam Whity dulu….ibu Tomok. Puas hati kami  dapat menanamnya sendiri. Tomok pergi dgn kasih sayang kami.

Oh ya….Tomok ada tinggalkan zuriat. 4 ekor dan sangat comel.

Jadilah…sebagai pengubat rindu!!

This slideshow requires JavaScript.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s