Monthly Archives: March 2012

Aerobik & Kosmo

Standard

Hari ni saya pulang lewat. Iya…kerja terbengkalai sebab saya berjimba beraerobik tadi. Saya sedaya upaya berusaha utk tidak ponteng sesi aerobik. Tak mahulah..nanti semangat mampu luntur. Oh ya..dalam seminggu hanya hari Selasa sahaja saya pulang awal..sebab..Isnin & Jumaat saya ngeteh dgn teman-teman. Rabu n Khamis pula saya ada kelas aerobik. Sekarang..most of the step semua dah lancar. Maka semakin lajulah saya bergerak dan semoga semakin cepat jugalah lemak tepu saya terbakar..hehee

Sampai di rumah….baca Kosmo. Sampai helaian ke 3….mata tertancap ke foto kecil yang wajahnya memang tidak asing.  Foto isteri kesayangan tuan punya daerah rezekilah. Telefon dicapai…laju saya menaip sms buat bos.

Incik bos, dok belek Kosmo terperasan foto Pn Jun di helaian 3. Sampaikan salam saya pada puan.

Apa cerita? 

Kes rumahtangga pemain bola sepak Safee Sali.

Ok. Saya cari esok. Tq.

Xpe. Saya bawa ke pejabat. 

Bos…bos….Esok nak cari kat mana? Kosmo semalam..esok dh takda. Yg tak laku pun dah di return la. Oh lupa nk khabarkan, isteri bos saya ni peguam syarie hebat. Sangat softspoken, sweet n humble bila berbicara. Dengarnya  semulajadi bertukar hebat ketika berada di mahkamah. Dah ramai juga selebriti yg telah menggunakan khidmat beliau. Hebat…..

Bulan March hampir khatam. Terima kasih kepada geng bus sekolah yg sudi belanja makan besar sempena anjakan usia saya. Ulangtahun kelahiran dalam bulan yg sama dgn bos kewangan yg awet muda. Sempat juga saya menyempit masa dia potong cake.

Ya Allah…mohon saya diberikan kesihatan yg baik sepanjang tahun ini agar dapat beribadat kepadaNYA. Murahkan rezeki saya, permudahkan urusan dan saya mohon Allah tetapkan iman saya dan orang-orang sekeliling saya. Amin.

Image

Image

Senaman kempiskan perut..

Standard

Saya sejak kebelakangan ni memang addicted dgn perkara berkenaan kesihatan ni. Walaupun kadang-kadang macam hangat-hangat t**i ayam, yang penting kesedaran utk terus sihat tetap maintain tau.

Semalam bila asyik layan rancangan Dr Oz, tertarik pula dgn senaman kempiskan perut yg diajar. Pernah juga terbaca cara yg sama di banyak makalah kesihatan. Cuma baru kali ini tertarik utk mencuba.

Kalau ada bola mainan anak2 kat rumah tu..boleh lah pinjam kejap. Jom cuba…

Dalam position berbaring , letak bola antara kaki dan depa tangan lurus atas paras bahu. Perlahan-lahan angkat kaki bawa bola tadi ke paras lutut..melepasi perut. Masa ni akan terasa otot perut sedikit tegang. Sambut bola dgn tangan dan bawa melepasi kepala. Berhenti satu saat, bangun sambil kali terangkat dan bawa bola ke posisi awal kembalikan antara celah kaki. Lakukan secara ulangan sekurang-kurangnya 10-15 kali sehari.

Jom kita bersenam kempiskan perut. Comei sikit bila berbaju apapun. Tak payah susah2 tahan nafas setiap kali berjalan terutama semasa berfoto. Ini gara-gara kebanyakkan foto saya pasti ada nampak sedikit perut yg membuncit. Hampeh betul…

Baju….biru..hitam?? Pink lagi cantik kut…

Standard

Weekend baru ni semasa melalui jalan Puchong…traffic sedikit perlahan. Jenguk kan kepala rupanya ada sekumpulan pemuda berbaju biru bermotosikal….ramai betul. Nampak macam warna parti yg satu itu.

Hari ini, usai kerja dan sewaktu memandu pulang di depan ada motosikal yg dipandu oleh pemuda berbaju biru yg sama. Ehhh.ada tulisan….jelas. Sayangi Selangor, Yakini BN. Errmmmm…fikiran sedikit kacau. Entah mahu angguk..entahkan mahu geleng. Akhirnya senyum sendiri. Dalam hati sudah ada pendirian. Mahu pangkah apa?? Undi adalah rahsia tau……haha

Oh ya..baju kat atas x cukup menarik. Baju budak 2 orang warna pink yg duduk kat tepi jalan ni lagi comel kan. Kebetulan baju Angah n Qaseh berwarna sama dgn belang sedikit ada beza. Sweet…

Image

Lawak ke der @ Astro Box office

Standard

Minggu lepas cuti sekolah…dan dah seminggu juga dok melayan Lawak ke der kat Astro Box Office. Memang lawak der!! Tak rugi tengok.

Paling lawak dah tentulah Jozan! Bab masa sekolah n bab dah jadi gangster memang terbaik la. Dah seminggu juga..walau berkali-kali tengok…gelak dan gelak jugak lagi. Memang born as a comedian la mamat dua orang nie.

Boboi pun best walau kekadang joke depa tu mcm joke educated skit….payah nk paham. Still memang best.

Harith Iskandar….kalau stand up komedi x leh nk pertikai. Terror. Memek muka…tone suara..class. Perli memerli tu biasalah…thats what standing comedy is all about.

Nabil….jadi pengacara pulak still not bad..kelakar. Dah pandai cakap omputih mamat sorang ni. Well…improvement n advantage sbb berkawan dgn Harith n Afdlin agaknya.

Lawak ke der memang berjaya walau kali ni tanpa Osbon!!! Bravo n well done!!

Roti Canai & Teh Tarik

Standard

Semenjak balik dari Bandung, asyik membelasah roti canai setiap pagi breakfast. Maknanya hampir dua minggu dan kesannya adalah……aarrgghhh..berat sudah naik lagi  1 kilo. Pengsan!

Kalau bukan kerana teguran dari teman dari daerah rezeki tempohari..entahlah. Nasib baik teguran itu memberi kesan juga lantas tergerak hati untuk naik atas timbang. Tu dia…69 kilo. Sapa nak jawab tu??

Minggu ni sudah berjanji pada diri sendiri untuk kata TIDAK pada roti canai. Bulan June ada majlis besar sambut menantu. Kakak pengantin nak lah juga melawa ye tak? Tak mahu lah jumpa kawan dgn ayat2 yg menyakitkan telinga macam….Ehhh..sihat nampak?? You put on weight ye?? Tak moh..tak moh.

Bukan bakal pengantin je sedang berusaha utk kurus k. Bakal kakak ipar pengantin pun sama. Usaha..usaha…caiyok..caiyok…

ImageImage

Teringin ke kagum??

Standard

Tadi malam, sewaktu menunggu utk take away pizza d pizza hut…mata saya tertarik pada meja depan yg diisi oleh keluarga moden dengan 2 orang dewasa dan 7 kanak-kanak yg comel dan paling penting behave.

Si suami cool saja. nak kata hensem…tak juga tapi boleh tahan. Si isteri pula manis…badan tak gemuk..masih boleh berlegging langsung tampak muda lantas menimbulkan tanda tanya pada saya. Anak2 mereka kah agaknya kesemuanya?? Saya tunggu dan pasang telinga. Mahu juga tahu…adakah itu anak2 mereka atau mungkin anak2 saudara yg dibawa makan bersama diluar.

Usai makan..masing2 becok menanyakan itu ini dgn org dewasa tadi. Ayah..bla..bla..Ibu..bla..bla…. Tak syak lagi. Anak2 yg comel serta elok paras  berumur sekitar 12 sehingga 2 tahun itu kepunyaan mereka berdua. Ooohh..sungguh saya kagum. Kagum sehingga walaupun pizza saya sudah siap…saya masih lagi menunggu untuk melihat keluarga ini beredar.

Sangatlah sweet juga kerana….anak2 yg besar pandai memimpin adik2 yg kecil. Comelnya. Serta-merta fikiran saya terus teringatkan kesayangan-kesayangan  saya di rumah. Sungguh saya bersyukur dikurniakan 5 cahayamata yg sihat dan behave juga. Memandu pulang…saya diulit angan-angan..teringin pula menambah isi rumah seperti keluarga tadi…. serius…!!

Tika kepala sudah diletakkan di bantal sambil menunggu lena, saya ceritakan pada orang sebelah tentang kekaguman saya. Kemudian saya tanya..“Kanda, kita tambah isi rumah lagi mahu? Kanda gelak…kemudian senyum sambil jawab.  “Kalau muda lagi bolehlah. Esok…bila hantar anak pi sekolah orang ingat hantar cucu pulak” sambil congak-congak kanda sambung...“Memanglah seronok ada anak ramai. Tapi kita berdua pun bukan gaji besar sangat. Betul..setiap anak tu adalah rezeki tapi cukuplah keluarga yg kita ada ni. Kalau abang gaji besar….nak tambah 2-3 orang lagi pun tak apa”.

Kanda jeling saya dan senyum. Saya setuju. Sekurang-kurangnya kanda dan saya sama-sama punya impian untuk punya keluarga besar tetapi ada kekangan yang menyebabkan kami tidak meneruskan hasrat itu. Walauapapun…sekiranya nanti Allah murahkan rezeki….diberi tambah isi rumah…kami terima dengan hati yang penuh syukur.

Aarrggghh..sungguh saya teringin punya anak ramai serta berkeluarga besar sebenarnya. Sungguh!!

This slideshow requires JavaScript.