Monthly Archives: May 2012

3 dalam 1

Standard

Hah….suspen tak dgn tajuk coretan kali ni? Bukan nescafe tau. Tapi event yg dihadiri minggu lepas.

Sambutan Hari Jururawat, Hari Guru dan Hari Ibu. Daerah rezeki buat semuanya dalam satu hari. Bertempat di Niai Spring dgn tema warna pink. Comel2 semua kan. Saya dan 2 kawan yg lain hanya sebagai jemputan. Event sebenar adalah untuk Jururawat yg sekarang sudah pun menjadi pengajar. Untung berada di sini bekerja sebumbung dgn mereka-mereka yg arif dalam bidang Health Sciences ni…..consultation free dan paling penting kesihatan diutamakan. Mereka walaupun kebanyakannya sudah menginjak umur lebih 55 tahun tapi masih kuat dan sihat. Rombongan cik kiah ke Bandung tahun lepas…saya yg muda ni pulak yg mudah pancit.Image  

ImageSelamat Hari Jururawat, HariGuru & Hari Ibu untuk semua!!!

kurus

Standard

dah hampir 2 bulan mencuba. Mahu kurus…sangat mahu kurus tapi tidak berjaya. Sebab..nafsu makan sangatlah bermaharajalela. Mak tak membantu langsung kerana sering masak sedap-sedap. Kanda tak membantu juga sebab sering ajak makan luar. Kawan-kawan pun sama sebab aktiviti makan adalah agenda utama di daerah rezeki.

Habis tu macamana mahu jadi macam ini??

Image

dan ini…

Image

Lagi 15 hari…nak dapat adik ipar. Niat mahu langsing di majlis kahwin mcm tak terlaksana. Arrgghh..mahu cuba juga. Lupakan teh tarik..lupakan roti canai dan yg sewaktu dgn nya..

Image

harus tinggalkan nasi dan makan yg macam ini saja…….

Image

boleh ke?? Harus ada kesungguhan. Masih ada 15 hari…tak salah mencuba….selagi ada daya. Nafsu makan ooi…nyahlah jauh-jauh..!!

Beza & Syukur

Standard

Tadi kami ke UPM…berjumpa atuk saudara sebelah kanda. Sambil menyelesaikan perkara asas..sempat jugalah kad jemputan kahwin bertukar tangan. UPM dan Sepang tidaklah jauh mana. Selalu juga ke hulu ke hilir melalui jalan yg sama tetapi jarang sekali mahu singgah. Sudahnya…..berziarah hanya bila ada sesuatu yg penting. Berjumpa juga sesekali di luar..itupun hanya di rumah orang kahwin atau sekiranya ada kematian.

Dah 10 tahun rupanya tidak singgah di rumah Tok Chu..panggilan kami kepada beliau. Bapa saudara paling bongsu mak mertua saya. Orangnya masih segak…umur dah 70 pun. Pencen dah hampir 15 tahun dan sekarang menghabiskan masa berkebun.

Yg mahu saya sampaikan ialah betapa bangganya saya dgn anak-anak beliau yg pangkat bapa saudara saya. Semuanya belajar di luar negara…ada yg dah balik dan bekerja pula dgn syarikat gergasi dgn tangga gaji tinggi saya pasti. Walau begitu tetap juga ada yg kurang……tiada masa. Anak2 sebuk selalu. Berjumpa di hari raya pun payah hingga antara 4 anak…yg sudah berkahwin hanya seorang. kata beliau 10 tahun kahwin baru dapat cahayamata…alhamdulillah.

Beza sungguh Tok Chu dgn abah saya.

Tok Chu dah 70 tahun…..abah akan mencecah 61 tahun Oct nanti.

Tok Chu hanya ada seorang cucu….abah saya dah pun ada 13 cucu.

Tok Chu hanya ada satu menantu…..abah saya dah ada 3 dan menantu terakhir akan menjengah bulan hadapan.

Tok Chu hidupnya senang..mewah…pencen saja sudah cukup. Abah saya tiada pencen..hidup biasa-biasa saja.

Errrmm…itulah jalan yg ditentukan Yg Maha Kuasa kan. Manusia yg diberi kesempurnaan tidak ramai. Setiap kelebihan dan kekurangan ada sebab dan musabab. Nah…

Belajarlah bersyukur dgn apa yg kita perolehi walaupun ia sekadar ada-ada. Membandingkan dgn yg lebih sempurna hanya membangkitkan rasa tidak puashati dan akhirnya kita tidak rasa bahagia. Berterima-kasihlah walau hanya menerima cuma sedikit.

Hari Ibu

Standard

Jam dah hampir ke angka 12. Hari ni adalah hari yg busy sbb pagi bawa mak beli barang untuk majlis perkahwinan adik bongsu di Nilai 3. Dari satu kedai ke satu kedai akhirnya dapat juga yg berkenan di mata. Masa nak membayar…orang sebelah mak bertanya. “Bila majlisnya?” Mak jawab….“ooo….lagi sebulan….”. Dgn nada terkejut..orang sebelah mak sambung..“sebulan?? Saya ni lagi 7 bulan dah mula mencari”. Ye la…. kami stay di Sepang. Nak ke Nilai 3 hanya perlukan 15 min je. Orang sebelah mak tu datang dari jauh…..bukan boleh datang selalu. Itu yg apapun semua beli awal….kata saya dalam hati.

Oh ya..hari ni Hari Ibu. Tengahari tadi ke Mc Donald..beli Happy Meal dapat percuma Value Meal utk Ibu. Yeaayy…..berbaloi. Petang hantar Along balik ke daerah ilmu. Sewaktu kereta mahu beransur pulang…dibisik ke telinga. “Ibu, pulang nanti jgn lupa baca blog Along tau!”. Saya angguk sambil minta dia jaga diri dan belajar baik-baik. Tiba di tempat hati digantung, segera link ke blog Along.

Terima kasih sayang. Love u much! Rasa macam nak peluk along kuat-kuat je malam nie. Sleep tight darling….

Baru sekejap tadi kanda teringat yg dia belum blanja saya untuk hari ibu lagi. Dah hampir tengah malam…..tanya nak makan mana? As usual..saya terus ajak pekena teh tarik + tosai. Kanda tanya…..ok ke? Blanja ni je. Postpone esok la…pi makan best skit. Jawab saya….Alahai kanda….cukuplah ni. Makan mana pun saya tak kisah. Asal dapat makan bersama anak-anak dan paling penting kanda. Walau terpaksa makan di tempat yg biasa saya makan dgn rakan-rakan pun…tetap tak sama tika bersama kanda tau.

Terima kasih kanda..terima kasih Along n terima kasih kpd anak2 yg lain untuk wish! Sayang semua!!!

Berenang…yeayyyy

Standard

Saya sebelum ni memang tak pandai berenang. Rumah arwah nenek sebelah mak di Ampang dan nenek sebelah abah di Bagan Datoh memang tiada sungai. parit adalah…tapi tak berapa mendatangkan keterujaan untuk berenang. Mungkin disebabkan airnya yg keruh atau mungkin memang fobia dgn air yg mengalir. Ya…saya memang sedikit ngeri dgn air yg mengalir. Sebab itu jarang sekali mahu membawa anak-anak ke sungai dan laut.

Sering…anak-anak saya bawa saja ke kolam renang. Hasilnya, anak-anak selain si kecil Qaseh semuanya sudah pandai berenang dan saya sedikit tercabar dgn progress anak-anak. Untung di daerah rezeki ada rakan yang usulkan utk belajar berenang. Apa lagi..cepat-cepat saya angkat tangan mahu turut serta.

Cepat google cari baju renang…click cimb..bayar..dan akhirnya kelas renang pun bermula. Tidak perlu instructor kerana antara teman ada dua orang yg mahir berenang. Guna orang dalam..save budget..lagipun masih baru nak bermanja-manja dgn air kan…….

Kelas pertama, saya terlepas peluang kerana ada halangan. Saya pergi juga hanya mahu merasakan keseronokkan hari pertama. Kelas kedua saya hadir dgn semangat yg sangat berkobar-kobar dan akhirnya pada usia 38 tahun…saya berjaya mengapungkan diri dan berenang. Masih juga satu kejayaan yg besar untuk saya. Cuti sekolah nanti bolehlah berlagak dengan anak-anak dan tinggallah kanda memerhati kami berenang dari jauh…hehe

Nah..berikut tipsnya untuk cepat belajar berenang…

  1. NIAT MAHU BELAJAR – Ini langkah awal yang paling penting. Tanamkan didalam diri bahwa renang adalah olahraga yang terbaik
  2. JANGAN MALU – Apatah lagi bila melihat anak2 kecil pun dah pandai berenang. Permulaan..carilah kolam renang yg tak ramai orang atau…berenanglah beramai-ramai bersama kawan-kawan jadi tak nampak sangat yg kita ni tak boleh berenang.
  3. MESTI PAKAI GOOGLE – baru confident. kalau tutup mata masa berenang kita akan rasa terkapai-kapai macam nak lemas. Swim google is a must tau. Kuranglah rasa takut.
  4. BELAJAR BERNAFAS – ini yang paling penting dan susah juga. Saya mahu mahir di waktu kelas ketiga esok.
  5. JANGAN TAKUT DAN RILEKS Tertelan air sewaktu berlatih itu biasa. Tercunggap-cunggap mengambil nafas itu juga biasa. Mahu mahir mesti belajar susah dulukan. Yg penting jangan takut dan sebenarnya berada didalam air tidak setakut yang kita bayangkan. Yakin boleh…
  6. BELAJAR MELUNCUR DAN MENGAPUNG DIRI – Setelah pernafasan dah mula bagus bolehlah cuba meluncur dlm air. Rilek dan cuba santai dalam air serta ringankan badan. Saya pun tak sangka dgn begitu saya mampu terapung. Walla….happy sungguh.Asal kita rileks dan pernafasan OK, kita tidak akan tenggelam.
  7. BELAJAR GERAKAN haa…yang ini saya kan belajar esok. Di kelas yg ke tiga. Moga saja dipermudahkan…

Cukup mudah bukan… semoga tips ini berguna untuk semua.

Ingat…Tidak ada kata terlambat untuk belajar tau…

Jiran sebelah rumah….

Standard

Qaseh hampir 4 tahun 1 bulan.  Tadi ke kedai….sikecil mahu beli aiskrim. Saya hulur not satu ringgit….cepat berlari-lari anak masuk ke perut kedai. Saya mengekor dari belakang…mahu lihat apa akan aksi selanjutnya.

Kebetulan cermin bekas aiskrim terbuka…ambil satu yg bernasib baik kerananya harganya juga hanya satu ringgit..kemudian terus beratur mahu bayar. Dek kerana kecil sangat..terkial-kial mahu hulur duit pada tuan punya kedai. Usai…..si kecil Qaseh disapa seorang anak muda.

Qaseh…!

Saya dijengah hairan. Siapa? Getus hati saya.

Hi abang.!! sambut Qaseh…mesra.

Qaseh, awak main tegur je ye. Sapa abang  ni? tanya saya. Anak muda tadi senyum saja.

Ibu, ini abang yg duduk kat sebelah umah kita la. Kan abang kan?? Laju anak muda angguk kepala sambil senyum meleret.

Awak student UNiKL yg tinggal sebelah rumah ya?? soal saya….hairan.

Ya kak. jawabnya sedikit megejutkan saya. Sungguh…dah hampir setahun tinggal berjiran….saya masih tidak berapa kenal anak2 muda ini. Kalau jumpa di jalan pun pasti tidak bertegur. Keluar pagi balik malam…walau kadang-kadang terserempak..jarang sekali mahu melihat raut wajah jelas-jelas. Anak-anak  muda sebelah rumah ni memang rajin menyapa…tapi saya memang tak berapa mengangkat wajah memerhati tapi hanya sekadar mengangguk tanda membalas tegur.

Qasehlah yg sering berbual di celah pagar. Bertanya dan melapor itu ini. Hasilnya si kecil yg ramah ini yg lebih mengenali jiran berbanding saya dan kanda.

Image

Mee Goreng sedaaap…

Standard

Tadi singgah di rumah teman. Berkira-kira mahu dinner di luar tetapi dek kerana murah rezeki..tuan rumah berbesar hati masak mee goreng sedap utk kami. Langkah kanan agaknya. Perut memang tengah lapar. Kanda makan berselera. Shahir makan bertambah-tambah.

Kanda: Amboi…shahir bertambah-tambah makan. Sedap ye? Ibu masak pun tak makan beriya-iya macam ni.

Saya pandang kanda dgn senyum sedikit paksa. Shahir jawab….perut tengah lapar ayah.

Saya: Pandai anak ibu ambil hati ibu ya..sambil senyum sindir kanda. Lapar dan sedaplah mee goreng..tu pasal bertambah2. Kalau tak sedap…lapar macamana pun tak mahu masuk. sambung saya.

Kanda: Haa..arrr..memang sedap. Mintak lah resepi. Saya senyum…paksa. Masih cuba senyum dan berbasa basi dgn tuan-rumah. Memang mee gorengnya sedap…tapi tak banyak beza sedapnya dgn yg sering saya masak. Bukan masuk bakul angkat sendiri tapi itulah penilaian saya. Kanda ni memang tak tahu nak ambil hati bini. Selalu-selalu yg dipujinya makanan saya tu sedap….pura-pura ke agaknya?. Hati dh cuak dan mula mahu sakit.

Nah..di sini saya cuba berfikiran positif. Kalau saya mahu terus mempertahankan mee goreng saya lebih sedap…ia tidak menyelesaikan apa-apa. Mungkin saya akan rasa puas-hati tetapi puaskah kalau cuba menidakkan penilaian spontan orang lain. Mungkin benar..mee goreng teman saya itu memang sedap agaknya. Lantas…saya sejukkan hati menerima kritikan tadi sebagai kritikan yang membina. Mee goreng tadi kena dengan tekak kanda barangkali dan lebih sedap dari yg saya masak utk kanda sepanjang 16 tahun ini mungkin. Haa….sempat juga saya jadi chef sementara tadi…jadi dapatlah juga belajar bagaimana cara masaknya. Tiada banyak beza dari segi bahan mentah selain udang yang banyak dan besar…serta teknik masakan yg sedikit berlainan.

Akhirnya saya boleh senyum sepanjang jalan pulang dan control diri untuk tidak merajuk. Hehe…mahu jadi manusia yg sering berfikiran positif dan menerima kritikan sebagai sesuatu yang membina. Walla…..berjaya!