Monthly Archives: June 2012

Bersemangat memasak….

Standard

Jam dah hampir ke angka 12.30am. Semangat memasak membara-bara. Ini semua gara-gara periuk nasi berkomputer Panasonic dan blender Tefal yg baru di buka dari kotak sekejap tadi.

Esok nak ke Kuala Klawang jenguk angah dan makan ala-ala picnic di sana. Kenalah masak sikit…..simple dishes je sebenarnya. Errmmm..masak nasi lemak berlaukkan telur rebus, sambal tumis udang dan ayam goreng rempah. Arrgghh..tetiba datang lapar pulak bila sebut menu ni. Rencah semua dah siap…esok pagi tinggal masak nasi, tumis dan goreng apa yg patut je. Jam 9 pagi harus gerak pesan kanda. Sebab kemudian harus ke Kuala Selangor menghantar Along.

Oohh..sebenarnya sgt excited dgn periuk nasi Panasonic berkomputer hadiah no bertuah tahun lepas masa Retreat daerah rezeki di Felda Trolak. Baru nk guna dan tengok hasilnya esok. Blender dari Tefal kanda belikan di carefour Alamanda tadi n ada discount hampir RM50.00.

Ini yg buat semangat memasak semakin membara-bara nie.

Gambar akan ditempek esok sbb Izzah yg selalu bantu transfer foto dah hanyut dlm mimpi……

Bersengkang-mata

Standard

Amboi..tajuk macam bagus. Bersengkang mata konon…sempat pulak mengupdate belog.

Ni pasal bos no 2 nak pi outstaion la….balik pulak nun hujung bulan nanti. Dok congak-congak…kalau tunggu bos balik alamat gaji lewatlah pulak nanti. Mahu kena sumpah dgn staff…sapa nak jawab? Akhirnya..cuba sedaya upaya siapkan juga malam ni. Sekurang-kurangnya 60%..esok masih sempat sambung lagi. Moga boleh selesai before jam 2ptg esok.

Errmm…perut berkeroncong. Nasib baik ada beli Butterscotch & Raisin Loaf dari Bakers Cottage smlm. Cicah dgn Coffee Mak Dara..perrgghh…..sedap betul. Sambil buat kerja…x rasa ngantuk sebab ada Sha meneman di muka buku nun jauh di timur tengah. Sha sahabat saya berada di Saudi skrg…..sudah hampir senja di sana katanya. Sekurang-kurangnya tak lah saya rasa berseorangan.

Jengukkan kepala…jeles pulak tengok kesayangan-kesayangan saya nyenyak tidor. Cepat-cepat siapkan kerja….boleh tidur pulas lepas ni.

One Hotel Helang & Hole in the Wall Langkawi

Standard

New wed couple aka adik bongsu Baim & Aini baru balik dari Langkawi jam 11.40 tadi. Kami pick up di LCCT n kemudian terus pi makan tomyam pok tek di restoren kegemaran kanda di pekan lama Sepang. Tom yam kat situ memang terbaek. Amboi…..banyak betul pengantin memborong. Yg penting…coklat mesti mau ada…yeeayyy.

Both of them pergi dgn tiket kapal biaya sendiri. Saya dan kanda hanya mampu sponsor accomodation & candlelight dinner je. Nampak dua-dua puas hati..alhamdulillah.

Untuk accomodation 3 hari 2 malam, kami booked One Hotel Helang dekat sgt dgn airport. Yg best…kalis bunyi. Kapal terbang turun naik pun sure tak dengar apa-apa. Ala….pengantin baru..letih berjalan-jalan..balik hotel tidur berdua sure bising pun tak jaga punya lah…hehe.

Untuk dinner, saya cuba arrangekan makan di Hole in the wall Sg Kilim. Saya sendiri pun belum pernah sampai lagi tapi bila dok google n baca review..macam best lah pulak. Restaurant ni bukanlah luxury 4-5 bintang ke apa tapi..enviroment nya yg best. Nak sampai situ…kena naik bot. Kalau tak ada bot..boleh berkayak atau berenang juga kalau mampu. Tuan punya restoren En Rahmad ternak ikan kat situ jadi boleh pilih ikan mana yg berkenan dan terus masak..makan fresh-fresh.

Part yg nie pun both pengantin happy dan kami lagilah berbesar hati. Sempat juga belek-belek foto dlm camera yg merakamkan momen-momen indah pasangan baru kahwin nie. Bestnyer……..romantik.

Selesai sudah. Nanti mahu coretkan pula tentang majlis kahwin pasangan ini. Masih menunggu gambar dari jurufoto Tempeh Chronicles.

Ahhh..bahagianya. Nanti mahu bawa satu isi rumah ke Langkawi sekiranya ada rezeki. Kali pertama pergi dulu masa saya dan kanda berhoneymoon dan kami stay di Sheraton. Indah sungguh waktu itu…ssyyyhh. Kali terakhir pergi masa Along dah pandai berlari dan Angah masih merangkak…kami stay di Awana Porto Malai, Best.

Semoga impian ke sana sekeluarga tercapai dan dipermudahkan InsyaALLAH.

Ini bunga dandelion…..org putih percaya kalau kita ada wish….boleh sebut dan kemudian tiup hingga dibawa angin. Saya attachkan foto sbb dandelion ni sweet. Saya tak perlu dandelion utk makbulkan wish saya. Saya mahu doa saja kpd yg Maha Kuasa  agar murahkan rezeki kami. Amin.

Suprise……..durian??

Standard

Malam semalam ada jemputan dinner di Royale Bintang Seremban oleh student dari daerah rezeki. Ketika makan-makan dan dlm perjalanan ke tempat hati digantung…anak2 asyik menelefon.

Ibu! Kat mana? Dah nak balik? kitorang tunggu ibu tau. Ayah pun tunggu ibu.

Ibu lambat….tidurlah dulu. jawab saya.

Takpe…takpe…kitorang tunggu.

Sepanjang perjalanan otak saya ligat berfikir. Ada suprise ke agaknya? Birthday dah lepas. Hari Ibu pun dah lepas. Wedding anniversary? ada 5 hari lagi. Oohh…sungguh suspen. Tak sabar2 nak sampai depan pintu..mana tahu kut ada suprise….mcm-mcm yg saya angankan di sepanjang jalan.

Tiba…parkir kereta…ketuk pintu. Assalammualaikum…!!

Waalaikumsalam..sambut org dlm rumah.

Pintu terkuak. Leher saya panjangkan jenguk ke dalam. Hati kembang menanti kut ada suprise. Kanda ralit mengadap komputer riba. Qaseh dah lena dibuai mimpi. Izzah n Shahir je yg sebuk menyambut dgn soalan best ke?? best ke?? Bau durian segera menyucuk lubang hidung tapi mana suprisenye??? getus hati saya.

Kenapa Izzah? semua nk tunggu ibu balik ada apa?

Tu….sambik menjuihkan bibir ke arah durian warna kuning yg biasanya boleh mengugat sabar saya. Kami simpan utk ibu. Sedapppp!!

Durian? Durian je ke suprisenye? Durian yg malam ni….tak langsung saya terliur. Mungkin gara-gara baru lepas dinner dan perut saya sudah sendat tak mampu diisi.

Sayang isi rumah ni pada saya. Kerana arif benar dgn saya yg sangat sukakan durian….ditinggalkan juga untuk saya jamah.

dan saya..kerana rasa terharu walaupun perut sudah tidak boleh diisi..tetap juga melabuhkan punggung sambil makan seulas demi seulas untuk menjaga hati…..

suspen je kan…?