Suprise……..durian??

Standard

Malam semalam ada jemputan dinner di Royale Bintang Seremban oleh student dari daerah rezeki. Ketika makan-makan dan dlm perjalanan ke tempat hati digantung…anak2 asyik menelefon.

Ibu! Kat mana? Dah nak balik? kitorang tunggu ibu tau. Ayah pun tunggu ibu.

Ibu lambat….tidurlah dulu. jawab saya.

Takpe…takpe…kitorang tunggu.

Sepanjang perjalanan otak saya ligat berfikir. Ada suprise ke agaknya? Birthday dah lepas. Hari Ibu pun dah lepas. Wedding anniversary? ada 5 hari lagi. Oohh…sungguh suspen. Tak sabar2 nak sampai depan pintu..mana tahu kut ada suprise….mcm-mcm yg saya angankan di sepanjang jalan.

Tiba…parkir kereta…ketuk pintu. Assalammualaikum…!!

Waalaikumsalam..sambut org dlm rumah.

Pintu terkuak. Leher saya panjangkan jenguk ke dalam. Hati kembang menanti kut ada suprise. Kanda ralit mengadap komputer riba. Qaseh dah lena dibuai mimpi. Izzah n Shahir je yg sebuk menyambut dgn soalan best ke?? best ke?? Bau durian segera menyucuk lubang hidung tapi mana suprisenye??? getus hati saya.

Kenapa Izzah? semua nk tunggu ibu balik ada apa?

Tu….sambik menjuihkan bibir ke arah durian warna kuning yg biasanya boleh mengugat sabar saya. Kami simpan utk ibu. Sedapppp!!

Durian? Durian je ke suprisenye? Durian yg malam ni….tak langsung saya terliur. Mungkin gara-gara baru lepas dinner dan perut saya sudah sendat tak mampu diisi.

Sayang isi rumah ni pada saya. Kerana arif benar dgn saya yg sangat sukakan durian….ditinggalkan juga untuk saya jamah.

dan saya..kerana rasa terharu walaupun perut sudah tidak boleh diisi..tetap juga melabuhkan punggung sambil makan seulas demi seulas untuk menjaga hati…..

suspen je kan…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s