Monthly Archives: July 2012

Cermin Diri

Standard

Masih tergiang-giang di telinga saya apa yg disebutkan oleh Ustaz Pahrol tempohari di rancangan Mukmin Professional, Radio Ikim.

Kata Uztaz,

Apa yang ada dalam hati dan fikiran kita akan terserlah melalui lisan, penampilan dan perbuatan. Jika hati dan fikiran baik, maka baiklah segala-galanya, dan begitulah jika sebaliknya.

Maksudnya, air muka dan perkataan kita adalah cerminan apa yang ada di dalam hati kita.

Jadi, jom kita hiasi diri agar sentiasa tampil anggun dan menawan disamping bersihkan hati dari dari perkara-perkara yg negatif .

Ingat, wajah, lisan, pakaian dan luaran kita adalah terjemahan apa yang ada di dalam hati kita!

 

 

MURNI Nursing College

Standard

Murni Nursing College - the best college in Malaysia to study Diploma in Nursing | Diploma in Medical Assistant | English Language Courses

Kepada yang kadang-kadang singgah atau terjenguk blog saya, pasti tertanya-tanya apa yg sering saya maksudkan dengan daerah rezeki. Inilah dia…MURNI Nursing College aka daerah rezeki yang menjadi sebahagian dari hidup saya. Daerah yg bukan asing kerana sering saya kunjung atas tiket mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Bulan Jun lepas, cukup 4 tahun saya di sini. Bersama dan bekerja dengan mereka-mereka yang sangat baik seumpama sebuah keluarga besar. Ya..kasih sayang saya pada daerah ini sudah  sebati.

Murni Nursing College adalah sebuah kolej yang melahirkan graduan Jururawat dan Pembantu Perubatan yang jasanya sangat besar membantu mereka yg memerlukan perhatian dan rawatan. Setakat ini, anak didik yang lahir dari Murni adalah antara yang terbaik di Malaysia. Walaupun institusi ini tidak gah seperti institusi lain yg punya program pelbagai….nama Murni sentiasa meniti dibibir mereka-mereka yang arif dalam bidang ini kerana menghasilkan graduan yg benar-benar berkualiti. Bukan sahaja kerana keputusan peperiksaan akhir Lembaga Jururawat yang sudah sering mendapat kejayaan 100% hasil tunjuk ajar pensyarah yang terbaik tetapi yang paling penting, islamic value yang tidak pernah surut diterapkan kepada pelajar-pelajar. Tenaga pengajar yg tidak pernah lokek dalam mencurahkan ilmu dan memberikan yg terbaik kepada  anak-anak didik menghasilkan graduan yg bukan biasa-biasa tetapi graduan yang berbaloi untuk diberi peluang berkhidmat di hospital-hospital terbaik sedia ada. Kini….Murni melebarkan sayap dgn program Bahasa Inggeris dan program-program menarik yang lain. Jenguklah http://www.murni.edu.my sekali-sekala ya.

Bersyukur saya kerana menjadi sebahagian dari Murni. Diberi peluang bekerja dengan tuan punya daerah rezeki yang saya anggap bos paling cool dan sabar yang pernah saya punya. Terima kasih tidak terhingga kepada incik bos kerana masih memberi peluang saya berkhidmat di sini dan menerima saya seadanya. Terima kasih juga untuk kawan-kawan yang sudah seperti saudara sendiri.

Banyak yg telah saya belajar dan saya….. masih lagi belajar mendidik diri melihat sisi yang baik-baik dan indah sahaja agar mampu terus menjadi manusia yang positif fikirannya.

 

Restoren Putera Ayu @ Padang Jawa

Standard

Semalam hari yg sebuk gara-gara menghantar anak-anak kembali ke daerah ilmu. Sampai di Kuala Klawang sewaktu jam hampir ke angka 6 petang. Lega..sempat juga bujang ni masuk sebelum gate di tutup. Along masih ada pelepasan sehingga jam 10 malam jadi merasalah berbuka bersama. Kesihan angah….ralat juga tak dapat makan di luar dalam kesempurnaan sekeluarga.

Terlintas mahu berbuka di Putera Ayu, Padang Jawa. Desakan dari tahun lepas saat nonton Jalan-Jalan Cari Makan di TV3. Kecur liur melihat menu terhidang di kaca tv. Peluang diajak kanda utk mencuba semalam tidak saya tolak.

Suasana saya bagi rate A. Parking selesa, kerusi empuk, set makan luxury, toilet  bersih, surau selesa walau sempit sikit…harga eerrmm…boleh tahan mahal. Oleh kerana bujang Shafiq tak ikut serta ..kami ambil ala carte saja. Siakap 3 rasa, Kailan Ikan masin, Sotong goreng tepung, Tom Yam campur dan telur dadar. Nampak sedap.

Azan berkumandang, baca doa berbuka, makan kurma, sedut air sikit dan mula cedok nasi dan ambil lauk. Tom yam masin….kurang rasa tomyam dan masam nya ntah ke mana. Ikan siakap tiada rasa yg 3 seperti diminta. Telur dadar ..ok . Sotong goreng tepung je yg sedap agaknya. Anak2 dh mula mengomel. Saya yg suka makan pun hanya mampu habiskan nasi separuh dan itu pun dgn payah. Kurang rasa….mungkin sebab tukang masak berpuasa agaknya. Saya tidak berkira utk membayar untuk sesuatu yg sedap tetapi semalam…membayar jumlah RM97 di kaunter dengan perasaan sedikit sesal.

Kanda mahu komplen. Untuk penambah baikkan katanya. Saya iyakan tetapi entah mengapa…tiba-tiba seolah hilang semangat dan mampu hanya kata.

“Tak payah datang lagilah…entahlah..mungkin tak kena dengan tekak kita sekeluarga agaknya. Indah khabar dari rupa..sungguh!”

Anugerah

Standard


Bujang ni dah ada perubahan. Bulan lepas ada improvement dari segi pointer sehingga dapat Anugerah Pengetua. Gara-gara sudah berjaya menangani masaalah ngantuk yg membelenggu hampir 2 tahun setengah. Pelajar yg kuat tidur ini sudah berjaya melawan habit tidak elok itu dan dalam usaha memperbaiki pointer sedikit demi sedikit. Masih belum terlewat utk berjaya kan.

Tahniah utk angah!!

Dikhabarkan Malam Aspura yg lepas dapat anugerah juga. Anugerah yg diberi oleh adik-adik junior. Anugerah Abang Paling Encem!! Anak ibu ni memang encem tapi ibu yakin bukan itu faktor utama kenapa angah dipilih oleh adik2 tetapi kerana angah abang senior yg baik dan menjadi abang yg sebenar utk adik-adik junior yg memerlukan bimbingan senior macam angah.

A pat on the back for u…my dear and doa ibu selalu ada utk Angah!

Cita-cita

Standard

Semalam sambil memandu dan nyanyi-nyanyi kecil saya tanya Qaseh Fatihah. Kalau tanya apa cita-cita dia bila besar nanti mesti dia akan buat muka tak faham jadi saya tanya…

Qaseh….nanti kalau adik dah besar adik nak jadi apa?

eerrmmm…..adik nak jadi doktor lah.

Napa nak jadi doktor?

Seeeebab..doktor boleh tolong orang sakit.

ok. lagi? adik nak jadi apa lagi?

eerrmm…nak jadi ustazah lah.

Ustazah tu apa pulak?

Issyyhh..ibu ni. Ustazah tu baca quran la. Lepas tu belajar orang ngaji…(grammar ada salah skit la)

OOohhh……panjang senyum saya. Leret sampai rumah…dan dalam hati dok sebut-sebut…Doktor Qaseh……Ustazah Qaseh….eerrmmmm dua-dua pun sebutannya sedap dan lembut saja.  Mudah-mudahan InsyaALLAH…aminn….

Tahun 70an & 90an

Standard

Tertarik dgn nota di atas.

Saya sendiri adalah mereka yg lahir di tahun 70an. Membesar dalam era 80an & 90an yg dunianya masih selamat saya kira. Ketika kecil bermain nun jauh dihujung kampung sehingga kelibat tidak kelihatan dan pulang dgn bau peluh menusuk lubang hidung. Permainan kegemaran kadang-kadang main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’ , ‘Police & Sentry’, main rounders, galah panjang dan macam-macam lagi. Bila lapar..makan tengahari di rumah dan jika abah terlepas pandang..cepat saja menyusul menemui kawan-kawan semula sambung main. Kena rotan?? biasa….kalau ralit bermain dan pulang bila azan maghrib sudah sayup-sayup kedengaran. Masa itu selamat…sangat selamat. Kisah culik…cabul apatah lagi rogol…ntah..macam tidak kedengaran atau jarang-jarang mungkin. Mak n abah tiada gusar…yg penting tahu balik rumah.

Ada banyak yg nak diceritakan utk tahun-tahun tu kerana semuanya sangat sweet. Tahun 90an ketika itu, alat komunikasi baru jinak-jinak merpati dan sudah ada telephone bimbit utk yg mampu membeli. Saya dan kanda bercinta-cinta di awal tahun ini lah. Tidak mampu punya hanphone sudahnya hanya sering mengirimkan surat dan nota-nota kecil untuk berkomunikasi dan nota-nota kecil itu masih saya simpan hingga kini. Ada satu kotak tau…..kadang-kadang bila mengemas terjumpa, duduk dulu baca..aarrgghhh rasa malu sendiri pulak..hehe. Ops…disebabkan rumah sepelaung jadi kami tak hntar surat guna pos malaysia. Kami guna posmen kecil yg moodnya perlu dijaga baik-baik iaitu adik kesayangan saya. Kalau moodnye swing..alamat tiada surat dihantar dan diterimalah jawabnya. Upah pun mesti ada…tapi bukanlah 20sen mcm dalam citer P.Ramlee tue. Selalu-selalu kanda yg bagi upah sebab masa tu saya baru nk ada duit sendiri. Upah apa ye?? Kadang-kadang Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang  dan kalau bernasib baik dapatlah bawa pensel model baru balik rumah.

Banyak jasa posmen kecil saya ni. Sekarang dia dah dewasa….hensem dan sudah punya teman hidup. Saya sangat bahagia untuk adik bongsu saya ni. Dengan abah yg garang…dan kalau tanpa bantuan posmen kecil ni..bagaimanalah agaknya nak berhubung dgn kanda dulu-dulu. Bila ingat balik detik bila dia terhegeh-hegeh balik dari kedai sambil sengih-sengih..saya yakin sangat ada surat utk saya. BIla mahu balas surat..saya pula kena bodek dia baik-baik…kalau tidak mahu dia protes tak mahu tolong..saya jugak yg susah.

Ohhh..sungguh sweet masa tu. Utk kanda..sorry eekk. Jgn marah saya cerita kenangan manis dolu-dolu kat sini tau. Utk adik saya Baim…..Klong sayang awak dan jasa awak akan klong n abg long kenang sehingga ke hujung nyawa…Thanks Dik!! Semoga awak dan isteri terus dilimpahi cinta sayang sehingga ke akhir hayat. Amin

Tak cukup duit….

Standard

Semalam usai kerja dan otway pulang…terima sms dari mak.

“Nanti singgah kedai Noni belikan mak tepung gandum 1 kilo, tepung beras sepeket, santan kotak besar…kalau tak ada..kotak kecik beli 4 tau. Jangan lupa”

saya balas sms dan jawab “ok mak”

Sambil memandu baru saya teringat. Dalam purse hanya ada RM4.00 sebab baru je isi minyak dgn not merah yg masih berbaki. Sms mak sampai pun bila saya dah hampir tiba di kedai Noni dan memang tak sempat ke ATM machine pun. Otak ligat mencari jalan bagaimana mahu beli barang yg mak pesan. eerrmm…..

Sampai kedai…pilih barang..masukkan dalam bakul dan beratur di kaunter sambil cuba hubungi kanda. Tiada talian. Bateri kanda phone kong agaknya. Sampai giliran dan sambil kakak di kaunter yg saya memang kenal sangat mengira, saya lontarkan jauh-jauh perasaan malu dan mula berbasa-basi sambil buat muka kesihan a.k.a sarat serba-salah.

Kak….saya ada lebih kurang RM5 je ni. Tak sempat keluar duit..baru kejap mak sms pesan belikan barang-barang ni. Boleh ke kalau saya bayar dgn apa yg ada dan dtg semula kejap lagi utk settlekan? ahhhh..berjaya juga saya suarakan walau amat payah. Isshhkk..tak pernah saya buat berhutang dgn kedai macam ni. Malu betul dibuatnya.

Alahai…..apalah yg ko risau sangat. Bayar lah nanti. Bukan akak tak kenal ko“. jawab kakak di kaunter selamba.

ye ke kak? betul boleh ni? malu saya…sekejap je. nanti saya dtg balik tau“. sungguh lega rasa hati.

Saya berhutang RM7 saja setelah dibayar dgn not RM4 dan dicampur dgn syiling-syiling hasil saya geledah seluruh ruang kereta tadi.  Ketika beginilah baru terasa betapa berharganya setiap sen. Di ketika yg sangat-sangat memerlukan dan tiada ikhtiar lagi. Selesai…hidupkan enjin kereta dan sewaktu mahu gerak..mak call.

Ehhh…lupalah. belikan gula merah sikit tau“. belum sempat saya jawab mak dh matikan talian.

adoyaiii…mak ni. Baru tadi saya alami saat paling susah minta bayar kemudian. dah berjaya..mak minta pula tambah barang lagi. Macam mana ni?? Malu yg tadi pun belum habis. Segera saya fikirkan alasan…….sampai di rumah mak…

Mak, gula merah ada tapi tak elok. Nanti saya belikan kat kedai lain ya“.

“Takpe..takpe…bukan nak guna pun. Saja suruh beli utk stok”. jawab mak.

Ooohh..leganya saya. Terpaksa pula berbohong dgn mak. Balik rumah…ambil duit n cepat-cepat ke kedai pi bayar. Tak mahulah sampai kakak kaunter tadi hilang kepercayaan pulak.

“Amboi…sekejap je dan sampai balik? Alaaa….bayar esok2 pun boleh…akak tak kesah pun”. Saya senyum. Akak kaunter bagi saya kemudahan bayar kemudian pun saya dah cukup rasa bertuah. Terima kasih banyak2 kak ye….

Lain kali kena standby duit dalam purse dan jangan sampai berbaki sikit sangat. Kalau ada emergency mana nak cekau??