Tekanan

Standard

Pagi semalam di Seremban 2 sehingga jam 1.20 pm, tak sempat lunch sudah terkocoh-kocoh pulang ke daerah rezeki kerana jam dua perlu bertolak pula ke KL. Pecut dan tiba di daerah rezeki…solat…jamah nasi beserta ayam penyet yg ditapau K.Ina sesudu-dua kemudian gerak ke SilkaTower hotel di Jalan Munsyi Abdullah.

Sepatutnya dijadualkan pulang jam 10 malam dgn teman-teman lain tapi dek kerana bahagian sumber manusia yg perlu dibincangkan hari ini tidak mungkin selesai, saya mohon pulang awal. Maka..mulalah saya menapak dan menggunakan public transport dgn perasaan yg sangat teruja. Melalui laluan pejalan kaki masjid india yg dipenuh ramai orang dan jualan yg bermacam-macam….saya berusaha sehabis baik menahan nafsudaripada menyinggah mana-mana kedai dan akhirnya berjaya juga saya sampai ke Stesen LRT Masjid Jamek. Macam rusa masuk kampung pula terpinga-pinga membeli tiket  ops coin tambang lrt. Tiba di KL Sentral…tamak pula mahu memilih mahu naik ERL atau komuter. Kanda saya hubungi…lega kerana masih di pejabat. Mohon jemput saya di stesen komuter Kajang dan kemudian ke ofis ambil kereta dan harta benda yang ditinggalkan.

Selalu sangat menggunakan kereta ke sini  ke sana dan sesekali dapat menggunakan transport awam serta berjalan kaki terasa macam dah buat sesuatu yang adventures sangat lah pulak. Keterujaan yg melampaukan..hehe.

Hari ni pula…tekanan dah mula di rasai. Ini semua gara-gara seharian tidak berada di pejabat semalam. Kerja tertunggak dengan dateline yg dah semakin hampir. Hasilnya..bekerja macam lipas kudung hari ni. Pegang ni tak kena..pegang tu tak kena. Jantung dup dap dup dap berdebar-debar…jari pulak seakan mengigil nak menekan papan kekunci ni. Arrgghh…….sungguhlah tertekan.

Tarik nafas….hembus nafas………rileks. Tenangkan diri dan buat semampu dan sedaya yg boleh.

I need a chocolate rite now…..!!

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s