Monthly Archives: August 2012

Oppa Gangnam Style

Standard

Macam annoying masa mula-mula tengok tarian ni tapi lepas tu macam fun lah pulak. Kat radio memanjang je ada lagu ni dimainkan.

Video clip ok tapi tak yah tengok la kalau kat scene2 pompuan sexy tu.

Yg negatif campak jejauh. Ambik yg positif je tau.

Selalu-selalu melompat tinggi macam ni pas tu gelek-gelek gedik sambil shuffle-shuffle kat rumah ikut music ni..boleh kurus ni.

Jom!

Nasi Ambeng @ Seksyen 3 Bangi

Standard

Dah lama dah teringin makan Nasi Ambeng. Sebelum lebaran, ada juga pusing-pusing cari tapi tak jumpa sebab takde rezeki agaknya. Hari ni berkesempatan ke Bangi atas urusan kerja. Sepanjang jalan doa saja agar hasrat dimakbulkan.

Usai tugas dan sewaktu menghampiri seksyen 3 arah ke klinik kesihatnn mata tertancap ke arah payung besar warna biru dekat proton edar dgn tutup tin besi besar yg tergantung dengan tulisan nasi ambeng sebijik macam dlm foto yg digoogle sekian lama.

Ada ramai juga yg beratur walau waktu makan tengahari masih sejam dua lagi. Order 2 bungkus harga rm4.50 setiap satu untuk dibawa pulang ke daerah rezeki. Sms dihantar….kroni geng diajak makan sekali. Ada juga yg baru pertama kali merasa. Basuh tangan…buka  tapau…cuit lauk…gaul-gaul…suap dlm mulut…makan ramai-ramai.

eermmm…pejam-pejam mata…menerokai rasa nasi ambeng yg sedap dikatakan oleh ramai orang dan..

meeeemang sedap worrr. Sedap sangat dgn ayam goreng, sambal goreng dan serunding aka sambal kelapa yg best.

Akhirnya……

Foto tarak sebab nafsu makan telah buat saya hilang ingatan..huhu

Lebaran 1433H

Standard

Lebaran tahun ni…meriah kerana abah dan mak merayakannya dengan menantu bongsu. Mak gembira kerana bujang paling bongsu dah punya isteri. Hati mak lega. Kesihan kerana sebelum ni adik bongsu yg bekerja di Shah Alam terpaksa berulang jauh ke Sepang..rumah mak. Kini, keselamatan lebih terjamin dan tidak perlu travel jauh kerana tinggal di kawaan lebih dekat. Hari raya pertama, keluarga adik no 2 saya Fara dan pengantin ada sama beraya di rumah mak. Adik no 3 Aza bersama mertua di Sentul tahun ni. Tak jauh pun….tengahari masing-masing dah berkumpul sama tika beraya di rumah keluarga sebelah mak di Ampang dan kemudian beramai-ramai berkonvoi ke rumah besan baru mak. Sempat juga kami sekeluarga melepak di rumah ayah mertua..makan tengahari bersama.

Raya ni juga kami sekeluarga sering berada di luar tempat hati di gantung kerana sebuk dgn aktiviti berhari raya sambil jalan-jalan bersama anak-anak. Sudahnya, solat di mana yg sempat sahaja. Kagum kerana di kebanyakkan tempat singgahan waima kecil atau besar, ruang solat di stesen minyak mahupun di surau atau masjid…telekung-telekungnya bersih sahaja. Nyaman dan selesa sungguh sehinggakan ada tempat singgah yg menyediakan telekung kanak-kanak yg kecil dan comel. Besar pahala bagi mereka yg menyediakannya.

Oh ya….ada dua insiden dlm ruang solat, saya terserempak dgn orang muda yg masuk mahu solat..letak beg dan kemudian ambil wuduk tetapi bila masuk semula sudah berubah menjadi tua. Suspen betul. Rupa-rupanya…emak n anak atau mungkin mereka yg punya hubungan keluarga yg memakai pakaian sama dan sedondon. Tergezut i…hehe…

Tahun ni budget berhari raya kurang sikit sbb guna pakai baju sedia ada masa wedding adik bongsu 2 bulan lepas. Juga berhemah dalam membuat membeli biskut “tunjuk”. Tidak mahu membazir mcm tahun dulu-dulu.

This slideshow requires JavaScript.

Qaseh 4 tahun 4 bulan

Standard

Atuk..

Ya..

Atuk jomlah duduk kat umah adik. Nanti adik bawa atuk jumpa atuk Abu Osman (ayah saya).

Napa?

Seeebab…kalau atuk duduk sorang-sorang…nanti kena culik. Sapa susah?

Atuk senyum sambil usap-usap kepala Qaseh. Misi memujuk atuk untuk di bawa tinggal bersama masih gagal. Ayah mertua masih selesa tinggal sendiri….eerrmm…..

Restoren Amira @ Nilai

Standard

Usai kerja petang tadi..tekak terasa mahu makan Nasi Kerabu dari Restoren Amira. Nasi kerabunya sedap sungguh, bubur berlauk, kuih-kuih dan manisan-manisan dari negeri kelantan juga memang mengiurkan. Jalan-jalan cari makan TV3 pun pernah singgah ke sini. Walaupun pekerjanya ada yg garang n sombong skit….orang ramai tetap datang juga sebab masakannya yg sedap…pasti.Foto ihsan dari lovelyfresia blog.

Oh ya..berbalik pada cerita nasi kerabu tadi, saya ke sana tadi petang. Siap tapau menapau …baru diberitahu yg Amira akan tutup selama 2 minggu raya nie dan hari ni ialah hari terakhir Amira berniaga. Oh sungguhlah bersyukur kerana dapat juga merasa nasi kerabu sebelum raya kalau tidak gigit jari lah jawabnya menunggu teringinkan nasi kerabu sepanjang raya nanti.

Esok lusa mahu ke bangi pula. Cari nasi ambeng di seksyen 3 yg dikatakan sedap sangat. Harus cuba tue. Moga-moga masih ada rezeki….InsyaALLAH. Sesiapa yg agak2 menyopping di Nilai 3 dan Nilai 1….jangan lupa singgah Restoren Amira tau.

Tak Puasa

Standard

Siang tadi mak ajak ke Nilai. Singgah beli tudung dan semasa di kedai dan sedang belek-belek atudung terdengar si Qaseh dok berborak dgn budak muda lelaki di kaunter.

Abang, nak tahu tak? ….kat rumah kita kan ada tiga orang tak puasa hari ni tau?

Ye ke? Siapa?

Tak sempat saya tepis….Qaseh dah jawab.

Saya, kakak Izzah dgn ibu saya yg tu la…sambil panjang muncung menjuih menunjuk ke arah saya.

Budak kecik nie……tak boleh simpan rahsia betul. Dari kedai tudung..singgah pula ke Tesco dan sewaktu beratur di kaunter mahu bayar dan Qaseh sedang ralit membelasah aiskrim….budak lelaki bujang dibelakang saya menegur.

Ait…adik tak puasa hari ni ye?

Memanglah. Saya kecik lagi Ibu saya dah besar pun tak puasa jugak…..sambil sekali lagi menjuihkan muncung ke arah saya.

Adoyai…..budak kecik nie. Kena pulak sekali lagi. Isshhkkk……moral of the story and pelajaran hari ini ialah…

Dibulan puasa….jangan kongsi makan dan minum dengan anak. Kalau nak makan jugak sila makan secara sembunyi-sembunyi supaya tak kantoi macam saya tau. Ouuch….

Every picture n word tells a story

Standard

ESPN commentator had this to say of him: “Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts.

Dia dah berusaha,dia dah cuba untuk realisasikan harapan berjuta rakyat Malaysia..kita tak dapat rasa beban yang ada pada dia,tapi dia kerah semua keringat yang dia ada,sekali lagi rezeki bukan milik Malaysia..Kami semua berbangga dengan anda..tahniah Dato Lee Chong Wei atas usaha dan semangat anda.  Sumber dari Woot Media (FB)