Lee Chong Wei di Olimpik 2012 Kota London

Standard

Hajat mahu lihat musuh tradisi Chong Wei iaitu Lin Dan utk kalah ditangan wira kita gagal lagi untuk Olimpik kali ini. Tapi perjuangan Chong Wei bukan calang-calang. Berhabis daya melawan dan nampak kerap juga Lin Dan melakukan kesilapan, mengeluh dan sesekali disapa resah. Tidak dinafikan..Lin Dan memang sedikit terkehadapan berbanding Chong Wei dan itu rakyat Malaysia maklum benar. Cuma hasrat untuk melihat hero China itu tersungkur dibelasah hero Malaya tetap sahaja mengunung tinggi.

Sudah bosan barangkali melihat kegembiraan Lin Dan mendabik dada, berlari keliling sambil membuka baju dan kemudian tabik hormat tanda gembira di atas kejayaan. Sangat mahu pula melihat Chong Wei berlagak bagus dgn lawannya itu kali ini tapi impian hanya tinggal impian.

Tiada emas juga utk olimpik kali ini dari Chong Wei. Hanya mampu membawa balik perak tetapi bukankah itu sudah cukup bagus. Dengan saingan mata yg sangat hampir….semangat juang yg tidak pernah luntur…Chong Wei telah berjaya membuktikan kepada lawannya..walaupun tiada rezeki utk menang kali ini….mengalahkannya bukan enteng. Bermati-matian juga Lin Dan mengumpul mata.

Chong Wei, anda tetap jadi kebanggaan kami rakyat Malaysia. Anda masih juga yg terbaik sehingga ke hari ini. Kami bangga dan amat bangga dengan anda. Dato’ Lee Chong Wei…siapakah agaknya yg mampu menjadi sehebat anda? Saya mendoakan agar muncul nanti seorang anak melayu yg mampu menjadi yg terbaik seperti anda. Ya….sehebat anda…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s