Tak Puasa

Standard

Siang tadi mak ajak ke Nilai. Singgah beli tudung dan semasa di kedai dan sedang belek-belek atudung terdengar si Qaseh dok berborak dgn budak muda lelaki di kaunter.

Abang, nak tahu tak? ….kat rumah kita kan ada tiga orang tak puasa hari ni tau?

Ye ke? Siapa?

Tak sempat saya tepis….Qaseh dah jawab.

Saya, kakak Izzah dgn ibu saya yg tu la…sambil panjang muncung menjuih menunjuk ke arah saya.

Budak kecik nie……tak boleh simpan rahsia betul. Dari kedai tudung..singgah pula ke Tesco dan sewaktu beratur di kaunter mahu bayar dan Qaseh sedang ralit membelasah aiskrim….budak lelaki bujang dibelakang saya menegur.

Ait…adik tak puasa hari ni ye?

Memanglah. Saya kecik lagi Ibu saya dah besar pun tak puasa jugak…..sambil sekali lagi menjuihkan muncung ke arah saya.

Adoyai…..budak kecik nie. Kena pulak sekali lagi. Isshhkkk……moral of the story and pelajaran hari ini ialah…

Dibulan puasa….jangan kongsi makan dan minum dengan anak. Kalau nak makan jugak sila makan secara sembunyi-sembunyi supaya tak kantoi macam saya tau. Ouuch….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s