Lebaran 1433H

Standard

Lebaran tahun ni…meriah kerana abah dan mak merayakannya dengan menantu bongsu. Mak gembira kerana bujang paling bongsu dah punya isteri. Hati mak lega. Kesihan kerana sebelum ni adik bongsu yg bekerja di Shah Alam terpaksa berulang jauh ke Sepang..rumah mak. Kini, keselamatan lebih terjamin dan tidak perlu travel jauh kerana tinggal di kawaan lebih dekat. Hari raya pertama, keluarga adik no 2 saya Fara dan pengantin ada sama beraya di rumah mak. Adik no 3 Aza bersama mertua di Sentul tahun ni. Tak jauh pun….tengahari masing-masing dah berkumpul sama tika beraya di rumah keluarga sebelah mak di Ampang dan kemudian beramai-ramai berkonvoi ke rumah besan baru mak. Sempat juga kami sekeluarga melepak di rumah ayah mertua..makan tengahari bersama.

Raya ni juga kami sekeluarga sering berada di luar tempat hati di gantung kerana sebuk dgn aktiviti berhari raya sambil jalan-jalan bersama anak-anak. Sudahnya, solat di mana yg sempat sahaja. Kagum kerana di kebanyakkan tempat singgahan waima kecil atau besar, ruang solat di stesen minyak mahupun di surau atau masjid…telekung-telekungnya bersih sahaja. Nyaman dan selesa sungguh sehinggakan ada tempat singgah yg menyediakan telekung kanak-kanak yg kecil dan comel. Besar pahala bagi mereka yg menyediakannya.

Oh ya….ada dua insiden dlm ruang solat, saya terserempak dgn orang muda yg masuk mahu solat..letak beg dan kemudian ambil wuduk tetapi bila masuk semula sudah berubah menjadi tua. Suspen betul. Rupa-rupanya…emak n anak atau mungkin mereka yg punya hubungan keluarga yg memakai pakaian sama dan sedondon. Tergezut i…hehe…

Tahun ni budget berhari raya kurang sikit sbb guna pakai baju sedia ada masa wedding adik bongsu 2 bulan lepas. Juga berhemah dalam membuat membeli biskut “tunjuk”. Tidak mahu membazir mcm tahun dulu-dulu.

This slideshow requires JavaScript.

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s