Monthly Archives: September 2012

Qaseh 4 tahun 5 bulan

Standard

Sejak akhir2 ni sering buli kakak2 n abang2. Apa yg dipunya abang n kakak juga yg dimahukan. Sering semuanya beralah dan sering juga saya bebelkan sikecil ini dgn sikapnya.

Tempohari, Along merajuk kerana aiskrim favouritenya dibelasah Qaseh sehingga usai.

Semalam, saya beri duit pada Shahir n Qaseh untuk beli jajan. Dalam kereta…..abang punya juga yg dimintanya.

Saya bebelkan dia sambil memandu pulang. Qaseh…awak nie cuba kalau beli barang tu buat keputusan betul2 apa awak nak. Janganlah suka minta abang n kakak punya..pot..pet…pot..pet…

Tiba-tiba bahu saya dicuit.

Ibu, kalau nak jadi anak yang baik..kenalah kongsi makanan dgn adik beradik. Adik nak rasa je. Kalau abang tak bagi…adik nangis nanti macamana? Ayahkan tak ada. (kanda ke Johor). Abang jugak yg kena pujuk adik. Haaa….sapa susah???

Saya terkedu. Ntahkan mahu sambung bebel atau mahu gelak…..

Anwar Shahir yg encem

Standard

Hari ni bujang Shahir menduduki UPSR. Dia macam tu lah…cool saja. Seperti anak-anak yg lain, saya buat yg terbaik utk dia juga. Tapi memang jelas…sukan saja yg jadi keutamaan hidup bujang ini. Belajar..tak berapa nak endah. Mula dulu sukar juga mahu adjust…kanda terlalu mahu dia seperti kakak-kakak dan abangnya..tapi sejak semalam kami dah boleh terima dia seadanya. Tiada lagi paksaan. Tiada lagi bebelan. Mungkin dia belum cukup matang utk melihat betapa pentingnya peperiksaan ini atau mungkin apa-apa sajalah. Selagi dia mahu ke sekolah…belajar…dan terus-terusan menjadi anak yang baik..bukankah itu sudah cukup menyejukkan hati. Lepas habis UPSR..badminton juga yg mahu dijadikan keutamaan semula katanya….selalu.

Pagi ni serta sejak semalam…dia begitulah. Seperti dia yg biasa-biasa Tiada langsung rasa risau nak menduduki peperiksaan pagi ni. Kalau anak-anak yg lain 2-3 bulan dh mula mengulangkaji..yg ini..2-3 hari pun masih tidak bersama buku mengulangkaji. Bola…badminton…itu dunianya. Mahu ke sekolah tadi…..saya berikan sedikit nasihat..dia senyum saja. Tak pula minta didoakan….cool betul anak bertuah ni.

Kanda call dari sekolah….kata kanda..sepanjang perjalanan menghantar..dia boleh tidur dlm kereta macam biasa. Tiba disekolah..kalau kebanyakkan wajah tergambar risau dan resah….shahir saya senyum simpul saja. Kanda kata…kita redha je lah…dah begitu sikap dia. Rilek saja…macam tiada yg penting utk diri dia hari ni. Anwar shahir…anwar shahir….

Sebelum-sebelum ni kanda bising juga…membebel kadang-kala. Tapi dalam minggu ini dan sejak berjumpa dgn kawan lama semasa berhari-raya tempohari…fikiran kanda dh sedikit berbeza. Sudah mula belajar menerima keadaan dan sudah mula kurang mendesak sekaligus tidak meletakkan harapan yg tinggi terhadap anak-anak. Satu yg kami percaya…

Anak-anak yg tidak berjaya sewaktu kecil tidak semestinya tidak juga berjaya ketika dewasa nanti. Tetapi sekiranya anak-anak mampu berjaya sedari kecil..itu adalah bonus kerana matlamat bagaimana anak-anak ini mampu berjaya ketika dewasa nanti seakan sudah kelihatan. Kami juga sedar…keupayaan bujang ini tidak sama dengan adik-beradiknya yg lain. Ada potensi lain dlm dirinya yg lebih menyerlah..sesuatu yg dia mahir dan dia obsess.

Nah…saya dan kanda dah berikan yg terbaik. Kalau badminton yg mahu dijadikan keutamaan…kami sokong saja. Doa kami berdua untuk anak-anak..tiada beza. Impian utk anak-anak berjaya tetap wujud tetapi terbuka untuk kejayaan-kejayaan yg berbeza. Terserah kepada Allah SWT. Yg penting anak-anak kami membesar menjadi anak-anak yg soleh dan solehah dan mengembirakan hati kami sehingga ke akhir hayat kami nanti. Amin…

Kain Dalam

Standard

Cerita lagi tentang kenduri di Ipoh semalam gara-gara dah tertahan dgn seringkali lihat tiang kaki diterjah sinar matahari dek kerana pakaian yang jarang. Dah lama dah nk tulis dlm nie tapi dok fikir macam…apahal la saya nk sebuk dgn benda-benda ni. Yg nampak kan bentuk badan.. bentuk kaki orang..bukan badan n kaki sendiri tapi…iissshhhkkk..kena tulis jugalah. Geram.

La ni ramai dah yg mula tak mahu pakai kain dalam. Tahu kan apa fungsi kain dalam ni? Pandai pun….untuk mengelakkan fitnah kepada kaum hawa kerana berpakaian ketat dan jarang yg boleh menampakkan susuk tubuh kepada lelaki ajnabi atau yg bukan mahram. Ramai dah perempuan masa kini yang membiarkan diri mereka tampil dgn ‘keaiban’ mempertontonkan susuk tubuh dibalik baju kain kurung dan jubah yang jarang. Malu sayang oooiii…

Tambahan lagi kalau kita  ni jenis yg bertudung…atas tutup bawah pula terbayang-bayang bentuk kaki dek kerana tanpa kain dalam. Seganlah dgn org yg tidak bertudung tetapi berkain dalam lah pulak. Macamana tu? Nak kata tak perasan…mustahil sebab memang faham sgt kain kurung sekarang ni banyak yg dari jenis yg nipis. Yg muda…dan yg tua pun…tolonglah peka sikit. Bukan mahal pun kain dalam tu. Apa? panas? Mula-mula je rasa panas….esok bila dah alah bisa tegal biasa…ok la. Nyaman je nanti tu.

Didaerah rezeki..ada juga yg selalu kena cubit manja dgn saya sebab tak berkain dalam. yg muda-mudalah biasanya…yg tua-tua saya tak boleh cubit…nak tegur pun segan…nanti merajuk. Jadi fikir-fikirlah sendiri ya.

Ia bukan setakat alasan untuk menutup aurat tetapi yang paling penting adalah bagi melindungi maruah diri seorang wanita. (Peringatan utk diri sendiri dan perkongsian bersama…..)

Longchamp le pliage

Standard

Saya punya beg Longchamp hadiah dari seorang teman baik dibeli sewaktu berkesempatan berjalan-jalan ke negara orang putih beberapa bulan lalu. Longchamp…dulunya yg begitu asing….tidak saya ketahui apa dia walaupun ada saya lihat di daerah rezeki sudah ada yg punya tetapi hanya boleh bilang dgn jari. Beg yg simple tetapi mahal juga…terima kasih tidak terhingga kepada teman yg menghadiahkan.

Teruja. Adik ipar baru pun punya satu….hadiah dari bondanya yg pergi makan angin baru-baru ni. Kawan baik mak pun punya satu…sempat juga mak cik tu jeling dan belek-belek yg saya punya…terus sebut…ORI ni. mana dapat? Saya senyum….hati kembang setaman sambil sebut..kawan baik beri. Dgn kanda pun berkali-kali saya cerita..tentang rasa gembira dihadiahi Longchamp.

Hari ni seharian saya sekeluarga ke Ipoh hadir walimatul urus sepupu kanda. Nah..di sini ada insiden yg saya rasa lucu mahu saya kongsi sama.

Waktu tiba, mata meliar mencari Pak lang n Mak lang saya aka parent pengantin. Dah nampak tetapi mata saya tertancap pada beg yg sedang tersangkut di lengan Mak lang ….eehh..ehh…mcm beg saya…warna saja ada beza. Sewaktu bersalaman….saya terkejut bila kanda sapa…

Eh Mak Lang….cantik beg Longjack!

Saya terkedu. Mak lang terkedu. Kanda senyum sempoi sebab blur…..

Memang kanda bluuurrr..sebab bila saya tanya balik….apa kanda sebut..dia kata dia sebut Longchamp.

Weeii…saya dan mak lang adalah saksi tau yg mendengar dgn dua telinga yg masih baik. Kanda sebut LongJack!

Kanda bluurrr lagi….memang dia tak sengaja rupa-rupanya.

Aduyai kanda……tersebut Tongkat Ali di majlis orang kahwin pulak ye??

Nasib baik dgn mak sedara sendiri…hasilnya pecah perut kami gelak….hehe.

Padan muka….

Standard

Kanda ke Vietnam beberapa hari lepas atas urusan kerja. Sekarang dah ada di rumah..di sisi. Tanpa kanda beberapa hari..hidup seakan kosong. Anak-anak riuh juga tapi tetap tidak sama. Rindu terbeban-beban.

Masa berjauhan lah baru terasa  nak jadi isteri yg baik aka sempurna konon. Masa tulah dalam hati ni berjanji yg macam-macam. mahu senyum saja….mahu gembirakan hati suami…mahu ntahnya yg macam-macam agar boleh dikategorikan isteri yg baik. errmm…….saya tidak sempurna dan saya yakin ramai lagi isteri di luar sana yg juga tidak sempurna. Saya juga yakin…memang wujud isteri-isteri sempurna yg saya salute dan kagum.

Arrrghhh..masih belajar dan terus belajar menjadi isteri terbaik buat suami…hehe

Sebelum pulang.

Kanda, baju size M tau…

Size M? muat ke?? Agak2 la..tengok badan hang macam XL je.

Issshhkk kanda ni. M lah…..MMMMMM…

ye lah…ye lah…

Selepas pulang dan selepas cuba-cuba baju yg kanda beli. Ohh hati sangatlah sakit. Baju M dipakai betul2 macam sarung nangka. Lemak terbonjol sana sini. Nasib baik kanda ada belikan sepasang baju kurung saiz L. Muatlah juga..ngam..ngam.

Ha..tu la hang. Nak dibelikan L tak moh. Tak sedar badan tu L. nak M pulak. Haa……nasib baik ada sepasang. Kalau tidak…kempunanlah jawabnya.

Saya senyum sipu-sipu. Memang tak sedar diri…….padan muka saya…haha

Rindu

Standard

Semalam dah mula rindu..

Hari ni makin rindu..

Tak sabar menunggu esok

Cepatlah masa…lajulah…

Sudah tidak keruan menjalani hari yang tidak sempurna…tanpa kanda…disisi…

Iiisshhhk….macam mengada-ngada je bunyi ayat di ataskan?

Tapi itulah kenyataan….perasaan sebenar saya saat ni…

Saya sangat rindu sama kanda……!!