Padan muka….

Standard

Kanda ke Vietnam beberapa hari lepas atas urusan kerja. Sekarang dah ada di rumah..di sisi. Tanpa kanda beberapa hari..hidup seakan kosong. Anak-anak riuh juga tapi tetap tidak sama. Rindu terbeban-beban.

Masa berjauhan lah baru terasa  nak jadi isteri yg baik aka sempurna konon. Masa tulah dalam hati ni berjanji yg macam-macam. mahu senyum saja….mahu gembirakan hati suami…mahu ntahnya yg macam-macam agar boleh dikategorikan isteri yg baik. errmm…….saya tidak sempurna dan saya yakin ramai lagi isteri di luar sana yg juga tidak sempurna. Saya juga yakin…memang wujud isteri-isteri sempurna yg saya salute dan kagum.

Arrrghhh..masih belajar dan terus belajar menjadi isteri terbaik buat suami…hehe

Sebelum pulang.

Kanda, baju size M tau…

Size M? muat ke?? Agak2 la..tengok badan hang macam XL je.

Issshhkk kanda ni. M lah…..MMMMMM…

ye lah…ye lah…

Selepas pulang dan selepas cuba-cuba baju yg kanda beli. Ohh hati sangatlah sakit. Baju M dipakai betul2 macam sarung nangka. Lemak terbonjol sana sini. Nasib baik kanda ada belikan sepasang baju kurung saiz L. Muatlah juga..ngam..ngam.

Ha..tu la hang. Nak dibelikan L tak moh. Tak sedar badan tu L. nak M pulak. Haa……nasib baik ada sepasang. Kalau tidak…kempunanlah jawabnya.

Saya senyum sipu-sipu. Memang tak sedar diri…….padan muka saya…haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s