Kain Dalam

Standard

Cerita lagi tentang kenduri di Ipoh semalam gara-gara dah tertahan dgn seringkali lihat tiang kaki diterjah sinar matahari dek kerana pakaian yang jarang. Dah lama dah nk tulis dlm nie tapi dok fikir macam…apahal la saya nk sebuk dgn benda-benda ni. Yg nampak kan bentuk badan.. bentuk kaki orang..bukan badan n kaki sendiri tapi…iissshhhkkk..kena tulis jugalah. Geram.

La ni ramai dah yg mula tak mahu pakai kain dalam. Tahu kan apa fungsi kain dalam ni? Pandai pun….untuk mengelakkan fitnah kepada kaum hawa kerana berpakaian ketat dan jarang yg boleh menampakkan susuk tubuh kepada lelaki ajnabi atau yg bukan mahram. Ramai dah perempuan masa kini yang membiarkan diri mereka tampil dgn ‘keaiban’ mempertontonkan susuk tubuh dibalik baju kain kurung dan jubah yang jarang. Malu sayang oooiii…

Tambahan lagi kalau kita  ni jenis yg bertudung…atas tutup bawah pula terbayang-bayang bentuk kaki dek kerana tanpa kain dalam. Seganlah dgn org yg tidak bertudung tetapi berkain dalam lah pulak. Macamana tu? Nak kata tak perasan…mustahil sebab memang faham sgt kain kurung sekarang ni banyak yg dari jenis yg nipis. Yg muda…dan yg tua pun…tolonglah peka sikit. Bukan mahal pun kain dalam tu. Apa? panas? Mula-mula je rasa panas….esok bila dah alah bisa tegal biasa…ok la. Nyaman je nanti tu.

Didaerah rezeki..ada juga yg selalu kena cubit manja dgn saya sebab tak berkain dalam. yg muda-mudalah biasanya…yg tua-tua saya tak boleh cubit…nak tegur pun segan…nanti merajuk. Jadi fikir-fikirlah sendiri ya.

Ia bukan setakat alasan untuk menutup aurat tetapi yang paling penting adalah bagi melindungi maruah diri seorang wanita. (Peringatan utk diri sendiri dan perkongsian bersama…..)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s