Anwar Shahir yg encem

Standard

Hari ni bujang Shahir menduduki UPSR. Dia macam tu lah…cool saja. Seperti anak-anak yg lain, saya buat yg terbaik utk dia juga. Tapi memang jelas…sukan saja yg jadi keutamaan hidup bujang ini. Belajar..tak berapa nak endah. Mula dulu sukar juga mahu adjust…kanda terlalu mahu dia seperti kakak-kakak dan abangnya..tapi sejak semalam kami dah boleh terima dia seadanya. Tiada lagi paksaan. Tiada lagi bebelan. Mungkin dia belum cukup matang utk melihat betapa pentingnya peperiksaan ini atau mungkin apa-apa sajalah. Selagi dia mahu ke sekolah…belajar…dan terus-terusan menjadi anak yang baik..bukankah itu sudah cukup menyejukkan hati. Lepas habis UPSR..badminton juga yg mahu dijadikan keutamaan semula katanya….selalu.

Pagi ni serta sejak semalam…dia begitulah. Seperti dia yg biasa-biasa Tiada langsung rasa risau nak menduduki peperiksaan pagi ni. Kalau anak-anak yg lain 2-3 bulan dh mula mengulangkaji..yg ini..2-3 hari pun masih tidak bersama buku mengulangkaji. Bola…badminton…itu dunianya. Mahu ke sekolah tadi…..saya berikan sedikit nasihat..dia senyum saja. Tak pula minta didoakan….cool betul anak bertuah ni.

Kanda call dari sekolah….kata kanda..sepanjang perjalanan menghantar..dia boleh tidur dlm kereta macam biasa. Tiba disekolah..kalau kebanyakkan wajah tergambar risau dan resah….shahir saya senyum simpul saja. Kanda kata…kita redha je lah…dah begitu sikap dia. Rilek saja…macam tiada yg penting utk diri dia hari ni. Anwar shahir…anwar shahir….

Sebelum-sebelum ni kanda bising juga…membebel kadang-kala. Tapi dalam minggu ini dan sejak berjumpa dgn kawan lama semasa berhari-raya tempohari…fikiran kanda dh sedikit berbeza. Sudah mula belajar menerima keadaan dan sudah mula kurang mendesak sekaligus tidak meletakkan harapan yg tinggi terhadap anak-anak. Satu yg kami percaya…

Anak-anak yg tidak berjaya sewaktu kecil tidak semestinya tidak juga berjaya ketika dewasa nanti. Tetapi sekiranya anak-anak mampu berjaya sedari kecil..itu adalah bonus kerana matlamat bagaimana anak-anak ini mampu berjaya ketika dewasa nanti seakan sudah kelihatan. Kami juga sedar…keupayaan bujang ini tidak sama dengan adik-beradiknya yg lain. Ada potensi lain dlm dirinya yg lebih menyerlah..sesuatu yg dia mahir dan dia obsess.

Nah…saya dan kanda dah berikan yg terbaik. Kalau badminton yg mahu dijadikan keutamaan…kami sokong saja. Doa kami berdua untuk anak-anak..tiada beza. Impian utk anak-anak berjaya tetap wujud tetapi terbuka untuk kejayaan-kejayaan yg berbeza. Terserah kepada Allah SWT. Yg penting anak-anak kami membesar menjadi anak-anak yg soleh dan solehah dan mengembirakan hati kami sehingga ke akhir hayat kami nanti. Amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s