PMR 2012

Standard

Bujang Shafiq PMR tahun ni. Walau beberapa bulan lepas..masaalah ngantuk sudah sedikit selesai..masih juga cuak tentang kemampuan dan keupayaan empunya diri. Weekend sebelum PMR kami sempat jenguk. Bimbang katanya. Masih juga ngantuk walau tidak lagi teruk. Effort ada utk study sbb dah ketinggalan kerana tidak buat early preparation.

“Ibu n ayah doakan angah k” pesannya. Dia kami tinggalkan. Kesihan. Stress kerana sebagai warga yg tinggal di asrama, expectation orang keliling sangat tinggi. Impian 7A atau 8A semacam harus jadi kemestian dan itu memang stress. Nak menambahkan stress lagi..harus pula mendapat sekurang-kurangnya 6A dan tiada C untuk kekal menjadi warga MRSM. Kekadang…bila fikirkan semula..alangkah baiknya kalau bersekolah di sekolah harian saja. Masih juga boleh mencapai kejayaan tapi tidaklah perlu melalui tekanan yang sebegini.

Semalam Shafiq menelefon. Dicorong sana dikhabarkan dia sihat-sihat saja. Tentang PMR…..boleh buat katanya tapi… Tapi apa tanya saya? “Angah masih ngantuk ibu”. jawabnya. Saya nasihatkan….jgn tidur lewat. Mengantuk pun mesti tahan sehingga selesai jawab kertas exam. “Tak boleh Ibu”. pintasnya pantas. “Angah kena tidur sekejap baru fresh jawab exam”. Apa?? Terkejut saya dan kanda dibuatnya. Tidur sekejap?? Masa peperiksaan berlangsung?? Mana mungkin boleh buat begitu. Inikan peperiksaan besar. Mana perasaan risau dan bimbang?? Masih mahu tidur? ini masaalah serius ni..getus hati saya. Kanda ambil alih…beri nasihat mana yg patut utk hadapi peperiksaan esok.

Pagi tadi saya sms kawan2nya. (Shafiq tidak saya bekalkan hp..itu kehendaknya).

“Salam. Minta tolong sampaikan pesan pada Shafiq Z agar jangan tidur semasa exam berlangsung. Bawa air utk diletak diluar agar nanti boleh minta permission basuh muka kalau mengantuk ya.”

Baru sekejap tadi shafiq beritahu…..dia tidur juga. Cuma sekejap katanya sebab pengawas peperiksaan kejutkan.

Gulp….saya dan kanda telan liur. Fikiran jadi risau. Sungguh. Terkedu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s