Positifkan Diri

Standard

Orang kata kalau stress kita akan melakukan kerja dgn lebih baik. Ye ke?

Baju dlm bakul dah membumbung 3-4 hari tidak berlipat. Sebab stress…tiada mood mahu nonton tv. Akhirnya buat keputusan untuk duduk di bilik saja lipat baju sambil kepala otak berpusing ligat kejap2 rewind…kejap2 pause….hal-hal yg berlaku sepanjang hari. Sedar tak sedar..baju yg tadi membumbung sudah pun selesai dilipat. Akhirnya…..saya aka pompuan stress berjaya melakukannya dgn mudah.

Saya selalu tertarik dgn tulisan2 Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Bercakap tentang stress tadi….saya teringat nasihat2 yg pernah Ustaz Pahrol kongsikan antaranya:

1. Dalam kehidupan..jgn mengharapkan kesempunaan. Bunga yg kita berikan jgn diharap bunga juga yg akan kita terima sbg balasan. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita mahu terus berhenti berbuat kebaikkan? Jangan! tetapi fokuskan ia sebagai satu tanggungjawab.

2. Dampinglah mereka yg positif. Siapa kita pada masa akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yg sering kita baca.

3. Berhati-hatilah memilih orang utk kita dampingi. Jauhi “toxic people” yg sering menusuk jarum-jarum umpatan, ngadu domba dan rasa pesimis dalam kehidupan.

4. Jika jiran..teman atau kenalan kita itu ialah mereka yg tidak “melahirkan” sesuatu yg baik dan positif daripada kita, mengapakah tidak kita buat sedikit penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak agar tidak “dijangkiti” oleh sikap negatif mereka.

5. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan sesuatu yg terbaik dalam diri kita.

Jadi, kekalkan sikap positif kerana tanpanya sikap negatif  hanya akan menyedut tenaga dan keceriaan dari diri kita. Agar lebih bahagia dan tenag dalam hidup…jom kita tinggalkan keegoan, kepentingan diri, ketakutan dan sikap sukar memaafkan. InsyaAllah..Allah akan berikan ketenangan dlm hati kita.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s