Kejam ke?

Standard

Semalam adik ipar beri pisang muda. Untuk dibuat goreng petang-petang katanya. Simpan dalam bonet kereta selepas 2 hari baru teringat gara-gara sewaktu memandu terlihat ada semut hitam dok rayau-rayau happy hour di cermin. Pandang di dashboard pun ada. Diam-diam di kerusi pun ada juga. Cari punya cari..rupa-rupanya datang dari dlm bonet. uummpphhh..sempat juga saya picit 2-3 ekor tadi. kejam kan?

Dulu..masa masih muda..ceewah..and belum kahwin. Saya tak bunuh binatang. Terbanglah lipas depan mata…..pernah juga termasuk lipan dalam baju….syuuhh..syuuh..saya tepis dan halau saja. Semut yg kecil pun kalau termasuk dlm gula masa saya kacau air teh pun akan cepat-cepat saya selamatkan dengan sudu. Kesihan.

Itu dulu..tapi sejak jadi seorang ibu 16 tahun dulu hinggalah sekarang…saya dah jadi manusia yg kejam. Pantang ada binatang datang dekat dgn anak-anak akan cepat saya libas. saya hempuk sampai lunyai. Oohh…cepat betul manusia berubah kan. Kejam semata-mata mahu selamatkan anak-anak dari digigit dan diganggu.

Semalam masa saya spontan picit semut di cermin kereta, Qaseh tegur…

Ibu…kenapa ibu buat semut tu? Kan dia jalan-jalan je. Dia tak kacau kita pun.

Saya tergamam tapi sempat juga jawab…..iyalah. Kalau semut ni gigit adik…masuk dalam telinga nanti kan sakit.

Taaappiii…kan ibu selalu kata jgn kacau binatang. Nanti kalau dia tak balik rumah lepas tu mama dia tunggu dia lama-lama macam mana? 

Saya terkedu. Qaseh pandang saya sambil sambung…..siaaan semut tu. Siaaan mama dia.

Oucchh…rasa mcm kena cubit je kan.

Lately nie dok dengar dlm berita….buang bayi…..bunuh isteri…dera anak….eerrmmm….manusia  memang boleh jadi monsters kalau tiada iman. Kalau sudah tiada sabar dan hilang rasa kasih dan sayang. Semoga untuk kita semua, Allah cambah dan suburkan rasa cinta dan sayang dalam diri. Amin.

5 responses »

  1. baca post akak ni teringat sue malam tadi ada seekor semut besar kat dalam bilik sue punya takut terus bunuh je….bila baca post akak ni rasa bersalah pulak🙂

  2. Ya kan siapa suruh…..tak pasal-pasal dah kena bunuh..kebetulan beli spray organik dikatakan boleh membunuh semut,lipas dan serangga lain juga boleh buat tikus tak suka pegi tempat yang kena spray tu…niat dihati belikan untuk mak sebab mak dah pesan dari hari tu suruh cari spray tikus katanya last2 anak nya guna dulu..🙂

  3. Sue, spray organik yg warna hijau ye? ada beli satu nasa expo hari raya di putrajaya sebelum raya dulu. Bagus tu,,,,,,,tak lah sampai jadi pembunuh…spray je kat mana2 tempat makhluk tu suka…dia tak dtg punya sbb ada bau cuka kan?

  4. aa..kak yang warna hijau tu sue beli kat pasar malam bangi hari tu …lama dah mak suruh cari baru jumpa…..tak perasan sangat dia bau apa kak….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s