Monthly Archives: November 2012

Qaseh 4 tahun 8 bulan

Standard

Usai solat Maghrib tadi saya turun ke ruang tamu. Mata lincah mencari Qaseh Fatihah.

Mana adik long? Anwar letak jari di bibir isyarat minta diam sambil menjuih ke arah bilik bawah aka bilik solat. Saya jenguk. Kelihatan Qaseh sedang duduk atas sejadah sendirian. Sujud kemudian duduk tahiyat akhir sambil jari telunjuk tergoyang turun naik. Mulut kumat kamit…entah gerangan apa doa yg dibaca agaknya langsung kemudian memberi salam ke kiri dan ke kanan.

Saya intai hingga selesai sambil seakan mahu menahan tawa. Comelnya. Anak yg lain senyum simpul.

Qaseh keluar tersipu-sipu. Saya tanya adik solat ke? Ye la.. Qaseh jawab. Baca doa aper? Adalah…dia jawab lagi.

Adik kenalah doa..Ya Allah saya mahu jadi anak yg soleh, sihatkan ibu ayah saya…murahkan rezeki kami ya Allah. Pantas dia jawab lagi…..adik tahulah ibu. Nanti adik doalah….sambungnya sambil peluk saya erat-erat.

Comel awak nie.

Kelmarin bila saya cerita pada kanda tentang kawan yg sedang mengandung menambah isi rumah. Anak2 bising tidak setuju. Bukan sebab tak suka baby….tapi sebab dah tak tahan di buli Qaseh hari-hari semasa cuti sekolah ni. Budak kecik yg banyak kerenah..semua kena layan dia kalau dia mahu. kalau tak dia ugut mahu nangis…..dan kalau dia nangis…semua orang akan kelam kabut takut dimarahi saya dan kanda. Berkuasa kan si kecik nie…..haha

_MG_2285

Advertisements

Melihat bayi dan anak kecil adalah terapi paling baik

Standard

Teman di daerah rezeki yg sudah punya anak 5 sama seperti saya mengkhabarkan berita manis semalam. Amboi…..rezeki menambah isi rumah. Saya tumpang gembira……hati berbunga-bunga….rasa seperti mahu ikut pregnant sama. Saya suka mengandung….suka tengok perempuan mengandung…..suka baby sangat-sangat.

Terfikirkan bayi comel merupakan terapi hebat. Bibir mahu saja tersenyum saat otak terfikirkan tentang bayi. Suci.

Anak-anak mengemas bilik masing2 semalam. Di dinding  bilik masing-masing ada bahagian istimewa diletakkan banyak foto semasa mereka masih bayi sehinggalah membesar menjadi anak kecil yg keletah. Melihat satu demi satu foto membuatkan senyum saya makin lebar.

Pantas memori semasa mereka masih saya kendong sehinggakan sudah pandai berlari di padang bermain seperti filem dalam skrin fikiran saya.

Sweet sungguh……..image

SateWilly & Burger Bakar Abg Burn @ Ramal Junction Sg Ramal

Standard

Weekend lepas nonton Ponti Vs Omi..pi jalan-jalan cari makan. Malas nak review kisah panggung hari ni. Esok-esok lah kut bila mood sudah mari.

Lepas nonton, tekak terasa mahu makan burger bakar Rawang tapi oleh kerana jauh kanda ajak ke Ramal Junction Sg Ramal…mahu belanja burger bakar Abg Burn katanya.


Burger Bakar Abg Burn memang ramai customer. Rasa OK tapi daging burger tak berapa nak moist…kering. Presentation biasa..harga dalam RM7.00.

Sate Willy memang best. Orang macam biasa…sanggup queue asal boleh makan atau bungkus bawa balik. Sate well done…juicy…walau size tak berapa nak standard. Secucuk hanya 70 sen, kuah kacang sesedap rasa dan ada lontong bagi menambah selera. (Foto xde sbb tapau je lepas tu blasah tak ingat ambik gambar)


Ada mcm2 gerai lain kalau nak cuba. Anak2 ada yg cuba beef steak dan Arabica spaghetti…rasa boleh tahan..sedap jugak. Nasi lemak tak berapa nk sedap…sorry.

Cuma satu, kalau boleh nak minta tokeh Ramal Junction beri perhatian lebih sikit kepada kebersihan surau dan toilet. Besar pahala kalau benda-benda itu tidak dipandang remeh dan diberi keutamaan.

Kanda…..burger bakar Abg Burn tak kena dgn tekak saya. Nanti blanja Burger Bakar Rawang ya…pleaseee…..

Klinik Pergigian Seremban, Jalan Rasah

Standard

Semalam ambil cuti. Alasan…mahu bawa anak2 pi check up gigi. Semua anak-anak gigi orite..sihat.. kecuali Izzah. Struktur gigi ada sikit celaru jadi mungkin kena kasi adjust. Tapi dek kerana…penjagaan gigi sedikit gagal…doktor sudah pot pet pot pet…..sambil tunjuk model gigi besar dan model berus gigi besar…ajar izzah memberus dgn betul.

Anak-anak tidak dikenakan bayaran. Org dewasa mcm saya harus bayar seringgit semasa daftar. Anak2 memandang kehairanan tapi tiada yg bertanya.

Selesai anak2…sampailah giliran saya. Ada gigi yg harus di buat treatment dan juga ada gigi yg harus dicabut. Takut juga tapi xpelah…alang2 dh sampai biarlah doktor nk buat apapun. Doktorkn lebih arif. Selesai….doktor mahu kasi MC saya tolak. Terhairan-hairanlah doktor cina muda yg hensem dan nurse muda yg comel dgn rejection saya. Jarang ada yg mahu menolak diberi MC kata mereka. Saya pun jarang tolak kalau ada peluang tapi hari ni lain jawab saya. Hari ni dan beberapa minggu sebelum ni saya tak boleh cuti. Halfday yg saya ambil hari ni pun sebab bos takde…dia outstation. Petang harus masuk semula…kalau tidak…kerja saya makin tertunggak. Oh sungguh….sebulan dua nie doa saya tiada lain selain yg satu ini. Ya Allah…berikan saya kesihatan yg baik. jauhkan saya dari sakit apapun sehingga saya selesai dgn tugas2 saya di daerah rezeki. Saya buat dateline….akkhir Nov nanti 70% kerja saya bisa selesai. Agar Dec nanti boleh cuti panjang skit dgn anak-anak. In shaa Allah.

Ehhh…berbalik semula perihal klinik gigi. Selesai dgn cepat. Klinik pergigian di Seremban ni bangunannya baru. Bilik rawatannya banyak….tentu doktornya juga ramai sebab saya lihat nombor giliran bersilih ganti pantas.  Layanan kakitangan sangat baik, doktor bagus dan nurse juga ramah dan rajin.

Usai…saya di minta buat bayaran treatment yg tadi. RM2.oo kata perempuan manis di kaunter. Saya keluarkan not RM1 dua keping. Along terpinga-pinga. Sewaktu beriring ke kereta….Along tanya, Ibu…RM 2 je? Saya angguk. Bukan cabut gigi biasa RM50 ke atas ke ibu?. Saya angguk lagi..laju. Wow…murahnya !!! jawab Sabrina dgn riak muka macam tak percaya.

Selamat duit saya hari ni. Kalau saya ke klinik gigi bukan kerajaan tentu mahal. Treatmentnya sama saja tetapi d sini lebih baik saya kira. Lain kali mahu dtg lagi…check up….

 

Shahir

Standard

Pagi tadi Along suarakan sesuatu bagi pihak angah dan izzah kepada saya berkaitan Shahir.

Ibu….kesihan Shahir.

Kenapa? tanya saya.

Ialah….kitaorang semua berjaya dlm UPSR sebab ibu dan ayah hantarkan ke tuition. Shahir tak pergi tuition. Kalau dia pergi mesti dia pun berjaya macam kitaorang semua. Ibu tak rasa itu TAK ADIL ke?

Saya terkedu. Ya…saya memang berikan tuition semasa awal tahun enam untuk Along, Angah dan Izzah.

Tetapi Shahir lain. Kesibukkan dia utk badminton membataskan dia ke ke kelas tambahan…selalu.

Saya diam. Saya juga akur. Tidak saya sangka anak-anak ini berfikiran jauh begitu.

Anwar Shahir yg tidak mengulangkaji langsung berjaya mendapatkan 2A utk UPSR 2012. Alhamdulillah.

Kalau di beri tuition..pasti bujang ini mampu setanding dgn abg dan kakak-kakaknya kan?

Ohhhh…fikiran dan perasaan saya tiba-tiba jadi sangat sarat dengan rasa serba-salah…….

Tumblr_m0u5edjpum1qaobbko1_500_large

Durian Crepe

Standard

Teringin nk makan lepas dok asyik tengok foto yg mengiurkan dalam FB.

Order 5 pcs RM10.00. Tengok ori pun sama mcm dlm gambar..memang sexy nyum nyum. Bau…aduyaiii..mencengkam lubang hidung. Tak sabar….terus ambil sudu…oohh…sungguh lah lazat terasa cair di dalam mulut.

Memang sedap sungguh ditambah lagi kalau dibiarkan dalam peti ais sebentar. Rasa macam makan aiskrim pun ada. Texture inside n outside….perggghh. Perfect!

Budak2 suka. Mak budak lagi suka. Cepat-cepat cari resepi macam mana mahu bikin.

Resepi melambak2 rupa-rupanya. Nak tak nak buat je ye tak…hehe