Anwar Shahir dah 12 tahun

Standard

Kelmarin sebelum dinner Shahir beritahu…..Ibu, esok birthday Shahir. Oh..sungguh saya lupa. Jadi semalam 14 November adalah tarikh lahir Anwar Shahir Zubairi. Dah 12 tahun anak bujang ibu. Badan macam tu juga..tak berapa nak membesar sebab tak berapa suka makan. Sportman kena kuat makan….ayat yg selalu kanda tutur dan bebelkan. Errmmm…ikut mood. Kalau nak makan…makanlah..kalau tak di beri makan…juga bukan satu masaalah.

12 tahun dulu…Anwar Shahir saya lahir usai azan Zohor. Sakit sudah dirasai dari pagi tetapi saya mahu juga ke daerah rezeki dan waktu itu saya masih bersama syarikat matahari terbit…Matsushita. Banyak yg saya belajar di sini dgn etika kerja yg masih saya terbawa-bawa sehingga detik ini. Ehh..melalut pulak….nah sakit dari pagi dah terasa…dtg juga sebab ada meeting jam 9.00. Adayoi…lif pulak tak jalan…maka bertapak lah satu-satu naik tangga ke tingkat 2. Mengah tapi dalam hati dok kata…xpe..exercise supaya mudah bersalin nanti.

Disebabkan ini adalah kelahiran ke empat jadi saya taklah kelam kabut sgt. Contraction pun sekadar 15 minit sekali. masuk meeting jam 9am, contraction dh semakin terasa. Minum pagi pun tak lagi sebenarnya gara-gara meeting punya pasal. Masa meeting bos jepun dok tanya bila due…lepas tu tanya contraction berapa minit sekali. Saya jawab….sekali dalam 10 minit. Dah bos pulak risau…di halau nye saya balik..bimbang terbersalin kat tempat kerja..takut kena bagi air-cond free plak nanti..hehe.

Usai meeting…saya call kanda. Masa tu dh plan..nak pi makan roti canai dulu tapi dok layan contraction n lepas jengah anak-anak di rumah mak..terus pulak sampai ke klinik bersalin Pertiwi. Pot..pet..pot..pet doktor bising saya lambat dtg walau dah ada contraction. Dr tak benarkan keluar….admitted terus sarannya. Baru teringat yg perut belum diisi..bagaimana mahu push nanti. Dok raba-raba dlm beg jumpa kurma 3 biji..yeaayyy. Kurma memang selalu saya bawa dlm beg…buat bekal kalau lapar.

Jam 12 lebih…sakit dah tak tertahan…..dengan kurma 3 biji yg saya makan tadi….dan usai azan Zohor berkumandang…Anwar Shahir Zubairi selamat saya lahirkan dengan tiada komplikasi. Dengan kudrat yg dibantu oleh 3 biji kurma…saya punya tenaga melahirkan Anwar yg seberat 4.1 kg. Ohhh..sungguh besar kuasa Allah Yg Maha Kuasa. Syukur saya yg tidak terhingga kerana dipermudahkan segalanya. Tak sangka Anwar Shahir mahu cepat sgt melihat dunia..jadinya kanda tidak bersama saya waktu itu…sedih lah skit..hehe.

Shahir saya dah 12 tahun. Saya doakan bujang saya nie….cepat membesar supaya lebih kuat, bertenaga dan maju dalam sukan badmintonnya. Tapi yg paling penting saya doakan Anwar Shahir Zubairi saya terus-terusan menjadi anak yg soleh dan baik. Semoga anak Ibu ini berjaya dalam bidang apapun yg diceburi. Amin….

Happy 12th Birthday sayang !!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s