Breakfast di Pantai Bagan Lalang, Sepang

Standard

This slideshow requires JavaScript.

Kesibukkan kerja menghambat. Tetapi saya dan kanda sering adakan masa utk keluarga..itu harus. Sudah terbiasa agaknya..kalau ke mana-mana sekalipun..kanda selalu bawa kami bersama. Dari baru kahwin, mengandung, anak masih kecil sehinggalah dh besar panjang. Walau kereta kecil…walau air cond rosak dan berjurai-jurai peluh di sauna bahang panas matahari…itu tidak pernah jadi kudis.

Kini….tetap sama. Sentiasa ada bersama…..waima ke manapun…keluarga tidak pernah kanda tinggalkan. Sehingga mak selalu saja mengomel tentang rumah saya yg kekadang tidak terurus dek kerana ikut kanda berjalan sini sana. Hehe…saya tak moh lawan suami mak ooii. Suami ajak saya kena ikut lagipun saya memang suka jalan-jalan…..i loike.

Baru-baru ni Kak Wanie sahabat saya dari daerah rezeki ajak picnic di bagan lalang. Ye..dah lama tak ke sana walau bukan jauh mana pun..setengah jam dah boleh sampai. Last minit arrangement…cuba ajak yg lain tetapi semua dah ada plan jadi kami teruskan berpicnic dua keluarga saja. Bagus juga…..mengeratkan silaturrahim.

Anak-anak kecik n besar happy sungguh. Makan punyalah berselera dgn angin laut yg sepoi-sepoi bahasa. Pantai Bagan Lalang memang cantik dilatari pula Golden Palm Tree Resort yg class. Cuma….saya tertanya-tanya kenapa airnya masih keruh begitu? Boleh mandi ke agaknya? Anak2 tidak tertahan….lepas bermain dgn pasir…tak sabar2 mahu merendamkan diri. Hingga usai……tiada pula masaalah kulit….tiada gatal-gatal…maknanya apa?  Bila air laut surut….cairan keruh tadi akan tertinggal di permukaan pasir yg berair dan anak-anak yang besar segera beri komen spontan……uuiisshh…macam hot chocolate lah Ibu!!

Buat yg mahu picnic macam kami…jgn lupa bawa tikar tau. Guna suratkhabar…berterbanglah jawabnya. mahu beli tikar baru di sini….mahal. Lagi satu..jgn lupa bawa air sendiri utk dibuat mandi. Ada bilik air yg cuma bayar 50sen atau RM1….murah tapi jauh skit kalau nak bertapak bawa anak2 kecil.

Walau apapun…..Pantai Bagan Lalang tetap punya tarikan. Restoren makanan lautnye best tau. Jemputlah jenguk sekali sekala. Pasti ada kenangan manis yg akan anda bawa balik bersama…percayalah.

[slideshow]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s