Maal Hijrah 1434

Standard

Salam Maal Hijrah untuk semua!

Tahun demi tahun berlalu….umur makin meningkat…anak makin membesar…ilmu dan amal juga yang masih belum mencukupi setiap tahun. Banyak yg berlaku dan sesungguhnya harus belajar untuk menerima dan melihat semuanya dari sudut yang positif. Ralat? Errmm….tiada ralat. Bersyukur yang tidak terhingga kerana di beri rahmat, dikurniakan kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan sehingga munculnya tahun baru. Bersyukur juga kerana diberi peluang bernafas di bumi ini sehingga saat ini.

Apa yg mahu dicapai tahun baru ini agaknya? Kalau nak dituliskan memang banyak….tetapi saya belajar untuk tidak mengejar keterlaluan dan panjatkan doa agar diberikan ruang untuk menjadi saya yg lebih baik dari saya yg dulu.

Mahu jadi isteri yg lebih baik. mahu jadi ibu yg lebih memahami dan dekat dgn anak2. Mahu jadi anak dan menantu yg baik untuk mak, abah dan mertua, mahu jadi lebih rajin memasak dan mengemas. Mahu jadi itu..mahu jadi ini…pendek kata mahu jadi yg baik-baik sajalah.

Amboi..kemahuan sungguhlah luarbiasa…tetapi mampukah agaknya.

InsyaALLAH…Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk diri kitakan.

Amal? Ilmu? Mencari dan terus mencari ruang yg ada……semoga dipermudahkan.

Untuk Maal Hijrah tahun ini, berita tentang Gaza membuat hati jadi bimbang dan jengkel. Tindakan ISRAEL kepada Gaza adalah tindakan yg tidak berperikemanusiaan. Be strong Muslim. Hari ini hari yg baik utk kita sama-sama mendoakan mereka yg ditimpa musibah nunjauh di sana……

Photo: Doa Qunut Nazilah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s