Cerita Qaseh lagi…

Standard

Pagi ni Qaseh temankan beli barang dapur di Tesco. Dari dalam kereta dah bodek mahu mainan jadisaya janji belikan satu. Dah tengok mainan….Qaseh mahu dua pula. Alasan, dia ada bawa duit. Memang dia dok kepit purse kecik hello kitty dari rumah tadi. Sampai kaunter mak cik yg beratur depan tanya. “Ehh…banyak mainan awak beli. (Barbie n mainan doktor2). Ada duit ke nak bayar? Qaseh jawab. “Adalah. kita ada 3 ringgit”. “Mana cukup 3 ringgit”, balas mak cik tu lagi. “Takpelah. Ibu saya ada duit. Separuh duit saya separuh duit ibu lah”.  Mak cik yg beratur depan senyum. Saya pun senyum.

Dalam perjalanan balik…Qaseh cermin diri. “Ibu, cuba tengok….adik dah ada jerawat ye? Saya rasa mahu gelak. Ruam dia dah banyak kat hidung lalu saya jawab…”Ohh…itu ruamlah. Budak kecik mana ada jerawat”. Qaseh balas..“oohhhh…..adik fikir..jerawat tadi”. Saya senyum.

Tiba-tiba kanda call. Pot pet pot pet..saya letak phone sambil senyum-senyum. “Ibu ni..ayah tipon je senyum-senyum. Ibu ngan ayah bercinta ye?? Isshh..isshhkk…dah tua-tua pun nak bercinta.” Saya geleng kepala.

Kelmarin saya marahkan angah semasa dalam kereta. Marah sebab dia selalu cuai. pot pet pot pet tetiba Qaseh menyampuk. “Ibu..oh ibu…bertenang..bawak bertenang. Tak baik marah-marah nie”. Terus saya diam sambil tahan gelak dalam hati.

Qaseh…qaseh…..

_MG_5953

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s