Korean drama dan Running Man

Standard

Setahun dua ni saya jatuh minat dgn drama korea. Kenapa? Mungkin sebab drama korea penuh budi bahasa, cerita ada yg boleh emo-emo . Kejap2 humor..kejap-kejap sedih sampai boleh leleh air mata. Yg paling saya suka sebab drama korea ni takdelah suka terjerit-jerit, adegan anak menengking ibu ayah pun saya tak pernah tengok. Mereka sangat hormat dgn orang lebih tua.

Anak-anak dalam rumah ni dok complaint bila saya sering nonton KBS…tapi….cuti sekolah ni..anak2 dah mula minat dgn OneHD. Running Man jadi rancangan favourite. Kalau di masa lain..anak-anak sibuk dgn lap top dan telefon bimbit hingga nak bercakap dan menonton tv bersama pun susah….semenjak ada running man, anak-anak akan record dan hari minggu adalah hari dimana kami sekeluarga akan berkumpul sama-sama sambil ketawa kekeh-kekeh melihat telatah running man. Kalau hari lain bz kerja…..bz dgn badminton…sekurang-kurangnya ada hari yg semua orang boleh gelak2 hilangkan stress. Running Man memang best selain TV Hijrah dan TV3 yg mendapat tempat paling atas dalam ini rumah.

Sewaktu singgah di rumah mak. Mak bagi nasihat. Kata mak….jgn selalu-selalu tengok cerita yg membuat kita gelak banyak. Butakan hati kata mak lagi. Saya jawab….hidup mesti balance mak. Yg wajib tetap wajib….sunat buat juga setiap kali ada kesempatan. Sesekali kena hilangkan stress mak.  Bukan gelak sampai tak ingat….sekurang-kurangnya boleh hilangkan stress. Jawapan saya buat mak kurang senang. Sudah silap la pulak…menjawab dan akibatnya….mak pot pet pot pet.

Sebiji-sebiji mak leter macam dush..dush…dush….muka saya kena tumbuk. Huh, sakit. Tapi Running Man tetap best !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s