Komando Qassam di Gaza

Standard

Warak bekalan jihad

Senyum bila membaca muka depan akhbar Harian Metro hari ini. Kisah tentang pejuang Qassam yg kini digeruni tentera Israel sehingga digelar tentera malaikat. Dianggotai golongan profesional, anak muda terpelajar penuntut universiti, guru dan ulama yg punyai pengetahuan ugama mendalam serta tidak gentar untuk syahid. Yg mengujakan ialah mereka ini bekerja pada waktu siang dan menjaga keselamatan Gaza pada malam harinya.

Antara fakta Briged Komando Al-Qassam, Hamas adalah:-

  • Nama bersempena ulama Sheikh Izuddin Al Qassam yg dibunuh tentera British pada 1935
  • Ditubuhkan di Gaza sebagai briged sayap tentera Hamas pada 1987
  • Peraturan ketat dgn setiap anggota perlu berpuasa Isnin & Khamis, hafal hadis dan A-Quran serta solat Tahajud setiap malam
  • Dianggap sering mendapat bantuan malaikat ketika bertempur hingga mampu menewaskan tentera Zionis yg lebih ramai dan bersenjata lebih canggih
  • Berupaya menghasilkan bom tangan dan memiliki roket model Qassam, AM 75 dan Fajar 5
  • Jumlah anggota kini dianggarkan lebih 30,000 dgn kebanyakkanya berkawal di sempadan Gaza-Israel
  • Sering gunakan kaedah perang gerila termasuk melalui lubang bawang tanah untuk bergerak
  • Turut dianggotai wanita yg mampu kendalikan rifel AK-47 dan pelancar roket (hebat sungguh!!!)

Kata komando Qassam yg hebat ini, “Setiap bakal pejuang diwajibkan menghafaz Al-Quran dan hadis, selain melakukan sembahyang tahajud setiap awal pagi. Amalan berterusan ini bukan hanya menjadi bekal iman di medan perang tapi juga untuk memastikan setiap langkah kami sentiasa dirahmati Allah. Walaupun kelengkapan senjata kami amat minimum, kami yakin Allah sentiasa memberi bantuan dan kekuatan tidak terhingga ketika kami berhadapan zionis di medan tempur. Kami akan menghujani bandar Tel Aviv, Israel dengan roket lebih hebat dan berkuasa. Nescaya mereka akan gerun dn tidak percaya dengan ‘hadiah’ yg kami tujukan nanti.”

Sungguh saya kagum dgn semangat kental yg wujud. Alangkah hebat mereka ini kerana telah dihilangkan rasa takut kepada musuh..dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi pejuang yg dijanjikan syahid. Ya Allah…berikan mereka kekuatan luar-biasa untuk berdepan dgn tentera Israel dan semoga saja perjuangan suci mereka ini memperolehi kejayaan yg juga luar-biasa. Amin.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s