PMR 2012

Standard

2-3 hari lepas…..bujang shafiq asyik resah sampai mimpi-mimpi. Dalam mimpi…bujang yg suka tidur di kelas ni dah dapat keputusan PMR iaitu 6A 2B. Legalah juga…sekurang-kurangnya masih boleh stay terus di MRSM Kuala Klawang sehingga SPM nanti. Itu mimpi……hari ini keputusan sebenar akan diketahui.

Dari pagi……muka cuak sampai tiba di sekolah. Kata Shafiq……risaunya menggunung. Mana taknya……last minutes effort. Apa saja keputusan dah tak boleh diubah jadi redha saja..pesan saya. Kanda cool pulak kali ni. Kata kanda, gemuruhnya tidak sama seperti ambil result Sabrina tahun lepas. Kami tak letak harapan tinggi. Asalkan masih boleh diterima MARA itu adalah sudah cukup.

Tiba di dewan, dah ramai yg dok kerumun papan kenyataan. Kami tunggu dan lihat Shafiq dari jauh melihat keputusannya sendiri. Belum pun berpeluang menghampiri board…kawan2 dah mula memeluk sambil tampar manja muka bujang Shafiq. Keputusan jelas….Shafiq berjaya dapat 8A’s. Budak yg suka tidur dapat keputusan yg tidak dijangka.

“Itu semua hasil dorongan dan tunjuk ajar kawan-kawan Angah yg tak pernah ketepikan Angah walau diorang tahu Angah dah banyak ketinggalan oleh sikap Angah yg malas dulu”. katanya seolah masih tidak percaya dgn keputusan yg diterima.

Saya…merasa diri amat kerdil dan berhutang terlalu banyak dgn Allah SWT yg tidak putus memberikan saya kebahagian terindah ini. Syukur…..Alhamdulillah..

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s